MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Pregnant?!" mulut yang sedikit terbuka ditutup menggunakan tapak tangan. Nana yang berada dicorong panggilan tergelak kecil.
"Iya pregnant, kau jangan terkejut sangat. Aku taknak gelak dah, penat." ujar Nana dengan ketawa perlahan yang masih tersisa. Isha melabuhkan punggung dibirai katil sambil telephone masih melekap ditelinga.
"Kenapa gelak sampai penat?" tanya Isha hairan. Nana sudah tersengih dalam diam.
"Abang Adrianlah, dia buat aku gelak." balas Nana. Isha membasahkan bibir.
"Sebab?"
"Aku mengidam nak madu tadi, le-" Isha membulatkan mata.
"Madu?!" sekali lagi Isha menjerit terkejut. Nana mengerutkan muka. Dah kenapa nak terkejut sangat ni?
"Yelah madu, aku teringin." balas Nana mendatar. Isha menggelengkan kepala.
"Eh kau jangan jadi bodoh boleh tak?" Isha menyoal sinis. Nana tergelak.
"Bodoh kenapa pulak? Madu je pun weh...baby mengidam." balas Nana bersahaja. Tahu apa yang difikirkan Isha sekarang.
"Weh kalau ye pun mengidam tak payahlah sampai nak bermadu bagai! Tak lawak gila!" ujar Isha geram. Tangannya digepal seperti penumbuk.
"Dah baby mengidam aku nak buat macam mana, abang pun okay je." balas Nana dengan kening diangkat sebelah. Senyuman senget diukir walaupun orang nun jauh disana tidak nampak.
"What?! Abang okay? Kepala hotak dia sial." Isha semakin geram. Comforter diatas katil digenggam erat. Gigi diketap kuat. Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah.
"Aku nak madu, tu je. Abang pun bagi tadi. Janganlah marah sangat, kau emo semacam kenapa?" soal Nana dengan gelak yang ditahan.
"Jangan marah kau kata? Weh kau sedar dari alam mimpi ke tak ni makcik? Madu kot madu!" balas Isha dengan nada kasar. Tahap kesabaran gue udah menipis ini ya...
"Rileklah, aku happy apa dapat madu...tadi baru bergelak ketawa dengan madu aku tu." gurau Nana. Terletus juga gelaknya. Corong telephone dijauhkan supaya Isha tidak mendengar ilai ketawanya.
"Kepala kau bergelak ketawa, kau tak sedih ke?" tanya Isha dengan rahang yang bergerak-gerak. Nana berdehem membetulkan suaranya yang sudah serak akibat ketawa.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...