MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Woi pakcik bangun." Rayhana menepuk lengan Adrian yang memeluk kuat pinggang Nana. Bibirnya dicebik.
"Bangunlah." kejut Rayhana lagi. Adrian terpisat-pisat bangun apabila ada yang mengganggu tidurnya. Adrian bangun dari baringnya. Kepala Nana dialihkan perlahan-lahan. Terasa sengal lengan dan badannya bila menampung kepala dan badan isterinya.
"Hm kau nak apa?" Adrian menyoal dengan suara seraknya. Rayhana dipandang sekilas.
"Dah pagi, aku bawakan sarapan." bekal ditangannya diangkat tinggi. Adrian mengangguk.
"Sorang?" Adrian menyoal.
"Yaa..." Rayhana mengangguk.
"Aku nak basuh muka kejap." kata Adrian sambil melepaskan genggaman tangannya dengan Nana. Adrian terus berlalu pergi.
"Huh..." Hana mengeluh. Wajah polos milik Nana tidur ditenung lama. "Hana minta maaf..." bisiknya perlahan. Rasa bersalah menghurung diri. Perkara yang berlaku dua hari lepas diletakkan kesalahan atas sebab dirinya.
Pintu bilik air yang dibuka dari dalam menyentakkan Rayhana. "Dah?" soalnya. Adrian membalas dengan anggukan.
"Taknak kejut Kak Nana?" soalnya lagi. Adrian menjuih bibir sambil menggelengkan kepala. "Biar dia tidur, penat lagi tu." balas Adrian malas-malas.
"Nah makan," bekal yang dibawa dihulurkan dihadapan muka Adrian.
"Suapkan aku, lengan aku sakit. Belakang aku sakit." pinta Adrian dengan muka comel yang dibuat-buat. Minta simpatilah bak kata.
"Nanti akak marah aku suap kau." bekal dibuka. "Suap sendiri." sudu dihulur. Adrian menggeleng dengan bibir dicebik.
"Kau buat akak boleh pulak?" Adrian mengangkat kening. Sedar sahaja Adrian semalam,terus Rayhana jujur dengan apa yang jadi. Sakit hati jugak kena tengking dengan crush sebenarnya. Bruh correction...'ex crush'. Lagi-lagi depan abang dengan kakak ipar, habis diketawakan.
"Hm..."
"Suapkanlah, sakit ni. Tak kesian kat aku ke?" pinta Adrian sekali lagi dengan mata dikedip-kedipkan pula. Aku cepuk jugak kang. Adrian tersengih seperti kerang busuk. Eh?
"Yelah, menyampah aku." Rayhana membalas dengan mimik muka menyampah. Sudu yang dihulur tadi ralit mengacau bubur. Diambil sedikit bubur dan disuap ke dalam mulut Adrian.
"Kau balik rumah along kau ke hari ni?" soal Adrian secara tiba-tiba. Rayhana mengangguk. Di ambil lagi bubur di dalam bekas dan disuap ke mulut Adrian. Lagi dan lagi.
"Yalah, balik rumah along. Cuti sekolah dah nak habis." balas Rayhana bersahaja.
"Nanti mesti kau rindu aku kan? kan?" Adrian mula mengusik. Rayhana mendecit kecil.
"Takde makna nak rindu pakcik tua macam kau ni." jawab Rayhana. Adrian ketawa diikuti Rayhana. "Kau bila nak balik London?" soal Rayhana pula. Sedar tak sedar sudah hampir separuh bubur dihabiskan.
"Tunggu akak sembuh sikit, and sampai sakit kena tikam ni kurang." balas Adrian sambil bibirnya menerima suapan dari Rayhana.
Rayhana cuma mengangguk."Jangan rindu aku tau." ujar Adrian secara drastik memberhentikan suapan Rayhana. Berkerut dahi Rayhana memandang Adrian.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...