BAB 8 : ALIEF AR-RAYYAN

864 85 39
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"What!" jeritan Isha bergema diruang tamu itu. Mukanya menahan marah. Semua yang berada disitu diam menikus, termasuk peguam itu. Sesekali Isha mengerling ke arah peguam tadi.

'Thaqif Rafael'

"Tak ada syarat lain ke?" soal Isha. Semua masih mendiamkan diri. Tidak ada yang berani membuka mulut.

"Tak ada Cik Farisha, hanya satu itu sahaja syaratnya atau segala harta tanah ini akan jatuh ke tangan Puan Shahidah dan Encik Ammar." balas Thaqif tenang. Isha menggelengkan kepala.

"This is not fair."

"Nak atau tak nak semua di tangan Cik Farisha, jika tidak nama tanah ni akan ditukar serta-merta." balas Thaqif lagi. Isha mencerlung ke arah Puan Shahidah dan Encik Ammar. Dia tersenyum sinis. Jadi ini lah dia?

"Jadi ni yang Mak Lang nak? Ha? Harta? Wah patutlah bukan main nak berjanji bagai! Ada udang di sebalik batu!" balas Isha sinis. Puan Shahidah menenguk air liur melihat Isha dengan barannya. Aik makcik dengan budak umur 18 tahun pun takut? Pengecut!

"Encik Thaqif boleh pulang dahulu, apa-apa kami maklumkan. Wasiat tu jangan bagi jatuh ke tangan sesiapa dulu. Farisha belum buat keputusan lagi." kata Dato' Ilham. Thaqif hanya mengangguk. Tugas dia selesai dan menunggu keputusan sahaja untuk menjatuhkan harta tanah ini kepada siapa. Thaqif bergerak bersalaman dengan Dato' Ilham, Alief dan Encik Ammar. Kemudian dia beransur pulang.

"Jawablah Mak Lang, dah tak ada mulut ke?"

"Isha..." Dato' Ilham mencelah. Datin Zira menahan Dato' Ilham dari terus mengeluarkan kata-kata. Biar gadis itu melemparkan segala apa yang dia mahu lemparkan kepada dua susuk tubuh itu.

"Mak Lang ni tamak harta sangat ke sampai nak suruh Isha berjanji bagai. Patutlah semenjak abi meninggal bukan main eh nak tunjuk baik Mak Lang tu,"

"Mak Lang ni hipokrit tau tak! Tunjuk baik konon. Pak Lang pula, sedar tak diri tu siapa? Jadi adik kepada abi pun perangai tak ubah macam orang mengemis tau tak? Kalau bukan disebabkan abi mesti korang tak rasa apa yang dapat sekarang kan? Ni namanya orang tak reti bersyukur. Dah dapat yang baik harta lain pun nak bolot juga!" Isha menghemburkan kata panjang. Puan Shahidah menjeling anak buahnya itu. Kurang ajar! Macam ni ke abang iparnya mengajar anak?

"Isha tak bodoh lagi lah," Isha menyambung ayatnya lagi bila melihat semua orang diam sambil memandangnya.

"Isha tak bodoh lagi, mesti Pak Lang yang ugut abi suruh jatuhkan harta tanah ni dekat Pak Lang kan? Isha takkan tertipu lah dengan orang hipokrit macam korang berdua ni." Isha menjeling Puan Shahidah sebentar.

"Eh budak! Apa hak kau nak tuduh laki aku ni? Ada bukti kitorang ugut abi kau? Ha!" tengking Puan Shahidah. Isha tergelak.

"Bukti? Memang, memang aku tak ada. Tapi satu hari nanti Allah akan balas apa yang korang dulu pernah cuba buat dekat abi. Aku ingat lagi tau apa yang korang cuba  buat dulu." Isha tersenyum sinis sebelum kakinya hendak melangkah ke bilik. Puan Shahidah sudah berasap melihat Isha yang cukup kurang ajar dengannya. Isha memalingkan tubuhnya semula.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now