BAB 15 : ALIEF AR-RAYYAN

956 78 24
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Sayang..." Alief memandang Isha duduk dibirai katil dengan bibirnya dicebikkan. Merajuk la tuh!

"Apa?"

"Merajuk eh?" soal Alief bodoh. Okay maaf.

"Mana ada." Isha menyembamkan mukanya dilututnya. Alief melabuhkan punggung disebelah Isha.

"Habis bibir muncung-muncung tu nak minta apa? Cium?" soal Alief selamba. Isha mengangkat muka lalu menjeling.

"Saya nak turun, awak nak tidur silakan. Taknak kacau." ujar Isha mendatar. Dia segera bangun dari duduk.

"Ala sayang..." Alief menarik lembut tangan isterinya.

"Go sleep, saya nak ambil susu kat bawah. Nak minum." ujar Isha lagi. Kali ni giliran Alief pula mencebikkan bibir.

"Taknak."

"Awak...go sleep." arah Isha, kali ini nadanya sedikit lembut dari tadi.

"Nak tunggu sayang." balasnya. Isha memusingkan bebola mata.

Tangan Isha menarik lengan Alief untuk berdiri. Alief memandang pelik.

"Sayang kenapa tarik tangan abang?" dahinya berkerut.

"Kata nak tunggu sangatkan? Dari tunggu baik awak teman saya pergi ambil susu kat bawah tu. Gelap." Isha memegang tangan Alief lalu menuju ke pintu bilik.

"Teman sebab takut ehh...elele!" usik Alief sambil tangan kanannya mencubit pipi Isha. Isha mendesis sakit.

"Tak takut, tapi sebab orang tu mengada nak tunggu bagai. Ada peluang orang teman kita tarik jelah." balas Isha. Sampai sahaja ke dapur terus dilepaskan pegangan dan membuka pintu peti sejuk. Dicapai susu HL yang selalu diminum sebelum masuk tidur.

Alief memerhati gerak geri isterinya. Comel. Tu je yang mampu nak cakap. Alief termenung.

"Awak? Hello?" Isha melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Alief.

"Awak!" jerit Isha sedikit kuat tidak mahu mengejutkan ahli didalam rumah yang lain. Alief tersedar lalu laju menutup mulut Isha.

"Sayang kenapa jerit! Nanti mama papa bangunlah!" kata Alief dengan nada suara diperlahankan. Isha memandang geram. Tangan digumpalkan. Rasa nak tumbuk je suami dia sekor ni.

"Awak tu, yang termenung kenapa. Orang panggil-panggil tak dengar saya jeritlah." balas Isha geram.

"Ouh ye eh? Okay sorry-sorry." Alief menggaru lehernya. Isha membuat muka toya.

"Dahlah jom masuk tidur, ngantuk." ujar Isha mendatar. Laju kakinya berlari menaiki tangga. Alief menggelengkan kepala. Dikejar langkah Isha.

***

"Awak kalau saya nak tanya boleh tak?" soal Isha. Mukanya berpaling memandang muka suaminya. Almaklumlah baring lapik tangan laki. Kau ada? Takda kan? Ha so diam jelah.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now