MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Kalau tak sebab budak cengeng tu takde nya aku nak pusing cari barang macam perempuan ni haih!" rungut Adrian dengan muka dinginnya. Tubuhnya masuk menghidupkan enjin kereta dan menghidupkan aircond. Keretanya laju meluncur meninggalkan supermarket dan menuju ke vilanya.
"I promise," Adrian mula bernyanyi.
"I'll treasure girl," sambungnya lagi.
"You're all that,"
"I've needed,"
"Completing my world!"
"You!-"
Adrian tersentak, nyanyiannya dihentikan serentak keretanya dihentikan mengejut. Satu susuk tubuh perempuan hampir dilanggarnya. Bibirnya menghela nafas berat. Nasib!
Jam ditilik sekejap.
7.24 p.m
"Siapa perempuan tu? Apasal maghrib-maghrib sibuk duduk tengah jalan macam takde rumah?" soal Adrian sendiri. Rambutnya diselak ke belakang. Bibirnya dikemam. Pintu kereta dibuka. Langkahnya dibuka ke arah perempuan tadi. Separuh muka tertutup dengan rambut panjangnya.
"Miss, awak okay?" soal Adrian bernada lembut. Yelah takkan nak berkasar dengan orang yang hampir kau langgar kan? Ye tak?
"A...abang." tergagap-gagap perempuan tadi memanggil.
"Abang?" dahi Adrian berkerut. Suara familiar.
"Hey?" Adrian menyamakan sedikit ketinggian dengan perempuan tadi. Muka perempuan tu menunduk.
Adrian menyelak sedikit rambut panjang perempuan yang hampir dilanggarnya. Matanya membuntang luas.
"Nana?!" panggil Adrian dengan nada terkejut. Ditilik pakaian Nana dari atas hingga bawah. Seksi, sangat seksi. Nana bukan begini. Tudung pun hilang, apa dah jadi?
"Ab...abang, tolong Nana." suara Nana merayu. Nana menangis. Nana berpeluk tubuh. Badannya menggigil. Terlihat itu, Adrian mula menanggalkan jaket jeans nya dan disarungkan ke badan Nana.
"Nana kenapa maghrib-maghrib macam ni, tengah jalan. Nasib abang tak langgar. Nana kenapa?" soal Adrian masih dengan wajah peliknya. Terketar-ketar bibir Nana mahu mengeluarkan ayat.
"T...tolong Nana." ujar Nana dengan tangisan. Kepalanya mula memberat, matanya berpinar.
"Ye, abang nak tolong Nana lah ni. Nana kenapa pakai macam ni?" soal Adrian dengan nada lembutnya. Bahu Nana dipegang bila melihat Nana yang mula memegang kepalanya. Adrian semakin pelik. Nana memeluk Adrian. Kepalanya disandarkan ke dada bidang Adrian. Adrian tergamam.
"Nana..." Adrian cuba menolak tetapi pelukan makin dieratkan.
"I...ibu, Nana t...taknak kena j...ju-" belum sempat Nana menghabiskan ayatnya, dia jatuh rebah. Tubuhnya disambut Adrian dari jatuh meluruh.
"Allah!" Adrian mula gelabah. Tubuh badan Nana yang melekap dibadannya dipegang.
Tanpa berfikir panjang terus tubuh Nana dicempung masuk ke dalam kereta ditempat duduk belakang. Laju keretanya meninggalkan tempat tersebut.
"Kalau aku bawa Nana jumpa adik dalam keadaan macam ni,memang tak boleh," rungut Adrian sambil tangan kanan nya memegang stereng kereta. Sebelah tangannya pula menyelak rambutnya kebelakang lagi. Fikirannya bercelaru. Stereng kereta ditampar kuat.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...