BAB 49 : ALIEF AR-RAYYAN

2.4K 260 35
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Aqief.." Aqief memalingkan muka bila namanya diseru. Dipandang wajah Isha yang sedikit berdebar untuk mengeluarkan ayat.

"Kenapa?" Aqief menyoal hairan. Muka Isha yang agak kurang senang itu ditangkap Aqief.

"Boleh tak kalau Isha nak balik Malaysia? Nak jumpa mama dengan Abang Adrian." balas Isha dengan nada penuh berharap. Aqief mengerutkan dahi.

"Balik Malaysia?" Aqief menyoal ingin kepastian. Isha mengangguk laju. Wajah Aqief dipandang penuh berharap.

"No, tak boleh." laju-laju Aqief melarang. Isha mencebik.

"Isha nak jumpa mama papa dengan abang je..." Aqief tetap menggeleng.

"Tak.bo.leh." ulang Aqief lagi. Isha mencebik. Dipandang sekilas wajah kedua anak kembarnya yang sedang makan bersama tiga orang kembar Arissa dan Aqief.

"Isha nak buat apa balik Malaysia?" Arissa yang hanya diam dari tadi mula mengeluarkan suara. Isha mengangkat muka.

"Kan Isha dah cakap, Isha nak jumpa mama papa dengan abang je..." Isha mengeluh kecil.

"Tak boleh, Isha. Isha tak takut ke kalau Alief ada sekali masa Isha jumpa mama papa? Apa dia buat nanti dekat Isha? Han takut apa-apa jadi boleh faham tak?" Aqief bersungguh-sungguh melarang. Nada suaranya yang sudah bertukar lain disedari Isha. Isha menunduk semula.

"Han takut, dia pukul Isha lagi. Han takut dia buat apa-apa dekat Ayden dengan Airis, bahaya Isha."

"Abang, bagi jelah Isha jumpa mama papa dengan Abang Adrian..." Arissa menyampuk. Aqief menggeleng.

"Isha rindu mama...rindu abang..." Isha teresak kecil.

"Aqief...please, Isha nak jumpa diorang." Isha merayu sekali lagi. Aqief mengeluh.

"Nanti Han fikirkan." Aqief bangun dari duduknya. Pinggannya diambil dan dibawa ke sinki. Langkahnya dibawa laju naik ke bilik. Isha menggigit bibir. Bahaya sangat ke sampai Aqief risau?

"Mama!" Airis terkedek-kedek berjalan mendekati Isha dengan pinggan kosong ditangan. Isha tersenyum kecil, air matanya dikesat laju.

"Airis dah siap?" Airis mengangguk laju dengan senyuman kecil.

"Mama...tadikan Abang Ayief kan-" belum sempat si kecil menghabiskan ayat, tangan kecil milik Arief menekup. Isha terpinga.

"Arief buat apa?" Arief menggeleng. Airis meronta meminta dilepaskan.

"Abang Ayief kiss ipi Aiyis!" jerit Airis kuat sebaik sahaja terlepas dari ditekup. Isha automatik memandang Arissa. Jelas Arissa juga turut terdiam.

"Bahaya." Arissa tergelak. Pipi Arief yang sudah bertukar rona dicubit Isha perlahan. "Gatalnya Abang Ayief ni. Siapa ajar hm?" soal Isha bersama tawa kecilnya.

"Mama jangan mayah abang," Airis tersengih. Isha mengerutkan dahi.

"Kenapa mama tak boleh marah pulak?" soal Isha hairan.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now