BAB 37 : ALIEF AR-RAYYAN

979 73 9
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

One month later...

"Baliklah dengan Isha sekali..." Isha merengek sambil menghentakkan kakinya. Pandangan pelik orang dilapangan terbang itu dihiraukan.

"Jangan buat perangai, Isha." tegas Adrian. Isha menghentakkan kakinya lagi dan memalingkan wajah ke arah lain. Tangan disilang ke dada. Macam biasa, merajuk.

"Tak sayang Isha lah tu, taknak balik dengan Isha." ujar Isha dengan rajuknya. Adrian menggaru tengkuk kemudian tersengih kecil. Lengan Isha ditarik mendekatinya.

"Apa pegang-pegang?" soal Isha. Keningnya berkerut apabila Adrian tiba-tiba menarik lengannya.

"Aku nak cakap ni." Adrian memegang kedua belah bahu Isha. Badannya direndahkan sedikit mengikut ketinggian Isha yang sedikit rendah darinya.

"Cakap jelah, dahlah taknak balik dengan orang lepastu nak cakap dengan orang. Taktahu malu...bluek!" Isha membalas dengan bebelan. Lidah dijelirkan. Adrian tergelak kecil.

"Abang bukan taknak balik dengan dear, abang nak uruskan hal Nana dekat hospital sini. Lepastu graduate abang, mungkin seminggu lagi abang balik Malaysia okay?" pujuk Adrian dengan senyuman kecil. Isha memuncungkan bibirnya.

"Ada apa-apa lagi?" soal Isha dengan muka toyanya. Adrian mengangguk perlahan.

"Balik Malaysia, jumpa Alief. Selesaikan masalah korang dengan cara baik. Abang harap sangat, Isha dah banyak dosa tau. Keluar tanpa izin suami, larikan diri. Dah boleh gelar nusyuz dah ni." Adrian menyindir dihujung ayat. Isha sedikit tersentap dengan kata-kata Adrian. Kepala ditundukkan, mata coklatnya berair.

"Tapi Alief yang tinggalkan Isha sorang, masatu." kata Isha perlahan. Adrian menggeleng.

"Selesaikan dengan cara baik, kahwin baru dua bulan dah macam-macam. Aku sepak melayang dua ekor manusia ni." bebel Adrian lagi. Nana ketawa melihat muka cemberut Isha.

"Tak payah muncung sangat, flight ke Malaysia dah announce dah tu." Isha mencebik. Suka sangat perli orang!

"Sukalah dapat perli orang, tak sayang baru tahu." ugut Isha. Adrian tersengih, kepala Isha yang ditutupi tudung diusap lembut.

"Jaga diri, nanti abang balik." intonasi suara Adrian bertukar lembut. Kalau diikutkan rasa hati mahu sahaja dia balik bersama Isha. Naik flight sorang, risau.

Isha laju memeluk badan tegap Adrian. "Sayang abang!" Isha mengeratkan pelukan. Beberapa minit selepas itu Isha melepaskan pelukan. Tangan Adrian disalam dan dicium lembut.

"Take care, sampai sana call abang." tepi kepala Isha dicium sekilas. Isha mengangguk faham. Nana yang duduk dibangku didekati.

"Nana, aku pergi dulu. Nanti ajak abang balik cepat-cepat tau!" Nana dibawa masuk ke dalam pelukan.

"Kau jaga diri, selesaikan masalah kau dengan Alief elok-elok. Tamau sedih-sedih dah, nanti baby marah aunty!" Nana mengusap perutnya kemudian memandang muka Isha semula. Isha tersenyum. Mukanya didekatkan dengan perut Nana.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now