BAB 45 : ALIEF AR-RAYYAN

1.8K 222 71
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Ira nak makan sekarang?" sapa Isha lembut. Isha menolak dedaun pintu bilik yang dulunya bilik Alief dan dia. Ira yang hanya duduk ditengah katil dengan satu novel ditangan hanya menggeleng dengan senyuman nipis.

"Taknak? Tapi dah pukul 2 dekat pukul 3 dah ni, lambat dah. Ira kan belum makan, nanti perut masuk angin." Isha melabuhkan duduk disebelah Ira. Ira tersenyum hambar.

"Tak apa, Ira nak tunggu Alief. Nak makan sama-sama." balas Ira dengan nada yang sama. Isha mengerutkan dahi.

"Tapi Alief balik lambatlah, jom makan. Isha nak kukus ikan dengan masak sayur kejap." Isha membalas dengan nada tidak berpuas hati. Walaupun dalam dua minggu selepas Ira dengan Alief keluar dari hospital, jelas yang Alief lebih pentingkan Ira darinya. Alief juga sudah mula bekerja semula walaupun dilarang sekeras-kerasnya oleh Datin Zira. Tetapi balasan cuma ringkas.

'Ma, Alief okaylah. Luka je pun, dah nak baik dah.'

"Tak ada lauk lain ke? Tak sukalah..." rungut Ira perlahan. Riak mukanya jelas tidak suka dengan makanan orang berpantang. Isha menggeleng dengan senyuman kecil.

"Ira kena makan apa yang Isha masak jugak, nanti lagi dua minggu bolehlah Ira nak makan apa-apa pun." ujar Isha seperti memujuk.

"Tapi Ira nak tunggu Alief," Isha mengeluh lemah.

"Please...Ira janji Alief balik je, Ira terus ajak dia makan. Ira tak lapar lagi," rayu Ira bersungguh-sungguh. Isha meraup muka.

"Nanti masuk angin Ira." ujar Isha risau. Ira menggeleng.

"Takpe, Ira boleh tahan. Lagipun boleh je sapu dengan minyak angin, okaylah. Ira nak tunggu Alief," balas Ira dengan nada sayunya. Isha menggeleng kecil.

"Yelah, kalau sakit ke apa bagitahu Isha. Isha tolong." Isha mengalah. Ira tersenyum suka.

"Ira nak tidur dulu, Isha keluarlah." Isha mengangguk laju. Tubuh Ira ditolong untuk berbaring elok. Selimut ditarik hingga paras dada untuk Ira.

"Ira tidurlah, nanti Alief balik Ira siapkan makanan." Isha mengelus perlahan rambut Ira sebelum bangun dari katil.

"Thank you," ucap Ira ikhlas sebelum memejamkan mata rapat. Ira tersenyum hambar.

***

"You," Alief mengejut Ira yang sedang diulit mimpi.

"You, wake up. Asar ni, tak elok tidur." Alief menepuk lembut bahu Ira. Rambut Ira dimain sesekali. Ira cuma menggeliat kecil sebelum kembali tidur.

"Sayang...bangun." Alief mencium sekilas dahi Ira. Sekali lagi Alief menepuk bahu Ira mengejutkan isterinya dari lena.

"Hm," Ira terpisat-pisat bangun. Perlahan-lahan Ira bangun bersandar dikepala katil. Matanya terkebil-kebil cuba untuk dibuka luas.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now