MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Hah?!"
"Tangkap basah?" Isha menukar posisi dari baring ke duduk. Comforter yang terlurut ditarik ke atas. Telephone nya dilekapkan ke corong telinga.
"Macam mana boleh jadi?" soal Isha dengan giginya diketap kuat. Mukanya mula memerah menahan marah.
"Sayang..." rengek Alief tiba-tiba. Isha memusingkan bebola mata. Rengekan Alief dihiraukan.
Tadi baru je tido, yang tiba-tiba bangun apahal?
"Diam." arah Isha. Alief mencebik. Isha kembali fokus mendengar penjelasan pemanggil tadi tentang Adrian dan sepupunya. Dadanya berombak kencang.
"I will come." kata Isha membalas percakapan orang dari panggilan. Tangan Alief yang bermain dengan pehanya ditepis. Panggilan dimatikan dan telephone nya terus dicampak ke birai katil. Muka diraup kasar serentak bibirnya mengeluh. Tubir matanya bertakung.
"Kenapa?" tanya Alief dengan muka berkerut.
"Abang Adrian,"
"Huh?"
"Abang Adrian kena tangkap basah." balas Isha perlahan. Air matanya setitik dua menyembah bumi. Alief ternganga.
"Sumpahlah mamat bengong tu kena tangkap basah?!" bahu Isha dipegang dan dipusingkan menghadapnya. Reaksi mukanya yang terkejut sekarang tidak dapat dikawal. Isha mengangguk kecil.
"Dengan si-"
"Dengan Nana." pintas Isha laju. Tangan suaminya digenggam kuat. Sekali lagi Alief ternganga. Mak aih, sepupu sendiri pun boleh eh kau Adrian?
Terlihat Isha yang mula teresak, Alief terus mendakap tubuh kecil itu masuk ke dalam pelukannya. Kepala Isha disembamkan ke dada bidangnya. Serentak belakang badan isterinya diusap. Rambut ikal mayang Isha diulus lembut.
"Don't cry sayang..." pujuk Alief dengan tangannya naik mengesat air mata Isha. Isha tidak membalas tetapi menyambung tangisnya. Alief mengeluh perlahan. Pujukannya tidak dilayan. Alief membiarkan.
Beberapa minit berkeadaan begitu, tangisan Isha mula reda. Pelukan Alief dilonggarkan sedikit. Kepala diangkat memandang suaminya yang menahan mata dari tidur, atau lebih tepat sudah tertidur sambil duduk dengan memeluknya. Tanpa sedar bibirnya terlakar senyuman kecil. Rangkulan pinggang dialihkan sedikit.
Lengan Alief digoncang. Alief terpinga-pinga dengan mengesat matanya. Muka isterinya dipandang dengan dahi berkerut seribu.
"Dah tak nangis?" tanya Alief lembut. Isha mengangguk dengan senyuman kecilnya.
"Saya nak bersiap,"
"Pergi pejabat agama. Jom?" ajak Isha. Alief mula terkebil.
"Buat apa?" soal Alief. Keningnya digaru perlahan. Isha mencampakkan bantal ke arah suaminya.
"Apa sayang ni?!" marah Alief sambil mengalihkan bantal dari mukanya.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...