MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
Dua minggu selepas kematian Encik Marzuki dan Puan Surihani bagai tiada apa yang berubah kecuali Isha. Hati je kata redha, sebaliknya hanya dia yang tahu. Dua minggu duduk terperap di dalam bilik. Keluar hanya sekadar untuk mengisi perut. Dua minggu kelas diabaikan, dua minggu tu juga lah Datin Zira menginap dirumahnya. Pelbagai cara Datin Zira sudah cuba untuk memujuk Isha tapi tiada satu pun yang dia berjaya. Pernah satu tahap tu Isha sampai nak telan ubat gegat sebab terlalu tertekan dengan apa yang jadi. Masih tak boleh terima kenyataan.
Isha menghela nafas berat. Dia menggelengkan kepalanya sedikit. Tak boleh jadi kalau terus macam ni.
"Aku kena redha. Walau macam mana pun ummi abi memang dah tak ada." Isha meraup muka. Dia tersenyum kecil.
"Aku nak tolong mama dekat dapur, kesian mama jaga aku tapi aku selalu layan mama teruk." Isha menolong sendiri. Tuala diambil dan segera ke bilik mandi.
***
"Anjing! Ini anak anjing comel bunyinya begini! Wuf! Wuf! Wuf! Wuf! W-" Isha menghentikan nyanyian lagu didi and friends nya. Dia memandang Datin Zira yang sedang memasak di dapur. Isha tersenyum sinis.
Isha berjalan perlahan sambil tidak mengeluarkan bunyi derapan kakinya. Sampai di belakang badan Datin Zira yang sedang menggaul lauk di dalam kuali Isha tersenyum kecil dan memeluk pinggang Datin Zira. Datin Zira tersentak, tapi hanya sekejap sebelum melihat tangan yang memeluk pinggangnya. Datin Zira tersenyum kecil.
"Isha kenapa peluk mama ni sayang?" Datin Zira menyoal. Isha makin mengetatkan pelukan. Datin Zira mematikan api dapur dan memusingkan badannya menghadap gadis cantik di belakangnya ini.
"Mama..." rengek Isha. Datin Zira tersentak lagi. Betul ke apa yang dia dengar? Mama? Kali pertama gadis itu mengeluarkan panggilan mama terhadapnya.
"I...Isha panggil mama ke?" takut-takut Datin Zira menyoal. Isha tersenyum sebelum tergelak kecil. Isha menganggukkan kepala. Datin Zira tersenyum riang. Kepala Isha yang tidak bertudung itu diusap lembut sebelum dicium.
"Mama..." rengek Isha lagi.
"Ye Isha nak apa ni?" tanya Datin Zira sambil memeluk Isha. Lauk tadi semua dilupakan sebentar.
"Isha lapar hehe..." balas Isha lalu tersengih.
"Allah...kejap mama angkat lauk." Isha menghalang pergerakan Datin Zira.
"Kenapa?" Isha menggelengkan kepala sambil tangannya menunjuk ke arah meja makan.
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi lah mama! Isha buat, mama pergi duduk. Kesian mama dua minggu masak untuk Isha sediakan itu ini. Kali ni bagi Isha buat semua kerja. Mama rehat! Isha dah redha dengan semua benda taknak dah meratap sebab kematian ummi abi. Mama pergi duduk!" ujar Isha panjang. Datin Zira tersenyum lebar sebelum mengikut arahan Isha. Isha dipandang dari meja makan. Bahagia, ya dia bahagia bila dapat buat gadis itu bahagia. Janji dengan arwah kawan baiknya tidak akan dilupakan. Air matanya menitis sedikit. Isha memandang pelik.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...