MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Abang..."Lengan Alief digoncang untuk memujuk. Alief menggeleng tetapi matanya masih tertumpu dengan laptopnya. Pergi honeymoon pun bawa laptop boy!
"Apa?" Alief masih fokus dengan kerjanya. Isha menayang muka tidak berpuas hati. "Jomlah jalan-jalan." ajak Isha. Mukanya cemberut habis.
"Nantilah, kalau nak keluar-keluar jelah. Abang boleh cari nanti." balas Alief mendatar. Isha mencebik mendengar balasan suaminya.
"Isha bosanlah, kenapa honeymoon kita macam ni." rungut Isha. Tangannya disilangkan ke dada. Rungutan Isha menghentikan kerja Alief. Wajah isterinya dipandang.
"Bosan?" soal Alief ingin kepastian. Kening kanan diangkat. Isha mengangguk yakin. Alief memutarkan bebola mata.
"Kenapa abang rolling eyes? Tak betul ke apa yang Isha cakap? Abang sejak masuk syarikat Abang Adief, asyik kerja-kerja." suara Isha bertukar sayu. Pandangan ditundukkan.
"Stop it, Isha. Aku tak suka dengar." balas Alief dingin, renungan tajam juga dihadiahkan. "Ha macam ni lah abang, Isha baru cakap sikit. Abang dah nak layan Isha dingin macam ni." balas Isha.
"Eh kalau macamtu abang makan jelah kerja abang, tak payah-"
Prang!
Bunyi cawan kaca dan laptop pecah bergema. Isha membulatkan mata. Alief baru sahaja mencampakkan gelas dan laptopnya ke dinding. Habis berkecai segala kaca.
"Aku cakap aku tak suka dengar! Apa masalah kau ni!" tengking Alief dengan melangkah dekat ke arah Isha. Isha mengundur sehingga badannya bertemu dengan dinding. Isha meneguk air liurnya yang terasa payau.
Alief meletakkan kedua belah tangannya mengepung pergerakan isterinya. "Kau nak aku tak buat kerjakan?" Alief menyoal. Isha hanya terdiam, tiada balasan.
"Aku soal, jawablah! Kau taknak aku buat kerjakan?!" jerkahan Alief membuatkan Isha tersentak. Sepanjang sebulan perkahwinan mereka, Alief tidak pernah sekali pun menengking. Isha masih berdiri statik tanpa membalas.
"Jawab Nurul Farisha Aina!" Alief menjerkah sekali lagi. Lambat-lambat Isha mengangguk kecil. Tangannya menggeletar melihat perubahan mendadak Alief.
"Taknak kan? Now look at this." Alief mengalihkan tangannya dan menyeluk poket. Iphone miliknya dikeluarkan.
"Ni je yang terakhir aku ada," Alief melambung-lambung iphonenya ke udara.
"Ni tayangan free untuk kau tengok. Taknak aku kerja? So let's get started." ujar Alief mendatar. Isha meneguk air liurnya buat kali yang keberapa.
Tangannya diangkat paras bahu dan iphonenya dicampak kuat ke dinding. Bahu Isha terhinjut kerana iphone itu dibaling berkali-kali. Perasaan bersalah menghurung diri, perlahan-lahan air matanya jatuh.
"A-abang...cukup." Isha menahan tangan Alief dari menghancurkan laptopnya lagi. Tangannya menggeletar takut.
"Cukup? Tak cukup lagi ni, bagi lunyai je. Kau taknak aku kerja, jadi hancurkan jelah segala barang yang berisi kerja aku tu." balas Alief sinis. Laptop yang sudah retak sedikit tadi diambil dan dicampak sekali lagi ke lantai. Tangan Isha yang menahannya ditepis kasar.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...