MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
Isha merenung peti ais yang hampir kosong, keperluan dapur yang dibeli 2 minggu yang lepas perlahan-lahan habis. Isha menutup peti ais yang dibukanya tadi. Ah! Nanti mintak duit Alief lah, apa susah! Mesin duit ada!
"Abang turun sarapan!" laung Isha dari arah dapur. Jem blueberry bercampur peanut butter itu disapu ke atas roti bakar. Alief terkocoh-kocoh turun dari tangga. Rambut serabai tidak disikat, tali leher tidak dipakai. Terlalu serabai!
"Sayang, tolong abang pakai tie ni," Alief menghulurkan tali lehernya kepada Isha sambil sebelah tangan lagi memasang butang kemeja. Isha meletakkan pisau jem dan mencapai huluran suaminya. Tali leher dipakaikan dan dikemaskan.
"Jom sarapan," ajak Isha bernada lembut. Senyuman dilemparkan kepada suaminya. Alief mengerling jam ditangannya sekilas.
"Sorry sayang, I got to go. Ada meeting kejap lagi, tak sempat. Nanti abang breakfast kat luar je dengan klien." senyuman Isha mengendur apabila mendengar balasan yang sama bermula seminggu yang lepas. Lima bulan selepas sesi memohon maaf yang lepas, Alief perlahan-lahan berubah. Bermula dari balik lambat, lunch tak balik rumah, dan bermula dari minggu lepas Alief kerap sarapan diluar.
Isha sembunyi sedihnya, senyuman nipis dilemparkan. "At least, abang ambillah sekeping ni, makan masa dalam kereta." pujuk Isha. Alief menguntum senyuman kecil.
"Sorry sayang, abang takde selera nak makan roti. Abang pergi dulu." Alief mencium sekilas ubun-ubun Isha dan terus berlalu keluar dari rumah.
Isha mengeluh lemah. Punggungnya dilabuhkan dikerusi meja makan. Kecewa.
***
Isha membuka ruang chatnya dengan Alief. Satu pesanan ringkas dihantar.
Abang, barang dapur dah nak habis. Isha nak minta izin keluar beli barang boleh?
Isha menekan button send. Tak sampai 5 minit pesanan nya dibalas. Bibirnya menguntum senyuman kecil.
Sure sayang, sorry abang tak boleh teman kali ni. Nanti abang bank in duit, sayang guna duit tu okay?
Love you sayang!Isha hanya membalas ringkas. Terus berlari ke atas untuk bersiap. Isha hanya memadankan blouse biru tua dan seluar jeans. Tudung putih dipadankan dengan bajunya. Sempat dia mendail nombor Nana dan Iqa untuk diajak keluar bersama.
Isha mengambil kunci keretanya sendiri. Yeah, dah ada lesen sendiri! Ini sebab Alief juga dia dapat lesen memandu. Kalau tak jangan harap nak bawak kereta!
Isha memastikan pintu rumah sedia terkunci. Enjin kereta dipasang dan keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumah.
Shopping time!
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...