BAB 6 : ALIEF AR-RAYYAN

831 93 30
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Ummi abi macam mana uncle? Aunty?" soal Isha sebaik sahaja sampai di hadapan wad ICU yang ditempatkan ummi abinya.

"Aina kena banyak bersabar ya?" ujar Datin Zira lantas memeluk gadis bertubuh kecil itu. Serentak itu seorang doktor keluar dari wad ICU ummi abi nya.

"Doktor, ummi abi saya macam mana? Mereka boleh selamat ke?" tanya Isha. Matanya sembab,mukanya merah. Doktor lelaki tersebut mengeluh perlahan.

"Buat masa sekarang kami tak dapat bagi jaminan yang mereka boleh diselamatkan. Hentakan dikepala Encik Marzuki terlalu kuat, begitu juga Puan Surihani. Banyakkan bersabar dan berdoa. Kuasa tuhan kita tak tahu." balas Doktor Rafiqi. Isha terduduk lemah di bangku hospital. Datin Zira mengusap bahu Isha.

"Boleh saya bercakap dengan anak Encik Marzuki dengan Puan Surihani sebentar?" tanya Doktor Rafiqi sambil memandang satu persatu dari mereka. Datin Zira mengangguk begitu juga Dato Ilham. Isha mengangguk dan terus berdiri.

"Ikut saya." Isha mengikuti langkah Doktor Rafiqi menuju ke bilik doktor.

"Ada apa doktor?" soal Isha sebaik sahaja duduk di kerusi berhadapan dengan Doktor Rafiqi.

"Awak tahu selama ni Ummi Abi awak menghidap penyakit?" Doktor Raf memandang muka putih bersih milik Isha. Isha menggelengkan kepala.

"Penyakit apa?"

"Abi awak penghidap kanser paru-paru stage 4, begitu juga ummi awak. Saya minta maaf saya tak boleh jamin mereka akan selamat. Banyakkan bersabar dan berdoa ya Cik Isha?" ujar Doktor Raf. Isha menekup mulut, tangisannya yang telah berkurang berlagu semula.

"Takkan tak ada cara lain nak selamatkan Ummi Abi saya doktor?" soal Isha dalam esakkan. Doktor Raf hanya menggeleng.

"Dah terlambat untuk pembedahan, kalau lakukan pembedahan pun tak dijamin patient akan selamat Cik Isha." balas Doktor Raf.

"Effect dari kemalangan pun kuat." ujarnya lagi. Isha hanya mendiamkan diri. Terasa lemah saat ini.

Pintu bilik Doktor Rafiqi dikuak dari luar. Seorang nurse kelihatan sangat cemas dipandang Doktor Raf dan Isha.

"Doktor Raf! Pesakit wad ICU dengupan jantung tiada! Doktor Khai dengan Doktor Yus ada di dalam sana tapi mereka perlukan doktor sekarang!" Doktor Raf segera bangun dari kerusinya.

"Panggil Doktor Haikal sekarang!" jerit Doktor Raf yang terkocoh-kocoh ingin berlari terus ke Wad ICU.

"Cik Isha, ummi abi awak dalam keadaan bahaya. Maafkan saya jika saya gagal selamatkan mereka." ujar Doktor Raf sebelum masuk ke dalam Wad ICU. Isha berjalan ke arah Dato' Ilham dan Datin Zira.

"Doktor tadi cakap apa sayang?" soal Datin Zira. Mukanya sembab kerana terlalu banyak menangis mengenang kawan baiknya dari bangku sekolah bertarung nyawa untuk hidup.

"Ummi, abi..." Isha terus memeluk Datin Zira. Datin Zira hanya membalas pelukan Isha.

"Ummi abi kenapa?" soal Datin Zira.

"Isha teruk...Isha tak tahu yang ummi abi ada kanser. Isha teruk aunty..." Isha memukul dadanya sambil menangis. Datin Zira terdiam. Dipandang sekilas Dato' Ilham. Isha jatuh meluruh ke lantai tetapi di tahan Datin Zira.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now