MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Alief Ar-Rayyan,
Happy birthday to you!"Yeay!"
"Thank you, sayang." ucap Alief ikhlas. Dicium dahi Isha lama. Isha tersenyum suka.
"Woi sudah! Dari tadi thank you-thank you! Bernanah telinga aku dengar." Adrian mula mengacau. Isha mencebik. Balas dendam! Baru dua kali kot Alief cakap thank you!
"Dengki!" komen Isha sepatah. Alief tergelak kecil. Segala penat bekerjanya hilang serta merta.
"Jom, abang teman sayang makan." ajak Alief. Alief menarik perlahan tangan Isha untuk duduk disofa. Pinggan berisi kek dicapai.
"Abang tak makan sekali?" Isha menyoal dengan nada lembut. Alief menggeleng perlahan dengan senyuman nipis.
"Abang dah makan kat luar, kenyang lagi." balas Alief sambil tangannya menyuap Isha. Isha tersenyum hambar.
Again...
"Okay," balas Isha perlahan hampir-hampir tidak kedengaran. Alief terus menerus menyuap Isha sehingga habis.
"Abang nak buang ni kejap, lepastu nak ambil air putih. Sayang nak apa-apa?" tanya Alief. Dia terus berdiri dari duduknya. Isha menggeleng dengan kerutan.
"Abang buat macam Isha yang birthday pula harini," Isha merungut. Alief tergelak sendiri.
"Tak salahkan? Lagi pun abang sayang isteri abang sorang ni," Isha mendecit kecil.
"Yelah, yelah. Briefcase dengan barang abang bak sini, semua bagi Isha, Isha nak letak atas." Isha menyuakan tangannya. Jari telunjuk Alief laju menunjuk di atas meja tv.
"Abang duduklah bawah dengan abang, jangan naik atas. Isha ada suprise lain." arah Isha serius. Alief tergelak sebelum mengangguk perlahan. Isha mengambil briefcase dan iphone Alief diatas meja untuk dibawa naik ke bilik.
***
Isha mengambil 'barangnya' di dalam laci meja solek. Dia tersenyum sendiri.
"Mesti abang suka," ujar Isha sendiri.
Bunyi iphone milik Alief menyentakkan Isha. Terus dicapai dan dibaca nama pemanggil. Mukanya berubah suram.
Isha mengangkat panggilan, dia hanya mendiamkan diri sehingga si pemanggil bersuara. Butang record ditekan.
"Sayang...you janji nak keluar dengan I? You balik sana ke sayang? I isteri you jugak tahu tak? Please sayang, balik sini okay? I tunggu you tau!" suara wanita seakan-akan merajuk menyapa halwa telinga. Mata Isha berkaca. Dia kenal, kenal dengan suara ni.
"Sayang? Why you senyap?" soal wanita tadi lagi. Isha menahan getaran dari tangisannya.
"Sayang! Kenapa diam ni?" Isha menekup mulut. Air matanya satu persatu jatuh. Isha menarik nafas panjang.
"Ira," Isha bersuara. Ira terus senyap dari memanggil Alief.
"I...Isha, aku-"
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...