BAB 27 : ALIEF AR-RAYYAN

691 54 6
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Hah?!" tercengang Rayhana mendengar penjelasan Adrian dari awal sampai akhir. Sekarang mereka semua berkumpul semula di rumah agam milik arwah Encik Marzuki. Sampai sahaja terus diserbu oleh Rayhana dengan soalan bertubi-tubi bila melihat susuk tubuh Nana.

"Kau over kenapa? Papa mama rilek je." Adrian menyoal malas-malas. Rayhana mencebik.

"Mana ada over, aku terkejut je." balas Rayhana geram. Rayhana mencerlung memandang Nana yang diam menikus. Darah pekat yang kering didahi gadis itu membuatkan Rayhana tersenyum sinis.

"Akak okay ke dengan dahi tu?" soal Rayhana dengan nada simpati yang dibuat-buat. Adrian memandang pelik.

"O-okay." Nana membalas gagap. Mukanya menunduk memandang lantai.

"Kalau okay jomlah teman Rayhana buat kopi ke, teh ke? Dah petang ni, kita buat minum petang sama-sama nak?" ajak Rayhana tiba-tiba. Semakin berkerut dahi Adrian memandang Rayhana. Nana mengangguk.

"Kenapa tiba-tiba je kau ajak Nana? Kenapa tak ajak Isha dengan abang kau yang kat atas tak turun-turun tu?" soalnya. Datin Zira dan Dato' Ilham hanya diam.

"Eee suka hati akulah pakcik! Aku nak ajak Akak Nana bukan Kak Isha! Aduu...kecohlah orang tua ni." ujar Rayhana geram. Cemberut habis mukanya.

"Masalahnya kak Nana kau tu sakit bongok. Aku cepuk jugak budak ni kang!" Adrian menikam anak mata Rayhana tajam.

"Papa dengan mama naik dulu," Dato' Ilham mencelah. Adrian mengangguk.

Sebaik sahaja Datin Zira dan Dato' Ilham menghilang dari pandangan Adrian kembali menikam anak mata Rayhana.

Something fishy here...

Adrian menduga. "Kau ada nak buat apa-apa dekat Kak Nana ke?" Adrian mula berdiri. Tangan Nana ditarik lembut supaya gadis itu mendekatkan diri dengannya.

"Kau merepek apa ni pakcik? Aku ajak buat minum petang je, lepastu aku nak cucikan luka akak. Overthinking lah kau ni, risau sangat." kata Rayhana dengan nada meluat. Matanya dipusing menyampah. Tangan Nana yang berada di genggaman Adrian ditarik.

"Tak payahlah bengong, kasi dia rehat." Adrian mahu mencapai tangan isterinya semula. Rayhana mengelak.

"Takpelah abang, Nana tolong Rayhana kejap je. Abang naik dulu eh? Mandi ke, busuk dah saya bau ni." ujar Nana diselit sedikit usikan. Rayhana didalam hati menyumpah seranah adegan sweet dua beruk dihadapannya sekarang.

"Sshhhh! Dah blah sana, bini kau aku jaga." Rayhana mula menghalau. Adrian mengangguk pasrah.

"Yelah..." Adrian menapak naik ke atas. Rayhana melompat gembira. Badan dipusingkan menghadap Nana. Senyuman lebar dilemparkan.

"Jom! Cuci luka akak dulu!" Rayhana menarik lengan Nana laju ke dapur.

***

"Karipap atau apam?" Rayhana menyoal Nana yang sedang membancuh air kopi dimeja sudut dapur. Kepala gadis itu yang sudah ditampal plaster dipandang sekejap-sekejap.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now