BAB 1 : ALIEF AR-RAYYAN

2K 149 32
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

Love is blissful but love is hurting.

---

Tok! Tok! Tok!

"Isha! Buka pintu ni bangun sayang! Nanti lambat pergi kolej!" Puan Surihani menjerit sambil mengetuk pintu bilik anak daranya yang seorang itu.

Nurul Farisha Aina binti Arif Marzuki. Seorang gadis berumur 18 tahun dan anak perempuan sulung kepada Encik Arif Marzuki.

"Ya ummi, Isha dah bangun! Kejap lagi Isha turun." dia bangun dan mengemas tempat tidur sebelum mencapai tuala dan segera ke bilik mandi.

***

"Morning ummi,morning abi!" Isha menyapa ummi dan abinya yang duduk di meja makan menunggu dirinya.

"Morning anak ummi meh duduk sarapan.Ummi sapukan jem kat roti ni ha." Puan Surihani menyapu jem di roti bakar dan diletakkan ke pinggan.

"Tak apa ummi, Isha boleh buat sendiri. Ummi duduklah sambung makan." Isha mengambil pisau jem dari tangan umminya dan mengambil tempat menyapu jem di roti. Dia memandang Encik Marzuki yang dari tadi diam.

"Abi kenapa senyap je?" Isha mengunyah roti bakar yang disapu jem tadi.

"Abi nak tanya Isha satu soalan." Isha memandang muka abinya yang tampak serius. Dia mengerutkan dahi.

"Apanya? Macam serius je." Isha mengunyah lagi roti bakar tadi.

"Abi nak Isha kahwin boleh?" Isha berhentikan kunyahan. Dia kembali memandang abinya.

"No no! Isha taknak,Isha muda lagi lah abi. Bagilah Isha ada pengalaman jadi remaja dengan lebih lama lagi. Lagipun Isha baru 18 lah. Tak ready lagi nak kahwin bagai ni." Isha membebel panjang.

"Abi nak Isha kahwin sebab abi nak Isha ada orang jaga bila ummi dengan abi dah tak ada nanti. Abi risau kalau ummi dengan abi dah tak ada Isha sorang-sorang." Isha mengerutkan dahi.

'Ni tak suka ni! Balik-balik benda yang sama. Kenapa lah abi suka cakap benda macamni kebelakangan ni.' Isha mengeluh perlahan.

"Dahlah abi. Isha nak gerak pergi kolej dah. Isha tak suka abi cakap macamni. Isha gerak dulu. Ummi,abi jaga diri." Isha mengambil fail-failnya dan menyalam ummi dan abinya lalu segera keluar dari rumah.

***

Dia menilik jam di pergelangan tangan. Ada lagi satu jam sebelum kelas mula. Dia menunggu kedatangan seseorang.

'Mana lah pula makcik ni! Nana ni kalau tak lambat tak sahlah!'
Dia menilik lagi jam dipergelangan tangannya.

"Allahu makcik ni aku hempuk kau pakai kuali nanti! Lambatnya!" dia merungut sambil menghentakkan kaki. Beberapa minit selepas itu sebuah kereta berhenti dihadapannya. Dia merengus geram lalu membuka pintu kemudiannya masuk dan pintu dihempas.

"Woi jahanam kereta aku!" Nana memukul bahunya kuat. Nana atau nama penuhnya Putri Khairinna binti Adam Malik merangkap sepupu paling rapat dan dia satu kolej dengan Isha. Isha menjeling Nana tajam.

"Kau pandang aku macamtu kenapa? Aku ada buat salah ke sia." Nana menutup matanya ala-ala takut.

"Kau dah lambat selamba je kan? Semalam janji kau nak pickup aku pukul berapa? Sekarang pukul berapa? Boleh berjanggut aku tunggu kau tau tak? Nasib baik aku ni orang nya sabar. Kalau tak aku naik je grab lepastu..."

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now