MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Argh bestnya!" Isha mendepakan tangannya menikmati udara dibumi korea saat ini. Terlompat-lompat gembira sebaik sahaja sampai disini malam semalam. Sudahlah semalam sampai malam, dipaksa pulak Alief untuk membawanya terus keluar berjalan-jalan tengah malam tadi.
"Sayang elok sikit perangai tu, orang tengok." ujar Alief membuat Isha menjuihkan bibir. Alief tergelak kecil. Isha mengabaikan. Pandangan dikalih ke N seoul tower, yang terletak di Namsan mountain.
"Abang tu! Tengok tu!" Isha menjerit suka. Dia berlari ke arah Alief semula. Lengan suaminya dirangkul erat sambil tangan kanannya dihalakan ke Namsan mountain. Bibirnya tidak lekang senyum.
"Ye abang nampak, sayang." balas Alief serentak kepala Isha yang dibaluti tudung dicium sekilas. Senyuman Isha semakin melebar. Gilirannya pula mencium sekilas pipi Alief.
"Mwah!" Isha melepaskan rangkulan. Alief tersengih.
Dah pandai eh?
"Sayang wait!" Alief mengejar Isha yang sudah lari jauh ke hadapan. Isha menjelirkan lidah. Dibuatnya tempat itu seperti tiada orang.
"Isha abang kejar ni! Abang dapat siap eh?" ugut Alief. Alief mengejar. Isha mengelak dari ditangkap. Sekali sekala lidahnya dijelirkan kepada Alief lagi.
"Sayang!" Alief menjerit separa kuat. Terus Alief memeluk pinggang Isha dari belakang. Pinggang isterinya digeletek.
"Okay-okay Isha berhenti!" Isha terkekek ketawa apabila Alief dapat memeluk erat pinggangnya dari belakang. Tangan kasar yang berurat itu diusap lembut.
"Abang kita naik atas sana nak? Naik cabel car tu." ajak Isha dengan menghalakan jarinya ke arah cabel car menuju ke puncak Namsan mountain. Alief mengangkat kening.
"Tak takut?" soal Alief sengaja menguji. Isha menggeleng dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.
"Jomlah..." Isha sedaya upaya mencomelkan muka. Yelah kata honeymoon, takkan nak tengok je? Mestilah nak naik!
"Yelah jom, untuk sayang apa pun boleh." ujar Alief lalu mencium pipi kiri dan kanan Isha. Tangan kecil Isha ditarik lembut memusingkan tubuh kecil itu menghadapnya.
"Sebelum kita naik, abang nak tanya beberapa soalan." Alief menatap dalam anak mata isterinya. Isha mengerutkan dahi.
"Apa?" soal Isha sambil tersenyum kecil.
"Sayang happy tak bila dengan abang?" soalan Alief makin membuat dahi Isha berkerut.
"Abang tanya soalan bodoh apa ni? Mestilah happy!" Isha memukul lengan Alief perlahan. Muka tegang Alief perlahan-lahan mengendur. Bibirnya tersenyum nipis.
"Abang nak minta maaf." ujar Alief tiba-tiba. Tangan kecil isterinya digenggam erat. Kepalanya menunduk.
"Sebab?" tanya Isha penuh hairan. Kening kanan diangkat.
"Abang minta maaf, baru sekarang abang bawa sayang pergi honeymoon, abang terlalu sibuk. Sampai sayang terabai, hari-hari balik tengah malam. Sayang tak makan. Abang minta maaf." luah Alief dengan nada sebak yang ditahan. Isha berkerut-kerut menahan empangan air matanya dari pecah.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...