MR ALIEF AR-RAYYAN
Love is blissful but love is hurting.
---
Isha menahan rasa mendengar senior-senior lain yang mengumpatnya.Dia duduk di mangkuk tandas duduk sambil memejamkan matanya sekejap.
"Kau tau kan tadi yang sorang junior ni dia langgar si Alief tu lepastu dia boleh sindir lagi weh!"
'Ouh so nama mamat tu Alief?'
"Masa tu dia punya belagak tu memang macam tak kenal siapa Alief tu do."
'Aku belagak? What the bit*h'
"Apa-apa pun aku tau budak tu gedik."
'Omaigad kau tolonglah aku bukan perempuan gedik ok!'
Isha menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Isha membuka lock pintu tandas dan keluar dari tempatnya dan berjalan ke singki. Dia mengemas fail-failnya dan segera untuk keluar.
Isha memberhentikan langkah di hadapan senior yang mengumpatnya tadi.
"Excuse me? Boleh tak saya nak tanya?" Isha menyoal tiga orang gadis yang berdiri dihadapannya kini.
"Kau nak tanya apa? Cepat sikit kitorang dah lambat." balas salah seorang dari mereka.
"Hm awak bertiga ada dengar tak bunyi nyamuk?" soal Isha. Tiga orang gadis tadi memandang sama sendiri lalu tergelak.
"Weh Hanis budak ni mengarut apa weh? Hahahaha!" tanya salah seorang.
"Aku tak tau lah weh Kyla. Hahaha!" Hanis membalas.
"Saya tak mengarut tau! Nyamuk tu tadi dia mengumpat saya!" ujar Isha dengan muka polosnya.
"Omaigad Ryhana budak ni? A..."
"Betul kak! Saya dengar nyamuk tu mengumpat saya lepastu dahlah pakai baju tak cukup kain kak!" Isha memotong.
"Lepastu nyamuk tu gedik kak! Dia tak tau ke dosa mengumpat orang? Dahlah mengumpat tak tengok tempat aduh! Dalam tandas pula tu patut lah nyamuk tu ikut jadi syaitan kak! Ish ish ish..." Isha membebel lagi. Hanis,Kyla dan Ryhana sudah merengus geram.
"Woi budak! Kau ni tak reti hormat ea? Kau nak cakap straight jelah. Tak payah sindir bagai!" Ryhana membalas. Isha tersenyum sinis.
"Ouh tau pula saya sindir. Fikir awak semua ni bagus sangat nak mengumpat saya? Hello nak mengumpat tengok tempat okey lain kali? Jangan jadi bebal sangat. Kesian cantik tapi lembab." Isha membalas sambil tersenyum.
"Eyy kau ni!" Kyla mengangkat tangannya untuk menampar Isha. Isha memejamkan matanya.
"A...Alief you buat apa kat tandas perempuan ni. Ke...keluar lah nanti orang nampak." Isha segera membuka matanya bila mendengar nama 'Alief'.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...