BAB 50 : ALIEF AR-RAYYAN

1.9K 146 28
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Abang..." Isha mendakap lama tubuh tegap milik Adrian. Tangisan dihemburkan sepuas-puasnya dibahu Adrian. Adrian masih diam menilik wajah yang berada dihadapannya sekarang.

"Isha?" Adrian menyoal lambat-lambat. Isha mengangguk laju. Mata Adrian mula berkaca. Rindu. Pelukan tadi dibalas. "Isha rindu abang..." Isha tersedu sedan. Adrian mengangguk.

Belakang badan Isha diusap perlahan meredakan tangisan yang semakin menjadi-jadi.

"Don't cry..." Adrian mengusap belakang badan Isha lembut. Air mata gadis itu turut dilupuskan. "Isha rindu abang..." Adrian masih menghapus sisa air mata yang masih mengalir.

"Takmaulah nangis dear.." Adrian memujuk lagi. Esakan Isha makin kuat apabila mendengar panggilan dari yang dirinduinya.

"Dahlah takmaulah nangis..tak comel dah adik abang ni.." Adrian masih memujuk. "Kita masuk dalam jom? Panas kat luar ni.." Isha mengangguk.
"Abang, Nana ada?" soal Isha teruja. Riak wajah Adrian automatik berubah.

"Uncle!" Adrian yang merasakan pehanya ditepuk-tepuk kasar segera memandang ke bawah. Wajah kacak bercampur comel milik Ayden dipandang hairan. Bertambah hairan apabila muka budak kecil itu seakan-akan tidak berpuas hati.

"Kenapa uncle buat mama Ayden nangis?" Ayden mencekak tangan di pinggang. Wajahnya didongak ke atas ingin memandang wajah Adrian.

"Ooo... uncle buli mama ea!" Ayden mengecilkan matanya. Adrian tergelak kecil diikuti Isha. Terpotong mood sedih mereka angkara Ayden.

"Aiyis! Ayief, Azief, Adief! Pukul uncle ni jom! Dia buli mama kita!"

***

"Abang, Nana mana?" Isha menyoal lagi setelah masuk ke dalam rumah. Aqief sudah balik ke rumahnya sendiri selepas menghantar Isha.

Adrian menghela nafas. "Adik lapar tak? Kalau lapar abang masak, abang tak masak apa-apa ni." Adrian cuba mengubah topik.

"Abang...Isha tanya ni, Nana mana? Kenapa dia tak turun? Mana anak abang dengan Nana? Boleh Isha kenal-kenal dengan dia..." Isha masih menyoal dengan nada teruja. Adrian masih menghiraukan.

"Abang masak kejap, adik tunggu sini. Pergilah letak Airis dekat bilik sana tu dulu, biar dia tidur. Ayden bagi dia main mainan dekat tepi rak sana tu. Beg nanti abang bawakkan naik bilik." Adrian mengalihkan pandangannya. Langkahnya dibuka pergi ke dapur.

"Abang.." Isha menahan Adrian dari terus melangkah. Wajah Adrian dengan mata merahnya membuatkan Isha berkerut pelik.

"Abang kenapa ni?" Isha memegang tangan Adrian. Wajah Adrian yang berpaling ke arah lain ditarik supaya memandangnya.

"Kenapa nangis ni? Abang?" Isha menyoal sekali lagi. Adrian meraup muka kasar.

"Jangan tanya apa-apa pasal Nana lagi." Adrian melepaskan pegangan tangan Isha. Langkahnya dibuka semula ke dapur.

"Tapi kenapa? Isha tanya je mana Nana? Dia keluar pergi mana?" Soal Isha dengan nada peliknya. Adrian yang baru membuka pintu peti ais terus menghempas kasar pintu itu. Isha terkebil.

"Abang dah kata jangan tanya, jangan tanyalah! Nana dah takde, Isha! Anak abang dah takde! Diorang dah takde dengan abang Isha!" Adrian menengking. Wajahnya jelas basah dengan air mata.

***

"Baba! Janganlah lari!" Ayden menjerit kuat. Sekarang mereka sedang main kejar mengejar. Adrian membuat muka.

"Tangkaplah baba!" Adrian mengejek budak kecik yang cuma paras lututnya sahaja itu. Ayden menayang muka cemberut.

"Okay takpe! Ayden kejar ni!" Ayden mula mengejar Adrian. Adrian masih selamba berjalan laju. Adrian mulakan larinya apabila melepasi tangga. Ayden masih setia mengejar. "Baba! Janganlah laju sangat!"

Buk!

Ayden jatuh menyembah lantai apabila terlanggar sesuatu. "Ayden!" Adrian berlari ke arah Ayden semula. Ayden dukung. Kepala Ayden yang sedikit merah diusap lembut. "Yeay dapat baba!" Ayden tergelak suka. Sakitnya dihiraukan.

"Ehem." Suara garau yang dari tadi statik berdiri disitu menjadi perhatian. Ayden memandang susuk tubuh tersebut dengan kening terangkat. "Kaki keras macam batu." Kutuk Ayden selamba. Wajah kerek itu dipandang dengan muka toyanya.

Adrian menahan gelak. "Kau cakap aku apa budak kecik?" suara itu bertanya semula dengan nada tidak berpuas hati. Ayden mencebik.

"Kaki uncle kerek keras macam batu." Ujar Ayden lagi sekali dan masih dalam nada selambanya. "Eh dak cik ni aku lepuk jugak kang." Adrian tergelak besar.

"Dah-dahlah tu Alief. Dengan budak pun nak gaduh ke mat." Adrian tersenyum kecil.

"Jom, aku ada tetamu untuk kau.." Adrian memandang Alief kemudian pandangannya beralih ke arah Ayden semula. "Kita turun bawah, jom." Adrian mendukung Ayden turun semula ke tingkat bawah. Alief turut sama ikut turun ke bawah.

"Ha abang, turun pun! Isha nak minta abang belikan Isha bahan basah sikit..tu macam mana nak masak, satu apa pun takde." Isha merungut. Adrian tayang sengih.

"Ayden nak ikut baba?" Adrian menyoal Ayden. Ayden mengangguk laju. Isha masih tidak sedar akan kehadiran orang yang berada dibelakang Adrian.

Adrian menoleh. "Ha kau, Alief. Nak ikut aku tak?" Adrian memandang Alief yang masih tidak lepas merenung Isha. Isha yang mendengar nama itu terus mengangkat muka.

"Ab-abang.."

***

"Sayang nak beli barang basah apa je?" Soal Alief sambil memandang sekilas wajah cemberut milik Isha. Matanya masih fokus memandu.

"Ayam, ikan, dengan seafood sikit." balas Isha mendatar tanpa memandang Alief. Pandangannya dialihkan ke arah tingkap. Alief tersenyum kecil.

"Sayang.." tangan Isha dicapai dan dibawa kepehanya. Satu tangan mengawal stereng.

"Apa awak ni." Isha cuba menarik tangannya laju. Riak mukanya jelas tidak suka.

Alief menggenggam kuat tangan Isha. "Lepaslah!" Isha menarik tangannya lagi.

"Sayang please..." Alief memujuk. "Saya kata taknak, taknaklah..janganlah pegang-pegang. Saya tak selesa tau tak." Isha menghela nafas kasar.

"Mana panggilan abang?" Alief menukar topik. Isha memutarkan bebola matanya. Soalan Alief dibiarkan sepi.

"Sayang, abang tanya ni..." Alief masih menggunakan nada yang sama.

"Saya takde abang lain, selain Abang Adrian. Jadi buat apa saya nak panggil awak abang?" Isha menarik tangannya laju apabila merasakan genggaman Alief sedikit longgar. Alief terkedu.

"Tapi sayang.."

"Shut up, Muhammad Alief Ar-Rayyan." arah Isha dengan suara mendatar.

"Okay, fine."

Tbc...


Ya Allah apa aku taip ni senah? :/

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now