BAB 44 : ALIEF AR-RAYYAN

1.6K 186 37
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Mama!" Isha melajukan langkah ke arah Datin Zira yang duduk dihadapan wad VIP. Datin Zira mengalihkan pandangan.

"Alief macam mana?" soal Isha sebaik sahaja sampai ditempat Datin Zira duduk. Tangan Datin Zira disalam dan dicium lembut. Nana dan Adrian hanya menghantar Isha dihospital sahaja.

"Alief dah sedar, tak ada apa yang serius." jelas wajah Datin Zira sedikit pucat dan sembab. Isha memeluk Datin Zira lama.

"Bila accident? Abang kata malam tadi, kenapa pagi ni baru bagitau Isha?"

"Diorang accident malam tadi, tapi hospital lambat maklum." Datin Zira menarik Isha untuk melabuhkan duduk dikerusi.

"Ira ma?" Isha menyoal ingin tahu. Datin Zira tersenyum hambar.

"Alief dah buat Isha macam ni pun Isha masih ambil kisah, mama taktau kenapa Isha boleh sekuat ni." ujar Datin Zira spontan. Isha terkebil-kebil sebelum tersenyum kecil.

"Alief masih suami Isha, Isha mampu buat apa je ma?" balas Isha mendatar. Datin Zira mengeluh lemah.

"Ira okay tak mama?" tanya Isha sekali lagi.

"Ira keguguran, hentakkan kuat. Doktor terpaksa buat pembedahan buang rahim." Datin Zira menyandarkan badan dikerusi menunggu. Isha terdiam. Bahu Datin Zira diusap lembut.

"Mama, Isha nak masuk boleh?" pinta Isha bernada lembut.

"Masuklah, kalau Alief tak tidur cakap dengan dia mama pergi beli makanan lepastu mama nak turun surau cari Rayhana kejap. Lagi satu, kalau Alief mengamuk cepat-cepat panggil doktor, call mama." Datin Zira berdiri dari duduknya. Isha mengangguk laju.

"In Sha Allah, takde apalah mama." Isha tayang sengih.

"Isha masuklah, mama pergi beli dulu." Isha mengangguk laju dan pintu wad VIP yang diduduki Alief ditolak. Isha menutup pintu.

"Buat apa datang sini?" Alief terus menyapa dingin. Isha melemparkan senyuman nipis. Beg tangannya diletak diatas meja bersebelahan katil Alief.

"Isha nak jaga abang," balas Isha laju. Tangan Alief dicapai untuk disalam dan dicium. Baru Isha mahu mencium tangan Alief laju-laju Alief menarik tangannya laju.

"Tak serik kau kan? Tak sakit? Tak penat?" sinis Alief menyoal. Isha menggeleng perlahan.

"Abang suami Isha, buat apa Isha nak penat dengan abang." Isha duduk dikerusi sebelah katil Alief. Alief mengabaikan.

"Ira mana?" tanya Alief bila lama berdiam.

"Kat wad dialah," balas Isha lembut.

"Nanti abang dah discharge dengan dia, kita bawa Ira balik rumah kita. Isha jaga abang dengan dia. Lagipun dia kena pantang, Isha taknak dia sakit badan apa semua nanti." ujar Isha bernada ikhlas. Alief mengangkat kening.

"Gugur?" Isha mengangguk perlahan. Alief meraup muka.

"Lepas dia habis pantang, biar Ira yang jaga aku. Aku taknak kau jaga aku, anggap jelah masa Ira pantang tu bonus untuk kau jaga aku. Ira habis pantang, get out from my house. Aku menyampah." Isha tersentak. Alief membaringkan badannya semula. Selimut ditarik naik sehingga paras dada dan lengannya diletakkan diatas dahi dengan mata terpejam.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now