MR ALIEF AR-RAYYAN
Love is blissful but love is hurting.
---
"Assalamualaikum ummi, Isha dah balik ni." Isha memberi salam dari pintu rumah.
"Waalaikumussalam, ummi kat dapur sayang meh sini!" Puan Surihani menjerit dari dapur. Isha segera mendapatkan umminya."Ummi masak apa hari ni untuk dinner? Macam banyak je." soal Isha. Tak pernah-pernah nampak umminya masak banyak macam ni.
"Ummi nak masak banyak sikit ha harini. Malam ni ada orang nak datang." balas Puan Surihani.
"Siapa pula nak datang ummi?" Isha menyoal lagi.
"Kawan abi. Isha taknak turun malam ni pun tak apa, tapi kalau lapar turunlah." Puan Surihani membalas. Isha hanya mengangguk perlahan.
"Abi mana?" soal Isha. Puan Surihani hanya menunding jari ke arah atas menandakan Encik Marzuki ada didalam bilik di atas.
"Isha naik dulu lah,badan melekit." Puan Surihani mengangguk. Isha segera mendaki tangga untuk pergi ke biliknya.
***
"Siapa pula kawan abi tu? Hm dia ada anak lelaki tak? Kalau ada aku nak try flirt lah!" Isha membebel sendiri sambil tersenyum.
"Eh astaghfirullah apa aku cakap ni! Gatal betul lah!" Isha tersedar lalu menampar-nampar mulutnya.
"Nak turun ke tak eh malam ni? Erm..." Isha berjalan mundar-mandir memikirkan. Satu novel yang berada di mejanya dipandang sekejap. Dia tersenyum sendiri.
"Hehe malam ni takyah turunlah! Kita habiskan awak okay encik novel!" Isha berkata sendiri. Dia mengambil tualanya dan segera masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
***
"Assalamualaikum, Hani! Marzuki! Kami dah sampai ni." suara orang memberi salam dari luar menyentakkan Isha yang sedang ralit bermain phone di ruang tamu.
"Ummi! Tu dah sampai tu." ujar Isha yang hendak bangun dah menaiki tangga."Ha yelah pergi naik." balas Puan Surihani. Isha mendaki tangga dan masuk ke biliknya. Puan Surihani segera ke pintu utama rumahnya.
"Waalaikumussalam, maaf lambat buka pintu. Jemputlah masuk." Puan Surihani menyapa lembut.
"Kejap ya saya nak panggilkan Marzuki kat atas kejap. Jemput duduk dulu ye?" Puan Surihani menyambut mesra. Mereka hanya mengangguk.
***
"Macam manalah aku nak dapat lelaki macam hero dalam novel ni. Sweet sangat, bersemut aku punya buku." Isha membelek-belek novelnya. Dia mengeluh perlahan.
Perutnya tiba-tiba sahaja berbunyi menandakan lapar. Dia mengusap perutnya sekejap.
"Nak turun tapi ada kawan abi. Aduh..." Isha mengetuk-ngetuk kepalanya.
"Argh whatever aku nak turun ambil junkfood je. Nanti naiklah balik." Isha membebel sendiri dan mengambil tudung bawal miliknya yang tergantung di penyangkut.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...