MR ALIEF AR-RAYYAN
Love is blissful but love is hurting.
---
"Ray mama nak tanya sikit ni." Datin Zira memanggil Alief untuk duduk disebelahnya.
"Apa dia ma?" soal Alief. Datin Zira memandang muka Alief sekejap.
"Kamu masih dalam hubungan lagi ke dengan Zahira tu?" Datin Zira menyoal Alief pula. Alief tergelak kecil.
"Yelah ma...Alief still ada hubungan dengan dia lagi." balas Alief.
"Mama dah lama nak cakap pasal Ira tapi mama takut kamu marahkan mama." ujar Datin Zira. Alief memandang muka mamanya pelik.
"Cakap apa ma? Ada yang tak kena ke?" soalnya dengan muka yang sudah berkerut. Datin Zira hanya mengeluh.
"Mama bukan apa lah, tapi mama cuma tak berkenan dengan dia lah Ray. Mama tak suka sangat dengan cara pemakaian dia,cara percakapan dia, dengan mama pun nak ber 'I dengan you' kalau betul dia tu ada hubungan dengan Ray tapi kenapa dia layan mama macam kawan dia." balas Datin Zira. Alief mengangkat kening lalu tergelak kecil.
"Ala biasalah tu ma...mama janganlah terasa dengan dia, mama kan nak menantu cepat. Ni Ray dah ada bawakan kata tak berkenan pula." ujarnya.
"hm tapi mama tak berkenan dengan dia, mama berkenan dengan Aina tu ha. Sopan je baik." Datin Zira tersenyum sendiri. Alief mengerutkan dahi.
"Aina? Siapa Aina?" soal Alief.
"Ala anak uncle Marzuki dengan aunty Surihani! Kawan mama tu...mama berkenan sangat dengan dia!" balas Datin Zira ceria.
"Aik...habistu kalau mama berkenan mama nak jodohkan dengan siapa pula dalam rumah ni? Takkan Raysha? Along dah kahwin ma? Habistu?" soal Alief pelik.
"Dengan kamulah! Bolehkan Ray? Mama berkenan sangat dengan dia Ray!" balas Datin Zira.
"Ha? Ray? No ma no...Ira Ray nak campak mana. Dia pun perempuan ada hati perasaan ma..." balasnya. Muka Datin Zira mencebik.
"Dalam banyak-banyak perempuan kenapa lah perempuan tu juga kamu berkenan, mama tak faham betul. Banyak sangat dah pahala nanti bila kahwin nak tanggung dosa dia yang dedah aurat tah mana-mana tu dengan kos yang dia ambil dekat kolej tu." bebelnya.
Ya Alief mengaku yang Zahira Mikyla memang seorang gadis yang tidak memakai tudung dan suka mendedahkan auratnya. Bila ditanya, jawapannya mesti 'I tak sedia lagi nak bertutup,kalau kita dah kahwin I tutuplah bagi labuh sekali bagi ha!'. Di kolej pula mengambil kos pemodelan. Lagilah berpuluh-puluh orang melihatnya nanti.
"Ray tak boleh jamin Ray nak ikut kehendak mama nakkan Aina tu. Ray naik dulu. Ray taknak hal ni bangkit lagi." Alief menyalam tangan Datin Zira dan menuju ke atas. Datin Zira mengeluh.
***
"ya allah dalam ramai-ramai budak kenapa lah mesti si Isha tu yang mama berkenan." Alief meraup muka. Dia mengeluh perlahan.
Iphone nya yang berada di atas meja diambil. Chat Ira dicari dan dibalas. Dia tersenyum sendiri."heh aku ada idea! If mama nak sangat Isha tu jadi menantu dia aku ada game untuk dia. " ujar Alief sambil tersenyum sinis. Bermacam idea berada di dalam otaknya sekarang.
"Just wait and see sayang! Kau bakal jadi watak dalam permainan aku!" Alief tersenyum. Dia tidak sabar mahu memulakan permainannya ini. Dia mencapai iphone nya semula lalu menaip sesuatu. Alief tersenyum sinis.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...