BAB 14 : ALIEF AR-RAYYAN

871 77 43
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

Nana memimpin tangan Isha untuk duduk diatas pelamin. Dipegang tangan Isha sekejap.

"Sejuknya tangan kau makcik." bisik Nana ditepi telinga Isha. Isha menjeling Nana.

"Kau diam." balas Isha dalam nada berbisik.

"Nervous tu simpan untuk malam nanti." usik Nana selamba. Isha mencubit peha Nana yang duduk disebelahnya.

"Sakit sial!" marah Nana tapi masih dalam nada berbisik. Isha menghiraukan. Dia memandang ke arah Alief yang masih fokus mendengar khutbah nikah. Bibirnya melorek senyuman manis.

Alief menoleh memandang Isha. Mata mereka bertembung. Alief melorek senyuman memandang gadis yang baru mula dicintainya.

"Bolehlah kita mula ya?" soal Tok kadi yang duduk berhadapan dengan Alief. Alief menganggukkan kepala. Isha menarik nafas sedalam-dalamnya.

Tok kadi menghulurkan tangannya. Alief menarik nafas panjang dan menyambut huluran. Berdebar.

"Muhammad Alief Ar-rayyan bin Muhammad Ilham,"

"Ya saya,"

"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Farisha Aina binti Arif Marzuki dengan mas kahwinnya senaskah al-quran beserta 3000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nurul Farisha Aina binti Arif Marzuki dengan mas kahwinnya senaskah al-quran beserta 3000 ringgit tunai!" lancar segala kata yang meluncur dari mulut Alief.

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah, bismillahirahmanirrahim..."

Sekelip mata status mereka bertukar. Air mata Isha mengalir. Satu tanggungjawab yang selepas ini akan dipikul. Tanggungjawab sebagai seorang isteri. Isteri kepada Muhammad Alief Ar-rayyan.

Bibirnya mengukir senyuman kembali bila matanya bersabung dengan Alief. Jantung Isha berdegup laju.

Sesi pembatalan air sembahyang berlangsung. Alief melangkah ke arah Isha yang duduk di atas pelamin. Nana bangun untuk memberikan Alief ruang. Isha menarik tangan Nana.

"Kau kenapa?" soal Nana dalam nada berbisik. Isha menggelengkan kepala, mulutnya terkomat-kamit berkata sesuatu.

'Jangan tinggal aku.' Isha mencebikkan bibirnya. Nana menjeling Isha. Kepala Isha diketuk. Dipusingkan badannya menghadap Alief dan memberikan senyuman.

"Ha silalah." Alief melangkah kearah Isha. Punggungnya turut dilabuhkan disebelah Isha. Isha mengundur ke tepi sedikit. Alief memandang pelik.

"Sayang kenapa?" soal Alief dalam nada berbisik. Isha hanya menggelengkan kepala. Jantungnya laju berdegup.

"Alief boleh sarung cincin tu kat jari Isha." ujar Datin Zira yang memegang dulang cincin. Alief mengambil cincin dari kotaknya.

"Sayang,"

"Jari." Isha menghulurkan tangannya yang sudah menggeletar. Alief memandang lucu. Dipegang tangan isterinya itu. Sejuk!

Alief tergelak dalam senyuman. Disarungkan cincin tadi dijari manis Isha. Buat kali yang entah keberapa, mata mereka bertembung lagi.

"Isha salam tangan suami kau tu ngek." arah Nana selamba. Isha yang memandang Alief terus terpinga-pinga. Alief tergelak kecil.

"Awak sini jap." Alief mendekatkan telinganya ke arah mulut Isha.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now