Cak!
HAHAHAHAHAHAHA SELAMAT ANDA KENA PRANK! CAMERA NYA DISITU!
HAHAHAHA SAYA MINTA MAAF! SAJA NAK SCAM KORANG! >.<
ALIEF AR-RAYYAN BELUM HABIS TAU! PANJANG LAGI PERJALANAN HIDUP ISHA, TAK PUAS SEKSA CHARACTER LAGI 😔Here we go!
MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Weh Isha, bangun!" Nana menepuk lengan Isha berkali-kali. Isha mencelikkan mata. Dadanya turun naik, badannya menggeletar. Tercungap-cungap dia mengatur nafas.Mimpi.
"Kau okay tak ni?" soal Nana risau. Isha mengalihkan selimut yang melitupi badannya, getah rambut dicabut.
"Nana..."
"Ya? Kau okay tak? Risaulah aku." Nana mencebik. Belakang badan Isha diusap lembut. Isha menggeleng.
"Aku mimpi buruk."
"Mimpi apa?" soal Nana. "A...Alief."
"Hah?"
"Aku mimpi, aku minta cerai dengan Alief sebab...Ira." Isha mengadu. Lengan Nana digenggam kuat. Air matanya menitis, perasaan takut menyelebungi diri.
"Ira?" Isha mengangguk. "Aku mimpi Ira dengan Alief dalam satu bilik, lepastu aku mengamuk. Aku minta cerai. Nana aku takut..." Nana segera memeluk tubuh kecil Isha. Isha menyembamkan mukanya dileher Nana. Air matanya merebes keluar.
"Aku takut." gumam Isha dalam tangisan.
"Shhh...tu mainan tidur je,"
"Jangan fikir, nanti mempengaruhi emosi kau." pujuk Nana bernada lembut.
"Macam mana kalau jadi betul? Aku takut sangat." esakkan Isha semakin kuat kedengaran.
"Mainan tidur Isha, dah pergi bersihkan diri. Tadi kau sampai-sampai pun terus pengsan, risau aku." ujar Nana. Isha melepaskan pelukan, air mata dikesat.
"Abang Adrian mana?" Isha menyoal. Nana mengangkat bahu.
"Dapur kot, makan. Aku ada buat cheese cake, tinggal separuh bekas je abang makan. Cepat bersihkan diri, lepastu pergi dapur." Isha menangguk perlahan. Nana mencium pipi Isha sekilas. Isha tergelak kecil.
"Mandi tau, aku tunggu kat dapur."
"Okay! Thank you, Nana!" Isha menghadiahkan seukir senyuman. Nana menjatuhkan kepalanya beberapa kali sebelum melangkah keluar.
"Huh, mimpi." satu keluhan kecil terbit dibibir Isha.
***
"Kau okay tak? Bila sedar? Tadi masa kau sampai depan rumah aku je terus pengsan, badan panas, muka sembab. Kau dah kenapa?" Adrian menilik muka Isha. Tangannya dilekapkan ke dahi kemudiannya diceruk leher. Isha menayang muka rimas.
"Kau ni kenapa abang, rimaslah aku." Isha mrnggeliatkan badannya bila tangan Adrian asyik menilik keliling mukanya.
"Aku risaukan kau, apa masalah kau sampai boleh pengsan tadi? Badan kau panas." tanya Adrian hairan. Isha menggulingkan bola matanya. "Ghisau sangat gamaknya." komen Isha menyampah.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...