BAB 46 : ALIEF AR-RAYYAN

2K 213 38
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Stay with me, jangan bukak loud speaker. Jangan mute, Han dah nak sampai." arah Aqief dari corong panggilan. Isha mengangguk laju.

"Okay," balas Isha sepatah. Beg bajunya yang tidak banyak dibawa diambil dari sisi katil. Tudung sarung disarung dikepala. Isha menghela nafas berat.

"Isha!" Aqief menjerit dihujung talian. Isha laju-laju melekapkan iphone nya ditelinga semula.

"Yaa, Isha dengar ni. Aqief dah sampai ke?" soal Isha dengan suara yang sedikit gementar.

"Dah, Aqief park jauh sikit. 2 buah rumah dari kanan okay?" jelas Aqief laju.

"Okay." Isha menghela nafas panjang. Jantungnya berdegup laju. Perutnya diusap perlahan.

"Dalam 5 minit lagi Isha keluar," Aqief mengangguk dalam diam.

"Jangan matikan call," arah Aqief tegas.

"Iya, Isha tak matikan." laju sahaja Isha masuk ke dalam tandas selepas membalas. Mukanya dibasahkan dengan air. Mukanya ditenung didalam cermin. Dahinya yang berbekas luka baharu disentuh. Isha mengeluh sekali lagi. Pandangannya jatuh pada perutnya yang masih kempis. Diusap lembut.

"Lepas ni, kita hidup berdua je okay sayang? Mama nak baby mama ni kuat, kuat macam mama. Kita bina hidup kita berdua, takkan ada papa. Mama takkan benarkan baby jumpa papa, takkan sesekali." Isha mengesat air matanya. Matanya dipejam menenangkan jantungnya yang dari tadi berdebar. Pintu tandas dibuka perlahan. Iphone nya diambil, beg digalas dibelakang badan.

"Aqief, Isha nak keluar dah ni. Isha keluar kita terus pergi, jangan berhenti dah. Gerak airport terus." ujar Isha mengingatkan rancangannya dengan Aqief semula.

"Cepat, masa tak banyak." balas Aqief ringkas. "Jangan matikan call, simpan phone dalam poket. Jangan mute, jangan bukak loud speaker." pesan Aqief lagi.

"Iya, tau."

"Tunggu," Isha terus menyimpan iphonenya dipoket seluar dan pintu bilik dibuka perlahan memastikan tiada orang didapur ataupun ruang tamu.

Isha berlari anak keluar dari bilik apabila melihat ruang tamu dan dapur kosong tiada orang. Baru sahaja sampai ditengah ruang tamu matanya Isha menangkap susuk tubuh Alief yang keluar dari satu arah. Bilik stor.

"Kau nak pergi mana?" Alief menyoal dengan bibirnya terlakar senyuman sinis. Isha meneguk air liur kasar. Langkahnya diundur setapak. Soalan Alief dibiarkan tidak dibalas.

"Ab..abang." Isha tergagap. Alief menggeleng perlahan. Langkahnya dibawa laju sampai dihadapan Isha. Isha semakin mengundur.

"Kau nak pergi mana?" sekali lagi Alief menyoal. Isha menggeleng. Alief tergelak sinis. Laju tangannya mencengkam leher Isha.

"Abang!" Isha menahan sesak. Tangan Alief yang mencengkam lehernya ditepuk-tepuk. Isha cuba menolak tangan Alief dari mencekik. Nafasnya terasa sesak.

"A..ab..abang...le..lepaskan Isha!" Isha cuba menutur ayat. Oksigen tidak dapat masuk ke rongga penafasan. Sesak yang amat!

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now