MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Wanna to explain this?" Adrian mengangkat kening. Jari telunjuknya dihalakan pada tayar kereta ferrari miliknya. Mukanya memandang Nana dan Isha berganti-ganti. Alief yang berada tidak jauh dari mereka menahan gelak.
"B-bukan adik..." balas Isha gagap. Mata Adrian mula mengalih pandangan pada isterinya yang menunduk.
"Habistu? Nana?" soal Adrian. Mukanya berkerut habis. Marah cuba ditahan. Tayar kereta dia bocor sebab paku! Bukan satu, bukan dua tapi 4 paku!
"Bukan Nanalah!" Nana mengangkat muka. Eee sampai hati laki kita tuduh kita!
"Kalau bukan korang siapa? Hantu?" soal Adrian lagi. Isha mengetap gigi. Kepalanya yang menunduk menjeling suaminya yang galak gelak. Terbit satu senyuman sinis dari bibir.
Kepala diangkat merenung anak mata Adrian.
"Tu...abang taknak tanya yang tengah gelak sakan tu ke?" Isha memuncungkan bibir ke arah Alief. Tangan mula disilang ke dada. Alief terdiam.
"Apa ni sayang!" Isha menjelirkan lidah.
"Eh? Alief ada kena mengena ke?" tanya Adrian hairan.
Pap!
"Mestilah ada! Dia duduk satu rumah ni juga!" balas Nana dengan muka marahnya. Adrian menggosok lengannya yang ditampar Nana tadi. Pedih!
"Ouh, tapi kat tingkap tu?" jari telunjuk Adrian menghala ke arah tingkap kereta ferrari nya pula. Isha dan Nana tersengih.
Isha memeluk lengan abangnya. Muka comel ditayang.
"Sebenarnya memang Isha dengan Nana nak kenakan abang, tapi..." Isha menggantung ayat.
"Tapi?" dipandang dua manusia yang memeluk lengan kanan dan kirinya silih berganti.
"Tapi cuma nak lukis gambar hello kitty je guna crayon, lepastu tampal sticker hello kitty, lepastu conteng lagi pakai ginc-"
"Apa?!" Adrian melepaskan pelukan. Mukanya merah menahan marah.
"Ala abang, chill lah. Tu kira okay lagi adik nak buat macamtu dengan Nana,"
"Betul betul!" sampuk Nana. Isha dan Nana berhigh five!
"Okay adik kata?"
"Ya okay, boleh basuh lagi." balas Isha selamba. Adrian menggigit bibir kuat.
"Habistu tayar kereta abang siapa yang bocorkan?!" tengking Adrian menyentakkan Nana dan Isha. Tak takut un senarnya suka adalah!
Jari Isha dan Nana serentak menunjuk ke arah Alief. Alief tersengih kecil sebelum melakukan peace! Terus Alief lari masuk ke dalam vila.
"Wei bodo sia kau Alief!" jerit Adrian. Langkahnya mengejar Alief. Isha dan Nana tergelak suka.
Hey ladies, jangan mau dibilang lemah!
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...