MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Nana masuklah, abang tunggu luar. Apa-apa jerit je,abang masuk." Adrian menggenggam kuat tangan Nana. Sejuk.
"Janji eh?" Nana memusingkan badan menghadap Adrian disebelah. Seatbelt dibuka. Adrian hanya membalas dengan anggukan. Nana mula membuka pintu. Kakinya hendak menjejak tanah.
"Eh kejap..." Adrian menghentikan langkah isterinya. Nana memandang pelik. Badannya kembali berpusing masuk ke dalam kereta.
"Kenapa?" soalnya.
"Nak kiss dulu." Adrian memuncungkan bibir. Nana tersengih. Pintu kereta ditutup semula.
"Nak kiss?" tanya Nana dengan jari telunjuknya diletakkan di bibir Adrian yang masih memuncung. Adrian mengangguk dengan mata dikelip-kelipkan.
P/s : aku sendiri taktahu kenapa aku buat perangai gedik Adrian gini ;)
"Boleh, boleh boleh! Meh sini rapat sikit!" arah Nana dengan sengihan lebar. Adrian mula merapatkan diri dengan Nana.
"Cepatlah sayang!" Adrian mencebik. Nana mula merapatkan bibirnya dengan Adrian. Bila sudah hampir Nana terus memukul perlahan bibir Adrian. Adrian mengaduh dengan memegang bibirnya.
"Gatal! Miang!" komen Nana dengan mata dipusingkan. Adrian mengetap gigi geram.
"Taknak kawan." kata Adrian pendek.
"Taknak kawan." ajuk Nana. Tangannya juga turut dimainkan. Nana tersengih lagi.
"Dahlah, Nana masuk dulu."
"Hm." Adrian membalas dengan anggukan. Muka Nana tak dipandang. Nana tersenyum kecil. Laju sahaja bibirnya melekap ke pipi Adrian.
"Bye!" Nana berlari keluar. Adrian yang terkaku terus sembunyi senyum.
Oghey cringe.
Getaran dari poket seluar menyentakkan Adrian. Iphone dikeluarkan dari poket dan melihat nama pemanggil. Bibirnya menghela nafas. Panggilan diangkat. Telephone dirapatkan ke telinga.
"Weh pakcik!" jerit si pemanggil kuat. Adrian menjauhkan telephone nya sebentar sebelum dilekapkan kembali ke telinga.
"Kau ni takde salam takde apa, main terjah je. Dahlah panggil aku pakcik." keras sahaja nada yang dilemparkan oleh Adrian.
"Maaflah, Assalamualaikum pakcik..." ucap si pemanggil lembut. Adrian keluar dari kereta dan bersandar dipintu kereta. Cermin mata hitam dipakai.
"Waalaikumussalam, nak apa?" soal Adrian masih dengan nada yang sama.
"Bila nak balik? Kata sehari je haritu, ni dah 3 hari. Aku kempunan nak maggi." ujar dipemanggil dengan nada perlahan.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
Roman d'amourStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...