BAB 12 : ALIEF AR-RAYYAN

918 73 42
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"A...Alief." Isha masih tergamam.

"Ye sayang?"

"Apa semua ni?" soal Isha dengan suara bergetar. Dipandang sekelilingnya. Air matanya jatuh. Candle light dinner tepi pantai!

"Our candle light dinner, and wait!" Isha memalingkan muka memandang susunan di atas meja.

"Tunggu sini kejap." Isha menganggukkan kepala. Alief berlari ke arah kereta semula. Mata Isha memandang kepingan-kepingan polaroid yang tergantung. Gambarnya dan ummi abi. Air mata Isha jatuh sekali lagi.

"Don't cry sayang." suara garau Alief berbisik ditepi telinga Isha.

"Berhenti panggil saya sayanglah!" balas Isha geram. Alief tergelak kecil. Comel!

"Honestly, I'm sorry cause hurting you. Aku tak ada niat. Aku ada baran Isha, aku minta maaf." ujar Alief lembut. Kepala ditundukkan.

"I'm sorry too. Saya degil, saya keras kepala. Saya minta maaf." balas Isha. Air matanya setitik dua jatuh lagi.

"Jangan nangis sayang." tegas Alief. Isha menyeka air matanya sebelum tergelak kecil.

"Tak nangis dah, nangis pun sebab terharu." balas Isha. Isha mengukir senyuman lebar. Alief membalas.

"Jom?" ajak Alief. Tangan dihulurkan. Isha memandang.

"Jom! Tapi ni tak boleh! Belum halal!" balas Isha sambil tangannya menunjuk ke arah tangan Alief yang sedang menghulur supaya disambut.

"Tunggu kau esok." gelak Isha terhenti. Alief tersengih sinis. Isha menggaru leher yang berlapik tudung bawalnya.

"Err dahlah jom." Isha menahan suasana kekok yang tiba-tiba. Alief tergelak. Mereka berdua melangkah ke arah meja makan yang sudah dihias cantik. Isha tersenyum.

Baru sahaja Isha hendak menarik kerusinya,  Alief menahan. Isha mengerutkan dahi.

"Kenapa?" Alief tersengih sebelum kerusi Isha ditarikkan. Terus bibir Isha mengukir senyuman. Isha melabuhkan punggung berhadapan dengan Alief.

"Suka?" soal Alief sambil punggungnya dilabuhkan diatas kerusi. Isha mengangguk.

"Lagi-lagi yang bergantung ni!" balas Isha ceria. Matanya melilau melihat sekelilingnya.

"Polaroid?"

"Yap! Ada gambar ummi abi!"

"Kau rindu diorang?" soal Alief tiba-tiba.

"Mestilah,"

"Diorang permata saya dunia akhirat." Isha menundukkan muka. Matanya yang sudah berair ditahan supaya tidak menangis lagi.

"Hei, hei. Don't cry sayang, aku ada untuk kau. Aku akan jaga kau." pujuk Alief. Isha mengangkat muka.

"Awak janji?"

"Aku janji." balas Alief pendek. Bibir Isha mengukir senyuman dibalas Alief.

"So dah bolehlah next step ni." ujar Alief sendiri.

"Next step? Maksud awak?" soal Isha pelik. Dahinya dikerutkan.

Alief tidak membalas. Sebaliknya berdiri dari kerusi dan kakinya melangkah ke arah Isha. Kening Isha bertaut.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now