BAB 16 : ALIEF AR-RAYYAN

873 71 29
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

Isha yang sedang menggeliatkan badannya terhenti bila terasa satu tangan melingkar dipinggangnya. Diusap tangan kekar suaminya.

Badannya yang menelentang berpusing menghadap muka si suami. Ditatap wajah suaminya.

"Awak bangun." Isha menggoncang sedikit badan Alief. Alief terkebil-kebil membuka matanya bila merasa tangan seseorang menggoncangnya.

"5 minutes, sayang." balas Alief dengan suara serak basahnya. Isha menyerabaikan rambut lebat suaminya. Kakinya yang baru hendak mencecah lantai terhenti.

"Nantilah sayang, baring kejap." arah Alief tetapi mata masih dipejamkan. Penat majlis semalam masih tak hilang.

"Tak bolehlah,"

"Saya nak mandi lepastu nak turun, nak buat sarapan. Ni pun dah lambat sebab ikut awak sambung tidur lepas subuh." ujar Isha. Tangan suaminya yang menggenggam pergelangannya dileraikan. Laju sahaja tangannya mencapai tuala yang tergantung dipenjuru bilik.

"Sekali?"

"Taknak jangan kacau. Sambunglah tidur awak kalau nak, nanti saya kejut lagi." balas Isha mendatar.

"Tch yelah." Alief membaringkan tubuhnya diatas katil kembali. Isha tersenyum menang.

***

"Mama!"

"Opocot mak kau biru hijau kuning! Astaghfirullahaladzim! ISHA!" latah Datin Zira kerana disergah dari arah belakang. Dadanya diusap lembut. Dipandang Isha yang sudah terkekek ketawa.

"Nasib mama tak ada sakit jantung tau tak!"

"Isha minta maaf, Isha tak sengaja." ujar Isha sambil menahan gelak. Datin Zira menjeling.

"Eleh mama nak merajuk lah tu!" makin galak Isha mengusik Datin Zira.

"Apa-apa jelah kamu ni,"

"Mana Alief? Tak turun?" soal Datin Zira sambil mengangkat sambal sotong dari kuali ke dalam mangkuk.

"Entah, mandi kut. Tadi Isha dah kejut taktahu lah dah bangun ke belum." jawab Isha selamba. Tangannya dihulur untuk mengambil mangkuk sambal untuk diletakkan diatas meja.

"Kamu ni, boleh pula entah-entah! Pergi naik tengok Alief tu!" arah Datin Zira. Isha mencebikkan bibir. Mangkuk sambal diletakkan diatas meja makan.

"Yelah." kakinya meninggalkan dapur dan melangkah kearah biliknya semula.

Pintu dibuka. Terpampang satu tubuh lelaki sedang berselubung di katil. Isha menggelengkan kepala seraya itu kakinya melangkah ke arah katil. Punggungnya dilabuhkan dibirai katil.

"Awak bangun." kejut Isha sambil rambut Alief dimain. Alief menggeliat perlahan.

"Sayang..." panggil Alief sambil badannya bergerak ke arah Isha. Kepalanya dilabuhkan dipeha isterinya.

"Hm kenapa?" soal Isha. Matanya merenung anak mata Alief.

"Nak hug." ujar Alief dengan suara manjanya.

"Taknak awak busuk!" balas Isha selamba. Muka Alief mula cemberut. Manakala, Isha sudah galak menggelakkannya.

"Mana ada abang busuk." kata Alief dengan suara merajuknya. Makin terbahak-bahak gelak Isha dibuatnya.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now