BAB 38 : ALIEF AR-RAYYAN

1K 66 14
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---


Alief menghela nafas lega. Otot badannya diregangkan sehingga berbunyi. Sekali lagi bibirnya menghela nafas lega. Empat hari meninggalkan Malaysia untuk melihat tapak projek di China lagi. Projek besar kali ini dikawal olehnya. Jadi mahu tak mahu wajib pergi juga.

"Katil." Alief melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Buka sahaja pintu utama, matanya terus membuntang luas.

"Siapa kemas?" soal Alief pelik. Setahu dia, segala plastik makanan ringan hanya dibiarkan diatas meja dan tidak dibersihkan. Kepalanya dijenguk ke dapur pula. Alief memandang tidak percaya. Minyak yang melekat didinding angkara menggoreng ayam sudah tiada. Bersih!

"Asal bersih sangat ni? Siapa pula nak kemas?" soal Alief sekali lagi. Alief membawa langkah ke tingkat atas. Pintu utama yang sedikit terbuka menjadi perhatian. Perlahan-lahan tombol pintu ditolak.

Kelibat perempuan sedang berbaring menekup muka ditilam dipandang. Jaraknya didekatkan dengan muka gadis tersebut.

"Isha?" ujar Alief tidak percaya. Wajah pucat isterinya dipandang sayu. Segala penatnya tadi hilang serta merta apabila melihat muka si isteri. Alief duduk ditepi katil sambil menatap dalam muka isterinya lama. Sebulan tidak berjumpa, sebulan dia menanggung rindu.

"I miss you so much..." luah Alief perlahan. Rambut Isha dibelai lembut. Alief melabuhkan ciuman ditepi kepala Isha. Matanya tertumpu pada cadar yang sedikit basah.

"Are you crying, sayang?" Alief tergelak kecil. Air mata kering Isha dikesat. Sekali lagi Alief melabuhkan ciuman dipipi Isha.

"I'm sorry..." ujar Alief perlahan. Tangannya masih bermain dengan rambut perang Isha. Wangian rambut Isha sekejap-sekejap dibau. Briefcase miliknya dicampak ke tepi penjuru bilik.

Alief bangun dari duduknya, baju kemeja yang tersarung ditubuh dibuka dan dicampak didalam bakul baju kotor yang kosong. Alief tergelak kecil. Baju kotor yang penuh didalam bakul itu sudah hilang dibasuh.

Alief mengambil tuala yang tersangkut elok dipenyangkut tuala. Badannya diloloskan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

***

Isha terbangun dari tidur apabila bunyi pancuran air dari tandas mengganggu lenanya. Mukanya diraup kasar.

"Hm?" Isha menggumam perlahan. Matanya masih terkebil-kebil untuk dibuka. Getah rambut dimeja sisi katil dicapai dan rambutnya diikat.

Matanya dipejamkan sekejap untuk menghilangkan rasa mengantuk bercampur pening. Bunyi pintu dibuka menyentakkan Isha. Mata Isha terbuntang luas apabila melihat suaminya hanya berbalut tuala paras pinggang tanpa baju. Muka dipalingkan menghadap tempat lain.

"Sayang dah bangun?" Alief menyoal lembut. Katil didekati dan punggungnya dilabuhkan bersebelahan Isha. Rambut Isha dibelai lembut tetapi hanya sekejap sebelum tangannya ditepis Isha selamba.

"Bila awak balik?" tanya Isha mendatar. Badannya dijarakkan sedikit dari Alief.

"Baru je sekejap tadi, penat pun belum hilang lagi." balas Alief dengan senyuman nipis. Isha menganggukkan kepala sambil tersenyum kekok.

"Pergilah pakai baju." arah Isha tanpa nada. Alief sembunyi senyum.

"Kenapa dingin dengan abang?" Alief menghiraukan arahan Isha. Jaraknya dengan Isha semakin didekatkan. Isha mengeluh.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now