BAB 35 : ALIEF AR-RAYYAN

1K 85 28
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

Isha merenggangkan segala otot badannya. Penat dengan flight dari Korea ke Malaysia. Tambang teksi dibayar dan beg dari bonet kereta dikeluarkan. Isha mengeluh lemah.

"You can, Isha." kata Isha sendiri. Dua hari menangis tanpa henti sehingga air matanya kering sendiri. Kereta Alief yang berada diluar rumah dipandang.

"Assalamualaikum." Isha memberi salam. Pintu rumah cuba dibuka, tidak berkunci.

"Asal tak kunci pintu, bahayalah." omel Isha sendiri. Kerutan didahi jelas menampakkan perasaan tidak berpuas hati bercampur risau.

"Abang..." Isha melaung dari tingkat bawah. Bagasi ditarik sekali. "Abang?" laung Isha lagi. Masih tiada balasan.

Isha menahan geram. Bagasi ditinggalkan dan dia melangkah naik ke tingkat dua. Bilik tidur Alief dan dia dituju.

"Abang?" Isha cuba memulas tombol pintu. Berkunci. Pintu diketuk pula. "Kejap." suara garau milik Alief dari dalam membalas. Isha tersenyum nipis. Pintu dibuka dari dalam tetapi hanya terbuka sedikit. Keadaan Alief yang sedikit serabai itu dipandang hairan.

"Hm?" Isha menilik seluruh badan Alief. Short pants sahaja yang tersarung ditubuh. "Abang kenapa pakai seluar pendek ni je? Kenapa tak pakai baju?" soal Isha. Alief meraup muka menggunakan sebelah tangan, sebelah tangan lagi menahan pintu dari terbuka.

"Isha nak masuk. Nak mandi, nak segarkan badan." ujar Isha. Alief menggeleng.

"Tak boleh, guna bilik lain." balas Alief mendatar. Isha memandang Alief atas bawah. Apa yang tak kena?

"Taknak, baju Isha semua kat bilik kita ni." Isha cuba menolak pintu. Alief masih menahan menggunakan sebelah tangan. Isha memukul geram bahagian dada Alief yang terdedah. "Aku kata tak boleh, tak bolehlah."

"Apa yang abang nak sorok sangat? Isha ni tetamu tak diundang ke apa?" soal Isha pelik. Alief mengangkat bahu.

"Alief, I-" satu suara dari dalam bilik mencelah. Isha mengerutkan dahi. "Suara siapa tu?" Isha menyoal. Alief mengangkat bahu lagi.

"Isha nak masuk!" Isha menolak badan Alief kuat sehingga badan tegap Alief tersandar ke tepi dinding pintu. Alief memicit dahi, habis.

"A...ap..apa?" Isha tergagap.

"Isha..." suara perempuan tadi kedengaran terkejut.

Isha tergamam. "Ira."

Ira? Alief? Bilik? Wth-

"Isha, dengar aku nak explain." Alief menarik lembut pergelangan tangan Isha menghadapnya.

"Apa semua ni? Alief...awak tak buatkan?" Isha menggoncang lengan Alief. Berharap supaya lelaki itu menggeleng.

"Dengar dulu." Isha tergelak sendiri.

"Awak nak saya dengar apa? Awak tau tak saya balik ni, nak jumpa awak. Minta maaf dengan apa yang saya dah buat masa honeymoon kita haritu. Saya taknak percaya cakap Abang Adrian yang kata dia call dengan awak and dengar suara perempuan. Tapi ni yang saya dapat?" Alief menggeleng.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now