MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Sakitlah!" jerit Isha kuat. Genggaman pergelangan tangan Adrian cuba dilepaskan. Adrian terus melepaskan genggaman setelah sampai di kolam vila. Masing-masing menikam anak mata antara satu sama lain.
"Apa masalah Isha?" soal Adrian memulakan 'perbincangan dingin' yang dicipta. Isha menghela nafas dengan terselit nada sinis dalam helaan nafasnya itu. Matanya yang mengecil menikam anak mata Adrian semakin mengecil.
"I don't have problem." balasnya acuh tak acuh. Adrian tersenyum hambar. Tahu sahaja jawapan adiknya itu bukan jawapan yang berlegar di otak.
"You don't realize that you've gone too much?" tanya Adrian bernada lembut. Cuba meredakan keadaan.
"Me? Too much?" soal Isha dengan jari telunjuknya dihalakan ke diri sendiri. Bibirnya masih tidak lepas dengan senyum sinis.
"Yes, you're." balas Adrian pendek. Nafasnya dihembus manakala Isha tergelak sinis sebelum mukanya berubah tegang semula.
"I've too much because of you, Adrian." masih terselit nada sinis dalam tutur katanya. Kepalanya dipalingkan. Adrian memandang tepat muka adiknya.
"Can you behave?" bahu Isha dipegang.
"Isha taktahu benda yang betul-betul jadi antara abang dengan Nana, so can you?" soalnya lagi.
"Apa lagi? Apa lagi yang Isha taktahu apa yang jadi antara abang dengan Nana? Apa lagi!" soalan berbalas soalan. Dada Adrian ditumbuk kuat. Melepaskan segala marah. Tangisan yang ditahan sejak balik dari pejabat agama terhembur jua. Baju Adrian digenggam kuat.
"Cukuplah, cukup sekadar Isha tahu yang abang dengan Nana memang tak ada niat nak buat benda tu." ujar Adrian mendatar. Isha mengangkat muka. Anak matanya merenung mata Adrian.
"Tak ada niat?" Isha menggelengkan kepala dengan tersenyum hambar. Tidak percaya.
"Tak ada niat sampai bawak masuk bilik ke?" Adrian diam menikus.
"Answer me, Adrian!"
"Okay, I'm sorry. Abang leka, abang leka sangat and abang ikutkan nafsu abang sangat sampai abang dengan Nana dah terlanjur." kata Adrian jujur. Tangisan Isha makin kuat bergema.
"Itu yang Isha nak dengarkan?"
"Kenapa abang buat macamtu, kenapa..." Isha menumbuk lagi dada Adrian. Adrian memejamkan mata sebelum tangan Isha digenggam kemudian tubuh kecil itu dibawa masuk ke dalam dakapannya.
"Apa perasaan ummi, abi bila abang buat macam ni. Apa?" soal Isha. Mukanya disembamkan di dada Adrian. Pelukan hangat abangnya cukup membuat emosi yang tidak terkawal tadi jatuh merundum.
"Abang minta maaf."
***
Baju yang basah dibahagian dadanya direnung sekejap sebelum baju tersebut dicampak jauh ke dalam bakul baju kotor. Kelibat seseorang yang sedang tidur ditenung. Rasa bersalah menghurung diri bila wanita itu dicop 'perempuan jalang' oleh sepupu yang paling rapatnya sendiri.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...