MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
PAP!
"Abang jahat..." gumam Nana sambil bahu Adrian ditampar kasar. Air mata yang mengalir mengikut lekuk pipinya dikesat.
"Mana ada abang jahat, abang uji sayang je." balas Adrian dengan ketawa yang tidak berhenti dari tadi.
"Uji apa sampai tiga minggu abang abaikan Nana, tak lawaklah!" jerit Nana kuat. Kali ini dada Adrian menjadi sasaran pukulan. Air matanya kembali mengalir. Tiga minggu dia dilayan dingin, kasar, selepas keluar dari hospital. Sampailah mereka kembali ke London. Siapa je tak terasa suami buat macamtu nyah? Tell me?
Nak tolong itu ini semua ditolak.
Nak ubatkan luka tikam? Adrian tolak.
Ajak makan? Adrian tolak.
Tidur? Bilik asing.Adrian bangang.
"Abang tak sayang Nana..." tersedu-sedu Nana menahan tangisan. Habis merah padam mukanya. Tersekat-sekat nafasnya. Adrian mula menggelabah bila nafas Nana mula tersekat. Gurau, gurau jugak. Bini mampus, tak pasal-pasal jadi duda hot.
K.
Adrian mencapai inhaler milik Nana diatas meja lampu. Inhaler disua ke mulut Nana. Perlahan-lahan nafas Nana mula teratur semula. Adrian menghela nafas lega.
"S-sakit..." Nana masih dengan sedunya. Dadanya dipegang.
"Ya, ya abang minta maaf okay?" pujuk Adrian sambil tangannya mengusap belakang badan Nana.
"Abang tak sayang Nana..." sambungnya lagi. Sebelah tangan mencengkam dada manakala sebelah tangan lagi mencengkam lengan baju Adrian.
"Shhh abang sayanglah," Adrian memujuk lagi. Tubuh kecil Nana dibawa masuk ke dalam pelukan. Kening Nana dicium bertalu-talu.
"Tipu..." Nana menolak Adrian jauh darinya. Bibirnya dicebik. Dahinya masih berkerut-kerut menahan sakit di dada.
"Tak tipu..." Adrian mengangkat tangan kanannya seperti berikrar. Matanya merenung anak mata Nana. Nana mula berdiri dari duduknya.
"Betul?" soal Nana dengan nada lembut. Jari telunjuknya dihala tepat ke muka Adrian. Tipu je tunggulah jari ni cocok masuk dalam mata.
"Betul sayang..." balasnya dengan nada yang sama. Nana menjeling.
"Dahlah, abang tipu." langkah hendak dibawa keluar dari bilik. Laju tangan Adrian menarik Nana jatuh duduk di atas katil semula. Mata Nana membuntang luas. Terkejut.
"A-abang," Nana memanggil dengan gagapnya. Posisi dia dan Adrian sekarang membuat Nana meneguk air liur kasar. Adrian diatasnya manakala dia dibawah. Wajah mereka lagi 2cm mahu bertembung. Gerak sikit je auto dapat free kiss mat!
"A-abang bangunlah," pinta Nana dengan suara perlahan. Nana menahan dada Adrian bila terasa badan lelaki itu makin menghempapnya.
"Hm..." Adrian memerhati bibir mugil milik Nana. "Please bangun," pinta Nana lagi. Adrian menggeleng kecil.
"Abang..." Nana menjuihkan bibirnya. Adrian masih menggeleng. Badannya makin diturunkan sehingga betul-betul badan naik menindih Nana. Mata Adrian merenung dalam anak mata Nana. Bibirnya mengukir senyuman.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...