BAB 43 : ALIEF AR-RAYYAN

1.7K 225 44
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Isha cakap apa ni?" Adrian menyoal.

"Kalau abang nak tau, dia ni rancang kemalangan ummi abi. Dia buat kereta ummi dengan abi berlanggar. Dia yang rancang, semuanya. Wasiat abi, surat tanah rumah ni hilang. Sebab dia, dia yang suruh Mak Lang curi, tanah ni dah takde dekat kita. Dia ambil semuanya kalau abang nak tau." kata Isha panjang lebar. Air matanya dilap kasar.

"Adik, abang-"

"Yes! Memang, memang aku yang rancang semuanya. Kemalangan ummi abi kau, aku yang buat. Aku yang rancang, aku nak korang rasa apa yang aku rasa masa aku hilang adik kembar aku dulu!" jerit Alief dengan tangisan kecilnya.

"Kejam," Adrian menahan sebak. Matanya mula berair. Alief memejamkan matanya dan dibuka semula. Anak matanya merenung Nana yang sudah menunduk.

"Jangan kata aku sorang yang kejam, bini kau pun tau. Dia yang curi surat tanah tu," balas Alief dengan senyuman senget. Isha mengerutkan dahi sebelum memandang wajah Nana yang sudah menunduk. Adrian juga turut mengerutkan dahi, tidak percaya.

"Dahlah, aku penat. Sayang jom, kita balik." Alief menarik tangan Ira.

"Ouh ya lagi satu, kau yang sebenarnya rampas kebahagiaan aku dengan Ira. Bukan dia yang rampas kebahagiaan kau dengan aku, sebab aku tak pernah bahagia dengan kau." kata Alief lagi.Adrian hanya membiarkan kelibat Alief dan Ira berlalu pergi.

"Sayang...curi surat tanah rumah abi?" Adrian menyoal sebaik sahaja Alief dan Ira hilang dari pandangan.

Diam.

"Nana, abang tanya ni." Adrian masih mengawal intonasi suara. Nana hanya diam menunduk.

"Putri Khairinna, abang tanya jawab!" Adrian menengking. Bahu Nana terhinjut terkejut.

"Y...ya..." Nana mengangguk lambat-lambat. Adrian terduduk disofa. Rambutnya disebak ke belakang sebelum mukanya ditekup menahan tangisan. Isha melabuhkan duduk disebelah Adrian dan bahu Adrian diusap lembut.

"Berbulan-bulan abang duduk dengan penipu, pengkhianat." empangan Adrian akhirnya pecah. Adrian menyandarkan badannya disofa.

"Abang..." Nana melutut dilantai. Lutut Adrian dipegang.

"Nana minta maaf...Nana takde niat," Nana menyembamkan mukanya dilutut Adrian, menangis. Adrian menolak tangan Nana dan terus berdiri naik ke bilik. Nana tersentak.

Wajah Isha dipandang dengan mata berkaca. "Isha..." kali ini Nana melutut dihadapan Isha pula.

"Aku minta maaf, sumpah aku takde niat. Ibu yang paksa aku, aku taknak buat semua tu. Sumpah Isha, maafkan aku." Isha menjegilkan mata melihat Nana yang sudah bersujud dikakinya.

"Bangun Nana," Isha menarik badan Nana untuk berdiri. Nana menggeleng.

"Maafkan aku, Isha..." Nana menyantumkan kedua tapak tangannya..

"Shhh...bangun, aku tak salahkan kau." Isha menarik lagi badan Nana untuk berdiri. Kali ini Nana menurut. Isha memeluk badan montel Nana.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now