MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
Bunyi gelak ketawa dari arah dapur menyentakkan Isha yang berpusing-pusing segenap rumah mencari kelibat seseorang. Kepala dijengul dari dinding dapur.
"Tch, abang ni pun macam takde tempat lain je." bisik Isha sendiri. Bibirnya mengukir senyuman. Nana yang duduk diatas peha Adrian sambil menyuap nasi ke dalam mulut abangnya itu. Manakala Adrian merangkul kuat pinggang Nana. Bibirnya terletus gelak kecil.
"Sejak bila abang aku pandai sweet-sweet ni? Aduuu..." bisiknya lagi. Isha cuba mengawal riak. Dia keluar dari berselindung di dinding.
"Ehem!" Isha berdehem kuat. Nana yang sudah mengangkat sudu masuk ke mulut tersentak. Suapan yang sepatutnya masuk ke dalam mulut terhenti. Rangkulan pinggang Adrian cepat-cepat ditepis. Isha menahan diri dari meletuskan ketawa melihat Nana yang gelabah turun dari peha Adrian.
"Kau kenapa dik?" Adrian menyoal dingin. Adrian merengus geram. Wajahnya jelas menggambarkan kedatangan Isha secara mengejut itu tidak dialu-alukan.
"Lah lu pahal? Dapur ni lu punya ke?"
"Kuajo kau dik. Cakap elok-elok sikit." tegur Adrian. Isha memekakkan telinga. Tangan disilang ke dada. Muka Adrian ditenung.
Adrian mula mengerutkan dahi bila Isha merenung mukanya. Naik seram dibuatnya!
"A-adik kenapa tenung abang macamtu? Sepak nak?" soal Adrian dengan muka masih berkerut-kerut. Tangan diangkat ala-ala mahu menampar orang.
"Eh, sesedap adabi abang je nak lempang orang." Adrian mengeluh.
"Masalahnya sekarang kau nak apa? Aku lapar nak makan. Sibuk je." tanya Adrian lagi. Nadanya jelas tidak berpuas hati.
"Lapar nasi ke lapar nak bergula?" soal Isha sinis. Adrian menggepal penumbuk. Nasib adik, kalau tak lunyai dah muka!
Nana mula berdehem kecil menyelesakan keadaan. Pipinya mula membahang. Kening digaru perlahan sebelum bibir mengukir senyuman hambar. Nasi didalam pinggan dikuis sedikit. Suasana kekok.
Air diteguk perlahan.
"Kau ni adik, habis muka kakak ipar kau ni merah-merah dah!" tegur Adrian dengan nada kasar.
"Uhuk!" tersembur air dari mulut Nana ke muka Adrian. Nana membulatkan mata. Baki air didalam mulut diteguk kasar.
"A...abang sorry. Nana tak sengaja, sumpah!" ujar Nana cuak. Laju sahaja kakinya lari ke arah dapur untuk mengambil tisu.
Muka Adrian dilap perlahan. Muka malu disorok. Terletus gelak besar dari mulut Adrian dan Isha secara tiba-tiba.
"Salah ke abang nak tegur?" Nana menggigit bibir. Dia cuma diam membisu. Adrian mula tersenyum sinis.
"Lagi pun air yang Nana tersembur tadi masuk mulut abang, sedap!" ujar Adrian lagi. Makin membahang panas muka Nana bila Adrian mula mengusik.
"Ark..." Isha menepuk dahi.
"Sudah ler abang akak woi! Sian aku jadi tunggul kat sini tengok drama kau!" Adrian menjeling tajam.
"Mentang-mentang aku dah maafkan kau tadi, makin menjadi-jadi perangai bangang kau eh adik!" Adrian mengungkit.
"Kau!" Adrian menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Jari Isha yang naik menunjuk tepat ke muka Adrian automatik jatuh. Isha mengalah.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...