Beberapa minggu kemudian,
"Tahniah encik Uqayl, isteri awak selamat melahirkan bayi lelaki yang comel" mereka semua mengucap syukur. Fyi, Qash tidak dibenarkan masuk dalam labour room memandangkan keadaaannya tidak mengizinkan.
"Alhamdulillah, boleh saya tengok isteri saya?"
"Boleh, selepas dipindahkan ke wad ya. Dan tolong ikut saya untuk azankan anak" Qash mengikut doktor itu.
•••
"Thank you sayang, sumpah Qash tak percaya yang Qash dah jadi daddy" air mata gembira sudah mengalir sedikit. Hani hanya tersenyum.
"Ien, daddy awak nangis laa"
"Ien?"
"Yes, Favien. Ien is better right?"
"Nice! Dear ni memang pandai la pilih nama"
"Of course! Tengok la siapa" Qash mencuit hidung Hani. Semua memberi peluang kepada pasangan itu sebelum mereka menerjah masuk ke bilik Hani. Qash masih belum discharge(?).
"Qaylaaa!! Ya Allahh, tak sangkaa anak mummy yang manja ni dah jadi mama orangg"
"Mummy, apa manja pulak?"
"Betul la tu, Qash sokong mummy" Hani menjeling Qash dan hendak mencubit perut Qash.
"No no, nak tengok Qash koma balik ke?"
"Ish! Jaga mulut tu. Mummy, abang dengan abah mana?"
"Ada dekat bawah, tengah cakap dengan daddy Qash" pintu dibuka lagi dari luar. Raisya terus memeluk Hani. Semua adik Qash ada.
"Congratss broo" ucap Aryyan.
"Ha, next kau pulak"
"Doa doakan lah"
"Abang yan cakap je lebih, awek pun takde" sapuk Ammar.
"Eh kau. Cakap elok sikit. Aku ni malas la nak couple couple ni. Buang masa. Baik kawin terus. Kau budak apa tahu"
"Kejap, aku macam kenal ayat tu. Kau curi ayat aku kan?" soal Qash.
"Mana ada! Aku ni handsome sangat, nanti kalau aku ada awek tak ke susah awek aku. Kalau isteri senang boleh control"
"Siapa je lah nak kawin dengan abang yan" sapuk Afan pula
"Kau ni fan, tak tahu lagi ke the power of Aryyan? Petik jari je tau, bersepah perempuan beratur"
"Okay, statement tu lawak" kata Ikhwan pula.
"Apa yang lawak?"
"Kau tu, muka seriousss je memanjang. Perempuan nak dekat pun gerun tau" kata Ikhwan. mereka semua sudah gelak besar.
"Dah dah, jangan bising. Anak aku nak tidur ni" marah Qash lalu mereka berdua mencebik. Hani tergelak kecil.
•••
Beberapa hari kemudian, Hani sudah boleh pulang ke rumah tetapi Qash belum.
Qash sedang termenung lalu dia mengeluh kecil. Dia rindukan isteri dan anaknya. Ikhwan masuk, Qash terus memandang ke arah Ikhwan.
"Wan, bila aku boleh balik? Aku nak jaga isteri dan anak aku. Bagi la aku balik" rayu Qash.
"Sorry Qash, kau masih lemah. Lagipun, doktor yang rawat kau dulu buat keputusan. Bukan aku" jawab Ikhwan.
"Tapi, aku nak jaga isteri dan anak aku"
"Jangan risau la Qash. Mummy dan yang lain kan ada" pujuk Ikhwan. Qash menghela nafas berat.
"Aku rasa kan, aku ni suami tak guna. Sebab setiap kali Hani perlukan aku, aku selalu takde. Sepanjang Hani mengandung, berapa kali je aku teman dia pergi check up. Dia dalam labour room, aku tak teman. Sebab keadaan aku. Sekarang dia dalam pantang, aku tak boleh pun nak jaga dia. Apa jenis suami aku ni wan? Kalau aku tahu keadaan akan jadi semakin teruk macam ni, aku takkan buat keputusan untuk kahwin dengan Hani. Aku takkan susahkan dia" kata Qash perlahan.
"No Qash. Kau tak susahkan dia. Dia happy je hidup dengan kau. Dia pernah merungut? Tak kan?"
"Memang la dia tak merungut. Hani bukan jenis macam tu"
"Habistu kau nak cakap, kau menyesal la kahwin dengan dia?" soal Ikhwan.
"Nope. Bukan tu yang aku maksudkan"
"Dah la Qash, bibir kau dah pucat tu. Kalau kau nak keluar cepat, kau kena makan. Tidur cukup, dan jangan banyak fikir" Qash mengangguk kecil.
"Satu lagi, kalau rasa sakit atau apa apa, bagitahu. Jangan pendam"
"Ye la doktor kesayanganku" ujar Qash lalu tersenyum kecil. Ikhwan masih duduk disitu.
"Kau tunggu apa dekat sini? Banyak kerja kan? Shuh keluar" halau Qash. Ikhwan mencebik.
"Takde, kau pesakit last aku untuk hari ni. So aku boleh teman kau" jawab Ikhwan lalu tersenyum.
"Oh takde kerja. Sebenarnya kan wan, aku..."
"Kau ada nak makan apa apa? Cakap je la. Aku dah tahu muka macam ni mesti nak makanan"
"Nak coffee boleh? Dah lama aku tak minum coffee. Please" Ikhwan mengeleng.
"Ala ala, boleh laa" pujuk Qash sambil membuat muka comel.
"No! Makanan or minuman lain boleh, but not coffee" tegas Ikhwan. Qash berbaring semula di katilnya lalu dia membelakangkan Ikhwan. Merajuk. Tiba tiba pintu bilik Qash dibuka dari luar. Ikhwan terus memandang kearah gerangan itu. Raisya senyum. Dia pandang Qash.
"Tu dah kenapa wan?" soal Raisya pelik.
"Merajuk. Nak coffee" jawab Ikhwan. Raisya tersenyum kecil. Katil Qash didekati.
"Wan keluar dulu la mummy" Raisya mengangguk. Ikhwan keluar dari bilik Qash.
"Qash, kenapa merajuk ni?"soal Raisya lembut. Emosi Qash masih belum stabil.
"Qash nak coffee je. One cup doesn't hurt right?" soal Qash.
"Anak mummy lupa ya? Qash kan baru sedar dari koma 2 minggu lepas"
"Tapi mummy, pembedahan tu dah tiga bulan lepas tau. Qash dah sihat. Terlebih sihat"
"Qash, kenapa buat perangai ni hurm? Kalau sakit balik nanti macam mana?" Qash mengeluh kecil.
"Qash nak balik. Dah bosan duduk dekat hospital. Qash nak jumpa Hani dengan baby" kata Qash.
"Kalau nak keluar cepat, dengar la pesan doktor. Nanti kalau Qash sakit lagi macam mana? Pantang sekejap je, nanti Qash dah sihat, Qash nak minum banyak mana pun takde siapa kesah. Sekarang makanan atau minuman yang doktor kesayangan awak tu cakap tak boleh, awak kena ikut la. Mummy tahu anak mummy boleh buat kan?" pujuk Raisya. Qash mengangguk kecil.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...