Sejak Qash pergi, Hani langsung tidak naik ke biliknya. Dia dan ien tidur di bilik lain. Dia tidak sanggup masuk ke bilik tu sebab bayangan Qash ada disekeliling bilik itu. Dan kejadian malam itu pun masih bermain di fikirannya. Hari ni merupakan hari terakhir majlis tahlil untuk Qash. Ya, sudah tiga hari Qash pergi meninggalkan mereka semua. Hani memandang ien yang sedang bermain mainan di atas katil. Dia kuat sebab ien. Hani tersenyum pahit memandang ien. Dia mendukung ien lalu keluar dari bilik itu. Hari ni dia tekad untuk naik ke biliknya. Tetapi bukan berseorangan. Dia naik bersama ien. Buka sahaja pintu bilik itu, air mata Hani mengalir. Dia terus duduk di hujung katil. Ien diletakkan di tepinya.
"Kenapa Qash pergi mengejut macam ni? Kenapa Qash tinggalkan Hani secepat ni? Qash tak sayang Hani dan Ien ke? Ien kecik lagi tau Qashh" ujar Hani sambil menangis. Ya itu sahaja soalan yang asyik berlegar di fikiran Hani. Hani pandang balkoni di luar sebelum dia memejam matanya.
"Patut la Qash asyik tanya soalan tu" kata Hani sendiri apabila dia teringat perbualan dia dan Qash beberapa hari yang lalu.
Flashback on
"Dear, Qash nak mintak satu permintaan boleh?" Hani mengangguk kecil. Mereka berada di balkoni melihat bintang bersama.
"Kalau satu hari nanti, Qash tinggalkan Hani dan ien..." muka Hani terus berubah.
"Apa ni Qash. Hani tak suka la Qash cakap macam ni. Qash tak sayang Hani dengan ien ke?"
"Sayang la sayang saya ni, tapi dengar la dulu sampai habis. Kita tak tahu ajal kita bila. Entah entah sekarang pun boleh"
"Qash, Hani taknak kita bincang topik ni" ujar Hani hendak berlalu pergi dari situ. Tetapi Qash sempat memegang bahu Hani.
"Sayang, kalau Qash cakap dengar la sampai habis dulu. Qash tak mintak banyak pun, kalau apa apa jadi dekat Qash, tolong kuat demi Ien ya sayang? Dan jangan salahkan diri Hani. Apa yang jadi semuanya sebab suratan takdir" Qash mengenggam tangan Hani. Hani senyum.
"Dah la, jom tidur?"
"Hani"
"Qash, esok masih ada hari lagi kan" ujar Hani sebelum masuk ke dalam bilik. Qash menghela nafas berat. Dia turut masuk ke biliknya.
Tepat 3 pagi, Qash terjaga dari tidurnya. Dia cuba untuk tidur semula tapi tak boleh. Qash bangun lalu dia berlalu ke tandas. Selepas menunaikan solat tahajjud, Qash mendekati meja tulis didalam biliknya. Buku diary kesayangannya dibawa keluar. Sudah lama dia tidak menulis di dalam buku ini. Pen diambil sebelum dia menulis sesuatu dia bukunya itu.
Flashback end
Hani mendekati meja tulis mereka. Hani turut terjaga semasa Qash menulis sesuatu didalam diarynya itu. Tapi dia tidur semula kerana tidak mahu menganggu Qash. Buku diary Qash diambil. hani duduk semula di hujung katil. Ien sudah tertidur. Hani buka diary Qash itu. Selama dia hidup bersama Qash.. dia tak pernah usik buku itu. Ye la itu kan privacy Qash. Satu persatu helaian diary itu Hani selak. Semua Qash luah didalam diary itu. Muka surat pertama merupakan pertama kali Qash menulis diary iaitu pada usianya 11 tahun selepas dia diculik. Hani membaca semua kisah yang ditulis oleh Qash. Sekejap dia senyum, sekejap dia nangis. Baca apa yang ditulis oleh Qash itu seperti berada bersama Qash sepanjang hidupnya. Satu helaian istimewa yang membuatkan Hani tersenyum membacanya. Helaian itu kisah macam mana Qash dan Hani boleh kenal, mereka boleh rapat, mereka bercinta, Qash rancang untuk melamar Hani, mereka kahwin dan mereka dapat ien. Helaian terakhir membuatkan Hani menangis seperti orang gila.
"Sepanjang hidup Qash, Qash tak pernah rasa menyesal dibesarkan di dalam keluarga ni. Malah Qash bersyukur dilahirkan dan dibesarkan oleh mummy dan daddy. Qash tahu, Qash anak yang paling susah dibesarkan. Qash selalu masuk hospital, Qash selalu sakit, demam. Selalu susahkan mummy dan daddy. Sebab tu, Qash buat keputusan untuk tinggal jauh dari mummy dan daddy. Qash dah taknak susahkan mummy dan daddy. Aryyan, Harriz, Ammar, Arfan dan Nadyne lebih memerlukan mummy dan daddy. Qash dah besar, Qash dah boleh jaga diri Qash"
"Qash bukan seorang yang suka bercerita, Qash suka pendam dan luah dalam diary. Qash tak suka orang susah sebab Qash. Kalau boleh, Qash nak lari jauh dari semua orang. Tapi Qash tak boleh buat macam tu. Kalau mummy dan daddy dah baca diary ni, mesti Qash dah takde kan? Maafkan Qash sebab Qash tinggalkan mummy dan daddy secepat ni. Sel kanser tu tumbuh semula dan dah merebak ke paru paru. Qash tak tahu selama mana lagi Qash akan bertahan. Qash tak bagitahu mummy dan daddy sebab Qash dah taknak buat kimo. Qash dah redha dengan takdir Qash. Sekarang Qash akan habiskan masa dengan keluarga kita je"
"Qash nak mintak satu permintaan boleh tak? Ini jalan yang Qash pilih jadi Qash taknak mummy atau daddy atau Ikhwan atau Hani salahkan diri atas pemergian Qash ni. Qash yang buat keputusan ni. Lagi satu, Qash harap sangat mummy and daddy tolong tengok tengokkan hani dan ien. Qash kenal Hani, dia pun suka pendam macam Qash. Thank you mummy, daddy. Qash sayang mummy and daddy"
"Ikhwan, aku tahu kau takkan baca pun diary ni. Tapi aku tetap nak tulis untuk kau. Aku tahu kau ada aku sorang je, tapi percayalah. Mummy, daddy dan adik adik aku dah anggap kau macam anak and abang diaorang. Kau baik sangat dengan aku sampai keluarga aku pun anggap kau keluarga. Apa pun jadi dekat aku nanti, tolong jangan salahkan diri kau. Aku sayang kau Wan. Thank you sebab jadi kawan aku selama 18 tahun ni. Walaupun aku jumpa ramai kawan lain, tapi kau tetap kawan baik aku. Terima kasih jaga aku selama ni. Aku betul betul tak boleh nak balas jasa kau. Kau bukan sekadar kawan baik aku, tapi kau dah tahap abang aku. Kau jaga aku macam adik. Kau ambil berat pasal aku, kau nasihatkan aku dan macam macam lagi la. Thank you sangat sangat"
"Aryyan, aku tak mintak banyak pun dengan kau. Jaga adik adik, mummy and daddy. Anak aku sekali. Kau tolong la bagi dia kasih sayang seorang ayah. Aku tak sempat nak tengok dia besar. Btw, kau tolong tengok tengokkan Ikhwan sekali. Aku takut dia buat benda bukan bukan. Kalau dia hilangkan diri, kau cari dia tau. Dia dah takde siapa siapa selain aku, aku harap sangat kau boleh gantikan aku. Thank you bro"
"Harriz, Ammar, Arfan and nadyne. Abang sayang korang sangat sangat. Jangan degil degil tau! Dengar cakap abang yan korang. Banggakan mummy dan daddy. Thank you jadi adik adik abang"
"Last but not least, my little family. Thank you sayang sebab jadi isteri Qash yang paling memahami. Buat kesekian kalinya Qash bagitahu, Qash tak pernah rasa bosan dengan hani. Kasih sayang Qash pada Hani tak pernah berubah sejak pertama kali kita jumpa. Qash sayang Hani sampai bila bila. Thank you jaga Qash masa Qash sakit. Maafkan Qash sebab Qash selalu tak dapat ada disisi Hani setiap kali Hani perlukan Qash"
"Anak daddy, Favien Noah. Daddy mintak maaf sebab tinggalkan ien secepat ni. Anak daddy jaga mama ya? Walaupun daddy takde disisi ien, uncles ien ramai. Diaorang semua boleh bagi ien kasih sayang banyak banyak. Nanti ien besar, ien datang la melawat daddy. Daddy tunggu ya sayang"
Diary itu ditutup. Hani terus masuk ke bilik mandi. Paip air dibuka. Hani bersandar di dinding sambil menangis teresak esak sebelum dia terduduk.
•••
Hani keluar dari biliknya bersama ien. Diary Qash turut dibawa. Kelibat Raisya dicari. Hani melangkah ke arah ruang tamu. Mereka semua berada disitu. Raisya, Andre dan adik adik Qash.
"Mummy" panggil Hani. Diary Qash diberi. Raisya mengambil diary itu.
"Tu diary Qash. Dia tulis dari umur dia 11 tahun sampai lah beberapa hari yang lepas. Semua ada dalam tu dan ada jugak pesanan terakhir dia untuk mummy, daddy dan adik adik. Mummy baca lah, Hani nak duduk dekat luar kejap" kata hani.
"Hani okay? Dah makan belum?" soal Andre risau sambil melihat muka Hani yang pucat itu. Hani mengangguk lalu senyum.
"Akak pergilah tenangkan fikiran dekat luar tu. Ien biar yan jaga" ujar Aryyan. Hani memberi ien kepada Aryyan sebelum dia keluar dari rumah itu. Raisya terus membuka diary itu.
Bersambung...
P/s: a few chapter left...🥲
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...