Bab 3

331 27 0
                                    

Beberapa minggu kemudian,

"Kau ni degil sangat kenapa?! Aku suruh makan tu makan la!" pipi Qash dilempang lagi. Qash tertunduk kebawah. Air mata laju sahaja mengalir.

"Eh kau tak dengar ke?! Aku suruh makan je kan! Ambik ni makan!!" pipi Qash dicengkam, nasi yang dibeli itu dia sumbat ke dalam mulut kecil Qash. Qash menggeleng tetapi dia masih meneruskan perbuatan kejamnya itu.

"Ambik air ni minum! Itu pun susah ke?!" air yang berada didalam gelas itu dicurah ke atas kepala Qash. Gelas itu dicampak ke tepi. Pinggan kaca tadi dia ambil dan baling ke arah Qash. Habis berkecai pinggan kaca itu, menyebabkan pipi Qash luka terkena kaca yang pecah. Qash menangis sepuasnya. Sudah lama dia bertahan, tetapi tiada sesiapa pun yang datang menyelamatnya.

"Diam! Aku taknak dengar kau nangis! Diam!!" marah perempuan itu sambil menonjol kepala Qash.

"Aku cakap diam la bodoh! Kau tak faham ke?!" dia menarik rambut Qash kuat. Qash masih menangis sepuasnya. Sejak hari pertama dia dibawa ke sini, dia sudah didera teruk oleh perempuan itu.

"Bapak kau lambat sangat nak bawa kau balik. Aku pun dah tak sabar nak bunuh kau. Apa kata aku bunuh kau dulu, nanti baru aku follow kau" kata perempuan itu kayak psycho(hahaha). Pisau rembo yang sudah lama berada didalam poket seluarnya dikeluarkan. Perempuan itu mendekati Qash lalu pisau yang tajam itu terus ditikam di tepi pinggang Qash. Qash pasrah, dia tahu lambat laun perkara ni mesti jadi jugak. Air matanya mengalir tanpa henti. Seorang lelaki masuk ke bilik kurungan itu dan melepaskan tembakan di dada perempuan itu. Perempuan itu terus jatuh dan tidak sedarkan diri.

•••••

Di hospital,

"Doktor anak saya takde apa apa kan?" soal Andre risau.

"Alhamdulillah tiada yang serius cuma luka dia agak dalam. Tetapi jangan risau, ianya tak serius. Oh dia juga mungkin akan mengalami trauma disorder bila dia dah sedar nanti" terang doktor itu.

"Trauma disorder?" soal Andre tidak percaya.

"Yep, biasanya trauma ni akan menyebabkan seseorang itu kemurungan, menangis tiba tiba, memberontak, rutin harian dia pun akan berubah dan dia akan mimpi buruk yang berulang pasal trauma dia" terang doktor itu panjang. Raisya menutup mulutnya menggunakan tangan sebelum dia jatuh terduduk. Tak sangka anak nya akan mengalami perkara begitu.

"Honey, jangan lah macam ni. Bangun please" pujuk Andre.

"Kenapa Qash? Kenapa seawal ni dia diberi dugaan? Dia baru 11 tahun sayang" ujar Raisya sedih.

"Yes honey, I know. Tapi you jangan la macam ni. Nanti you pengsan macam mana? Siapa nak jaga Qash, you cakap nak jaga Qash kan?" pujuk Andre lagi. Raisya mengangguk kecil.

"Okay jom, kita pergi tengok Qash. Tapi you janji taknak menangis" Raisya mengangguk lalu air mata dikesat. Andre membawa Raisya pergi ke bilik Qash selepas berterima kasih kepada doktor tadi.

•••••

Sekujur tubuh yang sedang tidur di atas katil hospital itu ditatap lama, tanpa sedar air mata mengalir dengan pantas. Kepala Qash diusap dengan penuh kasih sayang.

"Kesian anak mummy, baru 11 tahun dah kena tanggung semua ni. Mummy mintak maaf ya sayang" ujar Raisya lalu dahi Qash dikucup. Andre yang berada dibelakang hanya menahan sebak. Tiba tiba mata Qash terbuka.

"Qash? Sayang, Qash dah sedar!" jerit Raisya teruja.

"Qash? Qash okay?" Andre bertanya. Qash hanya diam. Dia memandang sekeliling sebelum dia memegang kepalanya.

"Taknak! Taknak! Daddy tolong Qash taknakk!!! Pergi la!! Jangan dekat!!" Qash meronta sendiri sambil cuba mencabut wayar dibadannya dan menyepak semua benda yang berada di atas katil. Andre dan Raisya terkejut melihat perubahan ketara Qash.

"Qash Uqayl! Jangan macam ni, nanti jahitan tu terbuka" Andre cuba untuk menenangkan Qash tapi tidak berjaya. Akhirnya Andre memanggil doktor.

••••

Beberapa hari kemudian,

Qash yang sedang termenung itu, dipandang. Sejak Qash sedar, dia berubah 360 darjah. Makan tidak, minum pun tidak. Bila paksa baru makan. Cakap? Susah betul nak dengar suara Qash sejak kebelakangan ni. Mangkuk bubur diambil.

"Qash, makan sikit ye?" Qash geleng.

"Makan la sikit Qash. Dari semalam tak makan" Geleng lagi.

"Sikit je, nanti masuk angin susah" Qash masih sama. Geleng.

"Daddy don't take geleng as answer. Buka mulut daddy suap" Qash hanya termenung. Daddy nya tidak dihiraukan. Andre meletakkan mangkuk itu semula.

"Sampai bila Qash nak jadi macam ni? Makan taknak, cakap taknak" Qash merenung muka daddynya. Sebelum air matanya mengalir dengan laju. Andre mengeluh kecil melihat Qash mengalirkan air mata.

"Qash Uqayl, daddy tak marah. Daddy suruh makan je" pujuk Andre lembut.

"Perempuan tu, paksa Qash makan. Qash taknak tapi dia tetap paksa. Qash takut kalau daddy berubah macam dia jugak" ujar Qash perlahan sebelum dia mengesot menjauhi Andre.

"Ya allah, maafkan daddy Qash. Daddy bukan nak paksa Qash. Taknak makan pun takpe lah. Come" Andre mendepakan tangannya sebelum Qash masuk ke dalam dakapannya.

"Maafkan daddy Qash, daddy lambat selamatkan Qash. Daddy betul betul mintak maaf" ujar Andre penuh kesal. Ubun ubun Qash dicium banyak kali. Tiba tiba dengkuran halus kedengaran, Andre mengesat airmatanya lalu Qash dibaringkan.

••••

Di rumah agam,

"Mummy, macam mana keadaan abang?" soal Aryyan. Raisya tersenyum kecil.

"Abang okay, yan jangan risau la"

"Tapi abang sakit sebab kitaorang semua. Kalau tak sebab kitaorang duduk dekat luar, mesti abang tak perlu susah payah selamatkan kitaorang dan korbankan nyawa dia kan mummy?" Raisya menyuruh Aryyan duduk disebelahnya.

"Its not your fault. Its my fault. Kalau mummy tak ikut daddy, semua ni takkan jadi. Yan jangan risau la, everything gonna be fine. Dah takdir kan. And one more thing, thank you sebab yan tolong jaga adik adik" ujar Raisya panjang.

"Small matter la mummy, pengorbanan abang lagi besar" Raisya hanya tersenyum kecil sebelum dia memeluk Aryyan.

"Amboiiii, bestnya peluk! Daddy balik pun tak sedar" ujar Andre yang baru pulang dari hospital. Raisya terus meleraikan pelukan.

"Eh you. Awalnya balik?"

"Qash tidur lepas makan ubat so I balik la kejap nak mandi" jawab Andre.

"Macam mana keadaan dia? More better?"

"Nah, makan taknak, cakap pun taknak. Erm, I rasa kita dah hilang Qash Uqayl yang dulu"

"Kenapa you cakap macam tu?" soal Raisya pelik.

"Tadi I nak suap dia makan, then dia taknak but I still paksa dia. Tiba tiba dia nangis. I pun pelik la kenapa nangis. Lepastu dia cakap, perempuan tu selalu paksa dia makan sedangkan dia taknak pun perempuan tu paksa jugak. Dia takut I jadi macam perempuan tu. Then dia jauhkan diri dia dari I" terang Andre.

"Ya Allah kesiannya anak I"

"I think lepas ni, kita kena cakap slow slow dengan Qash" cadang Andre.

"Selama ni pun kita cakap slow slow. Kenapa you nak cakap kasar kasar ke dengan dia?" soal Raisya.

"Takde la maksud i..."

"Dah, you nak mandi kan? Pergi la mandi, biar I pulak jaga Qash. You duduk rumah" arah Raisya.

"Hm ye lah" ujar Andre.

"Oh btw, sebelum I lupa, I dah siap masak,you tolong hidangkan je untuk twinies and Arfan. Diaorang belum makan. Yan dah makan tadi dengan I" pesan Raisya.

"Maid mana?" soal Andre.

"Dia ada hal so kena balik awal" Andre mengangguk kecil.

Bersambung....

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now