Bab 69

228 16 1
                                    

Sebulan kemudian,

Hani menjejakkan kaki dirumah yang penuh dengan kenangan manis. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki dirumahnya itu. Setelah memberi salam dan membuka pintu. Air matanya terus mengalir. Kenangannya bersama Qash kembali berlayar di fikiran. Diruang tamu, di dapur. Di seluruh rumah itu, seperti Qash masih ada. Bayangan Qash ada dimana mana. Hani duduk disofa. Dia berseorangan. Hajatnya mahu mengambil barang dan mengemas apa yang patut. Tapi lain pula yang jadi. Dia menangis sepuas hati. Selama sebulan dia berpura pura dihadapan semua orang bahawa dia kuat. Air mata ditahan, kesedihan dan kerinduan dipendam. Dia ada anak untuk dijaga.

"Hani rindu Qash. Rindu nak tengok senyuman Qash. Rindu nak buat lawak dengan Qash" kata Hani sambil menangis lagi dan lagi.

"Hani rindu nak dengar Qash panggil dear" ujar Hani sebelum dia ternampak kotak yang berada di bawah almari TV. Kotak itu diambil.

"Apa ni?" Hani membuka kotak itu. Ada sekeping note ditampal.

You found it dear? Dear buka ikut number ya?

Hani terus membuka kotak pertama. Ada note lagi.

Terima kasih kerana telah menemaniku dalam perjalanan terindah dalam hidupku. Open the book!

Buku itu dicapai. Ayat yang berada di muka surat pertama dibaca.

"Kalau dear rindu Qash, baca ayat ayat yang ada dalam buku ni tau. Semua Qash tulis untuk dear" 

Mata Hani mula bergenang kembali. Box kecil pula diambil. Ada CD dan pendrive. Hani mengambil CD itu lalu memasang di TV. Muka Qash terpancar diskrin tv itu.

"Hai dear! How are you? Hehe. Qash record video ni lepas kita balik New York. Qash ada rahsia nak bagitahu Hani. Oh, maybe masa Hani tengok video ni Qash dah takde. First of all, maafkan Qash sebab rahsiakan lagi pasal kanser ni. Qash bukan rahsiakan sebab Hani tak penting. Tapi Qash dah penat nak buat kimo, nak pergi hospital. Qash dah muak dengan bau hospital. Doktor dah banyak kali call Qash suruh Qash pergi check up, tapi Qash kan degil. Qash dapat tahu pasal kanser ni masa Qash gaduh dengan Hani. Masa Qash keluar awal pagi tu lepastu balik lewat malam. Masa tu, Qash betul betul down. Qash rasa macam takde guna pun buat operation dulu, tinggal Hani sorang sorang. Koma berbulan bulan, end up kanser tu muncul balik. Maafkan Qash sebab sekarang Qash dah biar Hani hidup sorang sorang tanpa Qash. Terus kuat ya sayang. Qash akan sentiasa sayang Hani, bangga dengan Hani. Ien masih perlukan mama dia. Btw, Qash ada sediakan satu video. Video kita pergi New York tu. Video tu ada dalam pendrive dalam kotak yang sama. Kalau Hani rindu Qash, Hani tengok la. Qash harap sangat Hani jadi seperti Hani yang dulu. Jangan berubah ya sayang" Hani sudah menangis teresak esak.

"Ien pun perlukan daddy dia" Hani terus menutup tv itu. Dia tak sanggup. Dia bangun dan menuju ke tingkat atas. Biliknya dan Qash. Almari pakaian Qash dibuka. Baju favourite Qash dicapai. Hani memeluk baju itu. Air mata mengalir lagi.

"Ya Allah, aku rindu dia" Hani ternampak lagi note yang ditampal disebelah almari pakaian itu.

Peluk baju Qash ke tu? Hahaha. Peluk la dear kalau itu boleh buat dear lepaskan rindu. Qash beri izin, ambil la baju Qash kalau Hani nak pakai

"Hani taknak baju, Hani nak Qash" tiba tiba telefon Hani berbunyi kuat minta diangkat.

"Ha? Okay okay" Hani terus keluar dari rumah itu dengan tergesa gesa.

•••

"Abang"

"Qayla"

"Mana Ien?"

"Doktor tak keluar lagi" jawab Luqman. Hani terus kehulur kehilir di depan bilik kecemasan itu. Luqman menarik Hani.

"Qayla, duduk. Jangan la macam ni. Insyallah Ien takde apa apa. Ien kan kuat macam daddy dia" ujar Luqman sebak.

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now