Bab 51

226 11 0
                                    

Beberapa bulan kemudian,

Hani terjaga dari tidurnya. Dengan sepantas kilat dia turun dari katil lalu berlari ke tandas. Qash turut terjaga lalu mendekati isterinya.

"Hey. Kenapa ni?" soal Qash sambil menggosok belakang Hani. Hani menggeleng. Hani membasuh mulutnya lalu dia keluar dari tandas. Perlahan lahan dia duduk di hujung katil. Begitu juga Qash.

"Salah makan ke sayang? Hani makan apa semalam?" soal Qash.

"Hani makan apa yang Qash makan la. Kenapa Qash takde apa apa pun?" soal Hani sebelum dia berlari ke tandas semula. Semua isi perutnya dikeluarkan. Qash risau melihat keadaan Hani begitu. Dia memapah hani duduk semula di katil. Panadol diambil lalu diberikan kepada Hani.

"Pagi esok kita pergi klinik la. Meh sini baring, Qash picit kepala" ujar Qash lalu Hani baring di atas riba Qash. Qash memicit kepala isterinya hingga Hani tertidur.

•••

Keesokkan hari,

Qash dan Hani turun dari tingkat atas.

"Mummy, Qash nak pergi klinik kejap tau dengan Hani"

"Klinik? Siapa sakit?"

"Hani. Dia muntah muntah semalam, salah makan kot" jawab Qash selamba. Raisya menyimpan senyum.

"Yelah, hati hati drive" Qash mengangguk kecil sebelum dia keluar dari rumah agam itu.

•••

Di klinik,

"Tahniah encik, isteri encik mengandung 16 minggu" ujar doktor itu sebelum tersenyum. Mulut Qash ternganga tidak percaya.

"Seriusla doktor? Doktor tak main main kan?" doktor itu menggeleng.

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Terima kasih sayang" dahi Hani dicium. Qash tersenyum lebar.

•••

"Alhamdulillah" ucap Raisya lalu memeluk Hani.

"Jadi atuk la daddy nanti" usik Aryyan.

"Riel jadi pakcik" balas Andre. Semua tergelak.

"Tahniah bro!" ucap Harriz dan Ammar. Qash tersenyum kecil. Aryyan pula menepuk bahu Qash. Arfan dan Nadyne pula hanya tersenyum.

"Tak sangka anak daddy yang manja ni jadi ayah orang dah" kata Andre.

"Ikhwan lagi tak sangka daddy, dulu hingus meleleh, sekarang nak jadi bapak orang dah" sapuk Ikhwan pula.

"Ah, kau! Tak habis habis dengan hingus meleleh" marah Qash sebelum semua ketawa.

"Lepas ni, Hani dah tak boleh buat kerja berat berat tau. Rehat je, stress pun tak boleh. Kalau Qash buat Hani stress, bagitahu mummy. Biar mummy ajar dia" kata Raisya lalu Qash mencebik.

"Nanti mummy dah tak sayangkan Nadyne. Terbiar Nadyne nanti" usik Qash. Muka Nadyne terus berubah.

"Saja la tu nak usik adik" marah Raisya. Qash ketawa kecil.

"Abang, syarikat abang yang dekat Johor tu siapa jaga?" soal Harriz.

"Imran. Kenapa?"

"Oh, riz ingat nak tolong jaga"

"Belajar dulu dekat office daddy. Baru boleh jaga. Okey?" Harriz mengangguk.

"Qash naik atas dulu la, nak siapkan kerja sikit. Dear nak naik tak?"

"Hani nak duduk bawah dulu la. Nanti Hani naik" Qash mengangguk sebelum dia beredar dari situ.

•••

Beberapa minggu kemudian,

Qash sedang menunggu Hani bersiap untuk keluar. Dia janji untuk membawa Hani keluar jalan jalan hari ni.

"Sayang kuuuu, cepat la siap"

"Kejapp" Hani keluar dari bilik. Qash tersenyum memandang Hani. Tangan Hani dipimpin.

Di dalam kereta,

"Dear, Qash sebenarnya dah lama nak tanya soalan ni dekat dear. Tapi dear jangan salah faham pulak tau"

"Apa dia?"

"Dear selesa ke duduk dekat rumah agam tu? Ye la, adik lelaki Qash kan ramai. Qash takut Hani tak selesa"

"Hani ikut suami Hani. Kalau suami Hani okay, Hani okay la" jawab Hani lalu senyum.

"Sebenarnya Qash ada beli rumah untuk kita. Kalau ikutkan, Qash nak pindah bulan lepas. Tapi lepas dapat tahu Hani pregnant, Qash batalkan niat tu. Qash taknak tinggalkan Hani sorang sorang kalau Qash keluar. Qash takut apa apa jadi dekat Hani and baby"

"Kenapa Qash tak bagitahu Hani, Hani okay je la kalau kita nak pindah. Lebih privasi kan?" Qash mengangguk.

"Hani nak tengok rumah tu boleh? Qash bawa kunci tak?"

"Bawak. Jom!" laju kereta itu membelahi jalan raya.


Bersambung....

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now