Bab 45

192 10 0
                                    

Qash balik ke kondonya dengan keadaan serabai. Dia masuk ke dalam tandas lalu duduk di bawah pancuran air. Qash memeluk lututnya lalu dia menangis sepuas hati.

"Aku dah betul betul takde keluarga. Daddy dah betul betul buang aku dan tak anggap aku anak dia lagi. Aku dah takde sesiapa. Kenapa la aku tak mati je masa kena culik dekat Paris dulu" ujar Qash sendiri sambil menangis.

"Sekali lagi aku fikir, keputusan yang aku buat ni betul. Lagi cepat aku mati lagi bagus. Tapi aku baru nak mulakan hidup baru dengan Hani. Sempat ke? Atau aku patut putus asa sekarang je?" soal Qash sendiri. Dia memeluk lutut sambil menggelengkan kepalanya lalu memukulnya.

•••

"Hani, are you busy?"

"Tak, kenapa?"

"Teman saya keluar boleh?"

"Awak okay tak ni? Kenapa suara awak macam serak je?"

"Maybe akan okay lepas jumpa awak"

"Pukul berapa awak nak ambil saya?"

"Lagi sejam sempat? Awak tolong bagitahu dekat mummy and abah awak tau. Saya malu nak jumpa diaorang dalam keadaan macam ni"

"Okay la, awak drive hati hati tau. Jumpa nanti" panggilan diputuskan. Kaki laju melangkah kearah cermin yang berada didalam biliknya.

"Dah la tu nangis, kau lelaki Qash. Kau kena kuat. Apa jadi pun, kau tetap kena kuat. Kau hidup sorang sorang sekarang ni, takde siapa nak pujuk kau" dia terus berlalu ke tandas.

•••

"Qash, awak okay tak ni?" ujar Hani sambil memandang Qash yang memakai cermin mata hitam. Qash diam. Hani mengeluh kecil sebelum membuka cermin mata hitam pada Qash. Hani terkejut memandang bawah mata Qash yang sudah bengkak akibat menangis.

"Qash, kenapa nii? Awak okay tak?" soal Hani risau.

"Okay sikit lepas jumpa awak. Aunty and uncle okay ke?" Qash senyum.

"Okay, tapi abah cakap kena balik before 7 pm" jawab Hani, matanya masih memandang Qash.

"Okay, jom?"

"Kita nak pergi mana?"

"Tasik boleh?"

"Awak ada masalah ke?"

"Nanti saya share dengan awak kat sana okay" Hani mengangguk.

"Daddy saya dah betul betul buang saya. Dia dah tak anggap saya anak dia lagi. Saya pun dah tak boleh jumpa mummy dan adik adik saya. Saya dah takde siapa siapa" ujar Qash sambil memandang tasik. Dia cuba untuk tak menangis. Tetapi air matanya mengalir jugak. Hani terkejut melihat Qash menangis.

"Qash jangan la nangis, awak masih ada saya. Apa jadi sekali pun, saya tetap akan ada dengan awak. Jangan la nangis"

"Saya tak sepatutnya cerita dekat awak, mesti awak rasa terbeban kan. Maafkan saya Hani" ujar Qash lalu mengelap air matanya.

"Qash,kita dah janjikan kalau bukan office hour, kita akan jadi kawan baik. Saya tak pernah rasa terbeban tau dengan awak. Kalau awak ada masalah, share je la dengan saya. Saya sudi mendengar"

"Thank you Hani, awak banyak tolong saya. Saya akan balas jasa awak"

"Apa pula, saya la yang kena balas jasa awak sebab ambik saya kerja. Thank you percayakan saya" Qash tersenyum kecil.

"Saya dah mula sayangkan awak Hani" ujar Qash lalu memandang Hani. Hani tergamam.

"A..apa awak cakap?" Qash tersenyum sebelum dia mengeluarkan 2 utas(?) gelang.

"Hani, jadi girlfriend saya?"

"Qash apa ni?"

"Taknak ke?" Hani tersenyum malu lalu mengangguk kecil.

"Saya janji bila dah sampai masa nanti, saya akan jadikan awak bidadari syurga saya yang sah" kata Qash sambil memakaikan gelang ditangan Hani.

"Saya pun pakai gelang ni and make sure jangan pernah sesekali tanggalkan selagi kita in this relationship"

"Oh, ni tanda saya milik awak la?"

"Iya. Sebenarnya kan, masa first saya jumpa awak, saya dah mula sukakan awak. Tapi saya jual mahal lagi masa tu"

"First? Dekat office?"

"Nope. Saya jumpa awak dekat Johor, awak tolong budak jual makanan" Hani cuba mengingat kembali.

"Serius la? Patut la saya rasa macam ada orang perhatikan saya" Qash senyum.

"Masa tu, saya decided nak kenal dengan awak. Saya suruh Im cari info tentang awak. Alhamdulillah, rezeki awak tengah cari kerja. Saya terus ambil. Saya tak tahu kenapa, tetapi setiap kali saya dekat dengan awak, saya rasa bahagia. Saya sakit bila tengok awak menangis sebab lelaki tu. Saya tak sanggup nak tengok awak sakit. Jadi saya cuba happykan awak" Hani sudah terharu. Hani senyum.

"Keputusan saya tak silap untuk jatuh cinta dekat awak. Saya takut dengan keputusan saya. Takut kecewakan diri sendiri" ujar Hani.

"Selagi awak bersama saya, saya janji saya akan bahagiakan awak dengan pelbagai cara sekali pun" ujar Qash lalu tersenyum.


Bersambung...

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now