Sebaik sampai di kondo miliknya, terus badan direbahkan ke atas sofa yang berada diruang tamu. Tali leher dilonggarkan, tangan kanan diletakkan diatas dahi manakala tangan kiri pula diatas perut. Mata dipejam rapat.
"Eh? Sunyinya, mana diaorang semua?" soal Qash sendiri. Dia terus bangun dari baringnya. Satu persatu pintu bilik dibuka, tetapi semuanya kosong. Iphone dibawa keluar. Nombor Leo didail.
Tut tut...
"Yes bro? Why?"
"Korang dekat mana?"
"Kau dah balik ke?"
"Yep" Adam terus merampas phone Leo.
"Kitaorang tengah makan dekat kedai bawah ni. Turun ah"
"Malas la. Penat. Kau tolong bungkus untuk aku boleh?"
"Ha boleh, kau nak apa?"
"Nasi goreng seafood la"
"Okay! Nanti siap kitaorang naik" panggilan terus diputuskan.
"Kenapa diaorang makan dekat bawah sedangkan barang dapur berlambak" soal Qash sendiri sebelum dia masuk ke biliknya.
•••
Krekkkkkkkkk........
"Kau buat apa lama sangat dalam bilik? Kalah perempuan" kata Zac.
"Aku tertidur la. Dekat office tadi, aku settlekan semua kerja yang ada. Malas nak tangguh. Itu yang pening sikit tu" ujar Qash sambil mengelap rambutnya yang basah. Mereka hanya mengangguk.
"Kau pergi la makan. Aku letak dekat dapur tu" kata Adam.
"Thanks Ad, nanti aku bayar"
"Eh, tak payahlah"
"La, kenapa pulak?"
"Setakat 5 ringgit tu, takde apa la"
"Hm, ye lah. Nanti aku belanja kau pulak"
"Tak payah. Aku tahu duit kau banyak...tapi tak payah la nak membazir dekat aku"
"Aku sokong. Adam kaya kot" sapuk Leo.
"Kau cakap orang, kau pun sama"
"Okay dah. Aku nak makan jap, lepas makan kita keluar nak?"
"Nak pergi mana? Kau cakap, kau pening tadi" kata Harry.
"Kau ni Harry, tak payah la nak manjakan aku sangat. Setakat pening sikit ni, takde hal la"
"Bukan nak manjakan kau cuma aku takut kau pengsan pulak nanti. Kau tu kan lemah"
"Harry, aku okay. Dah korang siap la. Nanti kita pergi terus" Qash terus berlalu ke dapur.
•••
Laju kaki itu melangkah kearah sekumpulan lelaki yang sedang menunggunya.
"Bro! Sorry lambat, jalan jam" sapa Ikhwan.
"Ye ke jalan jam? Or otw kau tu?"
"Ish kau ni. Aku dah insaf okay" Qash ketawa kecil.
"Come, aku kenalkan kau" Ikhwan ditarik mendekati 4 orang lelaki itu.
"Ni Adam. Ad, ni Ikhwan"
"Ni Harry. Harry, ni Ikhwan"
"Ni Leo. Leo, ni Ikhwan"
"Ni Zac. Zac, ni Ikhwan"
"Kau ni, asal formal sangat? Aku dah kenal la diaorang semua. Diaorang semua pun dah kenal aku la" kata Ikhwan.
"Really? Kenapa tak bagitahu awal awal. Membazir air liur aku je"
"Dah dah. Sekarang nak pergi mana?" soal Adam.
"Jom shopping! Aku belanja!" terus Qash masuk meninggalkan mereka semua dibelakang.
"Qash ni lelaki ke perempuan sebenarnya? Aku confius" kata Zac. Mereka ketawa kecil sebelum masuk.
•••
Lima orang lelaki berjalan dibelakangnya. Tangan mereka sudah penuh dengan paper bag dari pelbagai jenama. Qash dihadapan hanya tersenyum. Puas hati dapat belanja kawan kawannya dan juga dirinya sendiri. Eh jap, belum puas. Matanya meliar memandang kedai berjenama yang belum dimasukki.
"Qash. Kau nak shopping apa lagi?" soal Ikhwan geram.
"Alaa, kau ni. Sabar la"
"Qash Endra Uqayl! Aku bagitahu daddy kau nanti, habisla kad kau kena block. Better kau stop sekarang" terus langkah Qash berhenti.
"Kau ni kenapa Wan? Aku nak shopping pun salah ke?"
"Tak salah, tapi kau lupa ke? Mummy cakap, dalam bilik baju kau tu, dah penuh dengan semua yang kau shopping ni. Kau pakai pun tak, asyik beli je"
"Memandai kau je cakap aku tak pakai"
"Betul la, sekarang kau stop nafsu shopping kau tu. Kita pergi makan. Kau tak kesian ke tengok kawan kawan kau tu?" Qash memandang Leo dan Zac yang sudah terduduk.
"Fine"
•••
Pintu rumah agam itu ditutup perlahan. Kaki dijenjet seperti pencuri. Sekeliling dipandang sebelum dia berlari kearah tangga. Laju sahaja tangga itu didaki. Sampai sahaja di biliknya, Qash melepaskan nafas lega.
"Huh, nasib tak kantoi" ujar Qash sendiri. Paperbag yang banyak itu diletak didalam bilik bajunya. Tiba tiba pintu biliknya diketuk. Terus mata Qash terbuka luas. Tanpa menunggu balasan Qash, pintu itu dibuka.
"Ala kau ni bang, buat buat terkejut pulak. Kau tak nampak ke kitaorang semua tengah tengok movie tadi?"
"Hah?!"
"Dari kau bukak pintu rumah agam, sampai la kau masuk bilik kitaorang perhati tau"
"Ke..kenapa a..aku tak perasan pun?" soal Qash gagap. Aryyan mengangkat bahu.
"Dah la, rumah ni rumah kita. Kau nak balik pun takde siapa halang. Jom turun" bahu Qash dipaut.
"Sorry, tapi aku balik sebab nak simpan barang. Lepastu aku nak keluar balik" Qash menepis tangan Aryyan. Qash mengambil kunci kereta yang dicampak diatas katil. Dia terus keluar dari biliknya. Aryyan terus mengejar Qash dan menarik Qash.
"Kau nak apa yan?" soal Qash geram.
"Sampai bila kau nak gaduh dengan mummy?"
"Sampai mummy datang mintak maaf dekat aku"
"Kau anak bang. Turunkan la sikit ego tu, pergi mintak maaf dengan mummy"
"Eh yan, kau tak tahu apa jadi malam tu. Yang kau tahu, aku gaduh dengan mummy. Kau tak tahu apa punca pergaduhan tu dan kau tak tahu apa yang aku dapat malam tu"
"Then, why don't you tell me?" cabar Aryyan.
"I got to go" baru hendak menuruni anak tangga, tangan Qash ditarik.
"Yan! Can you stop pulling me?!" marah Qash.
"No! Selagi benda ni tak settle, aku takkan biar kau keluar"
"Aku penat la nak layan perangai budak budak kau ni" Qash menarik tangannya dan berlalu dari situ. Pintu rumah agam itu dihembas kuat. Aryyan mengeluh kecil.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...