Kuala Lumpur, February 2014, 12:30 tengah hari.
Keluar sahaja dari tempat pendaratan, mata Qash terus meliar memandang sekeliling. Kemudian jam tangannya dilihat. Telefon bimbit dikeluarkan, nombor Aryyan dicari sebelum pesanan dihantar.
Aku dah sampai ni, mana kau?-Qash
Kejap, dah nak sampai ni, kau tunggu la kejap dekat tempat menunggu- Arriel(nama singkatan bagi Aryyan+Adriel)
Qash menarik bagasinya menuju ke tempat menunggu. Telefon bimbit yang berada ditangan dibuka. Qash melihat gambarnya di airport New York yang diambil oleh Miquel. Sebut nama lelaki itu, dia sudah mula merindui lelaki itu. Banyak lelaki itu menolongnya semasa dia berada di New York. Qash hanya tersenyum pudar. Nombor Miquel dicari.
Abang Miq, Qash dah sampai Malaysia. Thank you atas semua pertolongan abang. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye!- Qash
Pesanan itu hanya mendapat satu tick. Qash keluar dari app whatsApp. App Instagram dibuka. Qash sudah berani menonjolkan dirinya di media social sejak Miquel memaksanya. Gambar yang diambil oleh Miquel dipilih. Qash menaip caption.
"Bye New York! Thank you for the best memories! Hope to see you again!" upload! Telefonnya ditutup dan diletakkan didalam poket seluar. Dan telefonnya mula bergetar bagai nak pecah. Orang famous la katakan. Letak gambar 2 saat dah beribu like.
"Mana Yan ni? Lambat sangat" Qash bangun dari tempat duduknya. Baru berjalan tidak sampai beberapa langkah, Qash terlanggar seseorang. Habis berterabur barang mereka. Novel English yang berada ditangan Qash sudah tercampak jauh.
"Ya Allah! Sorry sorry sumpah tak sengaja" Qash turut mengutip barang barangnya yang terjatuh.
"No no, salah saya jugak"
"Sorry" Mereka berdiri. Qash memberi buku buku milik orang yang berada dihadapannya.
"Takpe takpe. Sama sama salah" orang itu senyum.
"Okay macam ni, sebagai tanda maaf. Saya treat awak lunch?"
"Eh, no thanks"
"Betul ni?"
"Yep. Em, saya pergi dulu la" ujar perempuan itu. Qash mengangguk sebelum perempuan itu berlalu pergi. Kotoran yang melekat di novelnya disapu.
"Hei bang, dah jatuh cinta ke?" soal yan selamba.
"Bro!" Aryyan terus dipeluk erat sehingga sesak nafas. Hahaha
"Woi! Lepaslah, mati aku dekat sini kang"
"Hahaha, sorry sorry" Qash mengusap rambut Aryyan.
"Siapa perempuan tadi?"
"Strangers"
"Oh" Qash melilau memadang sekeliling.
"Sorang?"
"Haah. Sorry bro, aku dah cuba ajak mummy and daddy. Tapi dua dua busy" Qash hanya senyum sambil mengangguk.
"Takpelah, diaorang busy sebab nak cari duit untuk kita jugak"
"Okay jom?"
"Kau dah ada lesen ke?"
"Hello! Ni Aryyan la. Takde" ujar Aryyan lalu tersenyum sumbing.
"Alah, acah lebih"
"Takkan la aku pulak drive, kau ni agak agak la. Aku datang dengan driver kesayangan kau tu la" ujar Aryyan.
"Wait, kali ni takde bodyguard ke?"
"Ada, tapi aku suruh diaorang tunggu dekat luar je. Rimas la, nanti orang tengok semacam"
"Ah kau, aku dekat New York tu hari hari dikelilingi bodyguard tau" tiba tiba datang seorang lelaki bersut hitam mendekati mereka.
"Tu kau tengok tu, pantang sebut mesti muncul" ujar Aryyan sambil menunjuk kearah lelaki itu.
"Selamat kembali Uqayl" Qash hanya tersenyum. Lelaki itu mengambil dua bagasi milik Qash dan mereka keluar dari lapangan terbang itu.
•••••
Masuk sahaja pagar rumah agam itu, Qash tersenyum. Home sweet home! Aryyan yang sudah tertidur disebelah dipandang.
"Dia punya tidur tu, macam dia yang baru balik New York" ujar Qash sendiri. Tapi salah Qash juga, pergi heretnya si Aryyan tu shopping. Qash tak kenal erti penat okay!
"Yan, bangun. Dah sampai. Pergi sambung tidur dalam rumah" Aryyan menggosok matanya.
"Kau mengata aku eyh?"
"Aip bila masa?"
"Aku bukan tidur pun"
"Oh ye eh?" Qash mengusap belakang tengkuknya. Aryyan dan Qash keluar dari perut kereta. Bonet kereta dibuka. Penuh barang didalam.
"Kau la ni, suka sangat shopping"
"Dah hobi aku nak buat macam mana" Qash ingin membawa keluar barang barangnya tetapi dihalang.
"Uqayl dan Adriel masuk, biar aku bawa keluar semua ni" ujar bodyguard mereka aka teman gaduh aryyan. Mereka memang bahasakan diri mereka aku kau. Qash hanya mengangguk kecil. Masuk sahaja kedalam rumah agam, jeritan dari adik adiknya mengejutkan Qash.
"WELCOME HOME ABANG!" Qash tersenyum memandang mereka. Mummy dan daddynya keluar dari dapur sambil membawa kek. Qash mendekati mereka sambil tersenyum.
"Thank you" Qash memeluk mereka semua.
"I miss my spoil son!" ujar Andre.
"Daddy nii" marah Qash sebelum mereka semua ketawa.
•••••
"Anak mummy sihat?" soal Raisya.
"Alhamdulillah, sihat mummy" jawab Qash lalu memandang adik adiknya.
"Dah besar adik adik abang ni"
"Mana tak besarnya. 2 tahun kau tak balik" Aryyan baru turun.
"Alah kau ni yan. Kan dah cakap, aku busy"
"Ye la. Ni barang kau semua aku dah letak dalam bilik" kata aryyan sambil berjalan menuju kearah sofa yang berada diruang tamu. Dia dipaksa oleh mummynya untuk menolong bodyguard itu tadi.
"Okay bro, thank you!" Aryyan mengangguk. Adik adiknya semua pergi kearah Aryyan.
"Qash, dah makan belum?"
"Belum lagi, tadi pergi mall dengan yan beli barang je"
"Ouh, ni mummy ada buat dessert favourite Qash. Qash nak makan tak?" soal Raisya menyimpan senyum.
"Erm, let me guess. Creampuff right?" teka Qash. Raisya senyum lalu mengangguk kecil.
"Qash naik mandi dulu la mummy. Nanti siap Qash turun makan" Raisya hanya mengangguk. Qash terus memanjat anak tangga.
Bersambung.....
P/s: thank you for your support 🥺❤️
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...