Bab 67

241 13 2
                                    

Rumah agam milik Andre bergema dengan bacaan yassin oleh keluarga, jiran, sahabat dan semua orang yang mengenali Qash. Sejak jenazah Qash dibawa pulang ke rumah agam Andre itu, Hani langsung tidak mengeluarkan apa apa perkataan daripada mulutnya. Dia masih terkejut. Dia juga tidak langsung meninggalkan jenazah suaminya. Ien dari pagi tadi hanya berada didukungan Luqman, abangnya. Abah dan mummy Hani tidak dapat berada disisi Hani buat masa sekarang sebab mereka berada di luar negara. Tiket untuk pulang kembali ke sini pun dah habis. Jadi, Luqman la yang menggantikan abah dan mummy mereka.

Setelah memandikan dan mengafankan Qash, mereka semua berkumpul ditepi jenazah. Raisya sebak melihat muka Qash yang pucat itu. Dahi Qash dikucup lembut dan lama.

"Terima kasih sayang. Terima kasih atas semua benda yang Qash buat untuk mummy. Terima kasih sebab jadi anak sulung mummy. Mummy sayang Qash sangat" ucapnya dan dia mengundur kebelakang memberi peluang kepada orang lain pula.

Giliran adik adik Qash pula. Aryyan mendekati jenazah abangnya.

"Aku sayang kau bang. Terima kasih jaga aku selama ni dan jadi abang yang paling best" ucap Aryyan lalu mencium dahi abangnya. Dan diikuti oleh Harriz, Ammar, Arfan dan Nadyne.

Setelah selesai, kini giliran Hani dan anaknya, Ien pula. Luqman memberikan Ien kepada Hani. Hani mencium lama dahi Qash, sehingga air matanya hampir menitik diatas muka Qash. Ien yang didukung, Hani angkat dan diletakkan sebelah Qash.

"Ien, pegang pipi daddy sayang. Ni kali terakhir tau Ien pegang. Lepasni, kita hidup berdua je sayang. Takde lagi daddy nak pegang, belai kita macam dulu" ujar Hani. Semua yang berada di situ berasa sebak dan ada juga yang mengalirkan air mata. Tangan kecil Ien dipegang perlahan lahan lalu tangan itu dibawa ke pipi Qash. Tangan Ien mengusap lembut pipi Qash. Air mata Hani sekali lagi mengalir dengan deras.

'maafkan Hani, Qash. Hani tak kuat nak lalui semua ni' Ien diberi semula kepada Luqman. Hani pula yang mengusap wajah bersih Qash. Dia menatap puas puas buat kali terakhir.

'lepasni dah takde orang nak panggil Hani dear, nak manja dengan Hani'

'siapa nak buat lawak bodoh dengan Hani, nak bergurau dengan Hani'

'Qash janji nak nyanyikan lagu untuk Hani selalu, sekarang siapa nak nyanyikan untuk Hani?'

'Selalu Hani bangun pagi, Hani tatap muka Qash, tapi sekarang Hani nak tatap siapa?'

'Qash janji nak hidup bersama sampai tua, tapi kenapa Qash tinggalkan Hani dulu?'

'terima kasih sebab bagi Hani kasih sayang secukupnya, Hani sayang Qash'

'Hani akan cuba jadi kuat demi Qash dan Ien ya'

•••••••

Tanah yang masih merah itu ditatap lama. Hanya Hani yang tinggal disitu. Hani tersenyum perit.

"Cepat sangatkan semua ni berlalu? Hani rasa baru semalam Hani kenal Qash, lepastu kita mula rapat as boss and PA. Qash yang dingin berubah jadi lembut dan penyayang. Lepastu kita mula jadi kawan baik dan bercinta. Lepastu kita kahwin, Hanilah orang paling bahagia bila dapat kahwin dengan Qash" Hani tersenyum perit.

"Walaupun Hani tahu masa tu Qash dah sakit, but miracle happens. Qash berjaya buat operation tu. Then kita dapat Ien. Tapi sekarang, Ien baru 5 bulan Qash. Makan pun tak pandai lagi, Qash dah tinggalkan dia" Makin deras air mata mengalir.

"Kalau dia dah pandai cakap nanti, dia tanya mana daddy dia. Apa Hani nak jawab?" air mata mengalir kembali. Hani mengesat air mata yang mengalir.

"Ni kali kedua Qash tinggalkan Hani, tapi kali ni Hani dah tiada harapan lagi dapat jumpa Qash balik. Baru 8 jam Qash pergi, Hani dah rindukan Qash. Macam mana ni Qash? Macam mana Hani nak lalui semua ni? Macam mana Hani nak hidup tanpa Qash? Macam mana Hani nak jaga Ien tanpa Qash? Hani tak kuat Qashhh..." Air mata yang mengalir disapu perlahan. Hani tersenyum.

"Haritu Qash mintak kalau Qash meninggal, Qash nak dikuburkan sebelah kubur grandma kan? Hani dah tunaikan permintaan tu. Qash tenang la disana okay? Rehatlah puas puas. Qash kan selalu bagitahu, Qash penat. Tunggu Hani dan Ien ya Qash" ujar Hani sebelum dia bangun, jubah yang dipakai, disapu dibahagian belakang.

"Jumpa lagi Qash" Hani senyum sebelum berlalu dari situ.

Luqman dan Ien yang menunggunya didalam kereta dituju.

"Sorry lama tunggu abang"

"Takpe Qayla, jomlah Ien pun dah tertidur ni. Kesian dia panas" Hani mengangguk. Kubur Qash dipandang lagi.

"Qayla, ada masa kita datang lagi. Jom naik, Qayla kena teruskan hidup. Ien masih perlukan mama dia" Hani terus masuk kedalam kereta.

"Selamat tinggal Qash" kereta itu laju meninggalkan kawasan perkuburan. Hilang sahaja kereta Hani, Ikhwan terus mendekati kubur Qash. Dari tadi Ikhwan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Malah dia menjauhkan diri dari orang lain. Dia seperti hilang semangat terus untuk hidup. Ikhwan duduk di tepi kubur Qash. Senyuman pahit diukirkan.

"Qash, betul ke kau dah pergi atau ni mimpi buruk aku je?" soal Ikhwan.

"Aku tak percaya Qash. Ni mimpi kan? Kau janji kau takkan tinggalkan aku, so ni mimpi la kan?" soal Ikhwan lagi sebelum dia mengeluh kecil. Dia menarik nafas sebelum menyambung ayatnya.

"Ni kali ketiga Qash, aku hilang orang yang aku sayang. Aku rasa sakit sangat. Sakit sangat hilang kau. Sampai aku rasa dah takde semangat langsung nak hidup. Dulu masa aku hilang family aku, kau kuatkan aku balik. Tapi sekarang, kau yang pergi. Siapa nak kuatkan aku?" Ikhwan mengelap air matanya.

"Kenapa kau rahsiakan hal ni Qash? Kau janji kau taknak rahsiakan apa apa lagi dengan aku. Tapi sekarang apa? Kau memang saja kan nak tinggal aku sorang sorang. Aku dah takde siapa siapa Qash. Kau satu satunya keluarga yang aku ada Qash" ujar Ikhwan sambil menangis.

"Terima kasih sebab jadi kawan yang paling setia walaupun kau banyak berahsia dengan aku. Mungkin aku akan ambik masa yang lama untuk kembali macam dulu lagi. Atau mungkin aku takkan jadi Ikhwan yang dulu lagi. Hanya kau yang boleh kembalikan aku Qash" ujar Ikhwan sambil teresak esak menangis.

"Thank you Qash for everything. Aku tahu kita takkan jumpa lagi tapi kenangan yang akan kuatkan aku kembali. Aku tak pernah cakap ni dekat kau, aku sayang kau Qash Uqayl. Selamat jalan, sahabat" kata Ikhwan sebelum bangun dari duduk. Dia terus melangkah pergi sambil air mata masih mengalir di pipi.


Bersambung...

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now