Raisya menatap wajah suaminya yang sedang tidur itu, sudah beberapa malam suaminya tidak tidur akibat menjaga Qash di hospital. Akhirnya dapat juga dia tidur selepas Aiden menawarkan dirinya untuk menjaga Qash semalam.
"Handsome sangat ke I pagi ni honey? Sampai tak berkelip you tatap I?" soal Andre dengan suara serak. Raisya yang sudah kantoi menatap wajah suaminya itu terus melarikan pandangan. Andre tersenyum kecil.
"Bi..bila masa you bangun?" soal Raisya gagap.
"I ingat nak sambung tidur je tadi, tapi I rasa macam ada orang usha I, so I bangun la" ujar Andre.
"I..I bukan usha you. I nak kejutkan you"
"Eleh, taknak mengaku pulak. Cakap je la yang you usha I sebab I extra handsome pagi ni kan kan?" soal Andre bersama senyuman mengejek.
"Ish perasan betul dia ni! Dah la, I nak kejutkan you sebab I nak mintak tolong" ujar Raisya sebelum berlalu kearah meja solek. Andre bangun dari baringnya. Dia hanya memerhati Raisya melalui cermin meja solek itu.
"You nak mintak tolong apa?"
"Qash, dia nak makan creampuff yang I buat" jawab Raisya. Terus riak wajah Andre yang ceria tadi bertukar dingin. Raisya perasan akan perubahan itu.
"Then?" soal Andre dingin.
"Ala, you ni. Pantang sebut pasal creampuff, muka tu terus berubah dingin"
"I pelik la, kenapa anak kita sorang tu suka sangat dengan creampuff"
"You lupa or buat buat lupa? Anak you yang sorang tu dari dalam perut lagi dia suka creampuff. Dan sebabkan hal tu la you bencikan creampuff sampai sekarang. Kesian dekat creampuff tu tak bersalah pun" ujar Raisya sambil menggeleng kecil.
"Honey, you still ingat dekat jantan tu ke?" soal Andre dalam nada cemburu. Raisya tersenyum kecil.
"Hm, ada bau jealous la" usik Raisya. Andre mencebik.
"Huh, jealous. Setakat jantan macam tu, I 100 kali ganda lagi handsome dari dia la"
"Dre, kuat sangat bau jealous ni" ujar Raisya acah acah menghidu.
"Ish, malas la layan you. I nak sambung tidur" Andre berbaring semula. Selimut ditarik kasar. Raisya sudah tergelak diluar.
••••••
Qash terjaga dari tidurnya setelah mimpi buruk itu kembali muncul. Tercunggap cunggap dia bernafas sambil menangis tersesak esak. Aiden terus mendekati Qash.
"Qash, tarik nafas slow slow. Calm down" pujuk Aiden. Qash mengikut apa yang disuruh oleh Aiden. Aiden membaringkan Qash semula sebelum Qash tertidur semula.
Bum,
Pintu bilik dibuka dari luar.
"Bro, awalnya kau sampai? Bukan kau cakap nak datang petang?" soal Aiden pelik. Andre memandang Qash yang sedang tidur.
"Haah, tu la plan awal aku. Tapi tadi Fuad call, bagitahu Qash dah boleh keluar"
"Hari ni?"
"Haah, tapi kau jangan bagitahu anyone. Aku nak buat surprise" ujar Andre lalu tersenyum.
"Akak pun tak tahu ke?" soal Aiden.
"Dia sibuk tengah buat creampuff, aku keluar ni pun dia tak sedar" ujar Andre dengan muka masam. Aiden menahan gelak melihat riak wajah abangnya.
"Abang, jangan cakap dekat aku yang kau still tak lupakan kisah tu and still bencikan creampuff?" teka Aiden lalu terhambur tawanya sudah lama ditahan. Gelaknya mula memenuhi ruang bilik itu.
"Kau ni sama je dengan kak isya kau tu. Tak habis habis nak gelakkan aku" marah Andre.
"Takde ah, kau tu! Benda dah 11 tahun lepas kot" ujar Aiden dan masih gelak. Andre mencebik. Andre malas hendak melayan perangai adiknya jadi, dia mendekati almari yang berada didalam bilik itu. Baju Qash dikemas rapi. Senang, Qash bangun nanti boleh balik terus.
•••••Raisya memanjat anak tangga menuju ke biliknya. Pintu bilik ditolak perlahan. Dia melihat katil sudah kemas bermakna Andre sudah bangun.
"Andre, you dalam toilet ke? Nanti you dah siap, turun la lunch. I dah masak"
"Andre?" panggil Raisya sekali lagi. Raisya menolak pintu tandas. Kosong.
"Mana pulak Andre ni. Takkan merajuk sampai lari rumah" ujar Raisya sendiri sebelum dia menggeleng kecil. Lantas iphone 6 miliknya dicapai. Nombor Andre didail.
••••••
Qash bangun dari tidurnya. Dia hanya memerhati daddynya yang tekun membuat kerja.
"Sorry" Andre mengangkat muka apabila Qash bersuara.
"You awake?" soal Andre. Qash mengangguk kecil.
"Kenapa Qash mintak maaf?"
"Sebab Qash, daddy terpaksa buat kerja dekat sini" Andre tersenyum kecil sebelum menjawab.
"Takde apa la, Qash kan anak daddy. Don't worry okay?" ujar Andre lalu tersenyum. Qash tersenyum kecil.
"Where's papa Aid?" soal Qash sambil matanya mencari kelibat papa kesayangannya.
"Daddy suruh papa Aid balik. Kenapa?"
"Nothing just curious" Andre mengangguk kecil. Botol air mineral dibuka dan diberikan kepada Qash.
"Drink first, kejap lagi nak balik" kata Andre sebelum dia duduk semula di tempatnya.
"Balik? Qash dah boleh balik ke?" soal Qash teruja.
"Yes son!" Andre tersenyum. Qash sudah melompat keriangan.
"Oops, be carefull"
•••••
Di dalam kereta,
"Amboi! Senyum sampai ke telinga"
"Mestilah daddy! Qash dah bosan duduk hospital tu" Andre hanya tersenyum.
"Daddy nak tahu tak? Qash ada musuh dekat hospital"
"What?" besar mata Andre memandang Qash. Setahu dia, kawalan ketat di luar bilik Qash. Jadi macam mana Qash boleh ada musuh?
"Wayar yang sambung dekat badan Qash tu la. Menyusahkan Qash je"
"Qash ni kan. Daddy ingatkan musuh mana la tadi. Dengan wayar pun nak gaduh ye?" Qash hanya ketawa.
"My old Qash has back!"
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...