Bab 4

288 27 0
                                    

Qash yang sedang tidur itu ditatap lama, kepala Qash diusap penuh sayang. Raisya sebak melihat keadaan anak sulungnya. Qash tersenyum kecil, dia kenal usapan itu. Berkerut kening Raisya melihat Qash tersenyum dalam tidurnya.

"Mummy" panggil Qash perlahan. Raisya memandang semula kearah Qash.

"Qash okay?" Qash mengangguk kecil.

"Lapar" Raisya tersenyum. Qash perlahan lahan bangun. Lukanya masih belum sembuh jadi dia perlu berhati hati.

"Carefull sayang. Anak mummy nak makan apa? Mummy belikan ya?" soal Raisya teruja.

"Qash nak creampuff mummy buat" ujar Qash dengan senyuman.

"Mummy beli kat kedai boleh?" soal Raisya. Senyuman Qash terus pudar.

"Kalau Qash nak yang mummy buat, nanti lambat la Qash boleh makan"

"Qash tak kisah, please mummy" rayu Qash.

"Okay lah, tapi satu syarat. Qash kena makan dulu bubur ni boleh?" ujar Raisya lembut.

"Bubur tu tak sedap la mummy. Tawar" adu Qash.

"Memanglah tawar, tu kan bubur untuk orang sakit. Kalau dia buat masin nanti, makin sakit pulak orang" jawab Raisya lalu tersenyum kecil.

"Mana boleh macam tu mummy, orang sakit dah takde selera lepastu buat makanan tak cukup rasa, macam mana nak makan"

"Amboiiiii, anak mummy ni dah besar ye. Cakap macam orang dewasa dah" ujar Raisya. Qash hanya tersenyum kecil.

"Ye la ye la, Qash makan. Nanti kalau Qash tak makan, mesti mummy taknak buat creampuff"

"Tahu pun!" ujar Raisya lalu mereka ketawa. Raisya mengambil mangkuk bubur itu. Sedikit demi sedikit bubur itu disuap ke mulut Qash. Akhirnya bubur itu habis juga. Air mineral disua kearah Qash. Qash dibaringkan semula tetapi dia tidak tidur. Tiba tiba telefon Raisya berbunyi.

"Mummy jawab call kejap tau" Qash mengangguk kecil.

"Yep. Haah ada dalam bilik stor. Bukan bukan, kotak hijau rasanya. Ada tak? Kalau takde tengok dalam kotak biru. Haah, takpun dekat bilik atas. Hah okay kejap lagi saya pergi" Qash hanya memerhati mummynya. Talian dimatikan.

"Qash, I'm sorry. Mummy kena pergi butik kejap" ujar Raisya serba salah.

"Don't worry mummy. Pergi la, Qash okay je" Raisya tersenyum kecil sebelum dia mencium dahi Qash dan keluar dari bilik Qash.
•••••
Qash turun dari katilnya, dia mendekati tingkap bilik itu. Permandangan diluar membuatkan dia berasa tenang.

"Hmph, bosan la duduk sini. Phone pun mummy tak bagi, sketch book pun mummy tak bawak" ujar Qash sendiri. Dia mendekati pintu bilik itu. Perlahan lahan pintu itu dibuka. Bodyguards yang berada di luar terus memandang kearah pintu. Berkerut kening Qash memandang mereka semua. Qash memerhati wajah mereka, semua dia tak kenal kecuali...

"Uncle Heidy" panggil Qash. Heidy turut memandang ke arah Qash. Dia tersenyum kecil sebelum mendekati Qash.

"Uqayl, perché sei fuori? Non stai ancora bene (Uqayl kenapa keluar? You're still not well) " soal Heidy lembut. Dia memang rapat dengan Qash sejak Qash kecil lagi kerana dia merupakan salah seorang anak buah kepercayaan Andre.

"Sono annoiato, mamma e papà sono impegnati. Puoi portarmi al parco?(I'm bored, mummy and daddy are busy. Can you take me to the park?)" soal Qash. Qash memang fasih berbahasa Itali. Andre mengajarnya sejak kecil. Lagipun mereka baru 5 tahun menetap di Malaysia.

"Ambil angin? Sorry Uqayl, uncle tak boleh bawa Uqayl keluar dari bilik ni" jawab Heidy serba salah. Senyuman Qash terus pudar.

"Ala, uncle pujuk la daddy. Uqayl bosan" rayu Qash.

"Scusa piccolo uomo, non posso aiutarti. Sai quando tuo padre dice di no, significa no, giusto? (Sorry little man, I can't help you. You know when your dad says no, it means no, right?)" ujar Heidy lembut. Qash mencebik lalu dia masuk semula ke dalam biliknya. Heidy hanya menggeleng kecil. Anak sulung bosnya tidaklah keras kepala sangat tetapi kalau Aryyan sama macam bapaknya. Heidy menghantar pesanan ringkas kepada bosnya.

••••

Qash merengus geram.

"Ish nak keluar ambil angin pun tak boleh ke?! Bosanlah" rungut Qash. Dia kehulur kehilir disekeliling bilik itu sebelum dia jatuh terjelopok ke lantai. Qash memeluk lututnya dan menyebamkan muka. Tiba tiba kedengaran esakan Qash memenuhi ruangan bilik itu. Yeah, mood dia masih tak stabil. Sekejap happy, sekejap sedih, sekejap marah, dan macam macam lagi la.

Bum!

Pintu bilik itu ditolak kasar dari luar. Andre mencari kelibat Qash sebelum matanya tertancap pada budak yang sedang memeluk lututnya. Laju sahaja Andre mendekati Qash yang sedang menangis tu.

"Hey hey. What's wrong? Kenapa ni, tell me" soal Andre risau. Bahu Qash dipegang. Qash masih menangis. Andre menarik Qash ke dalam dakapannya. Belakang Qash diusap untuk menenangkannya.

"Qash uqayl stop crying, please. Daddy taknak Qash sesak nafas lagi nanti" pujuk Andre lembut. Esakan Qash mula perlahan sehingga tidak kedengaran lagi. Andre tersenyum kecil. Qash sudah tertidur dalam dakapan Andre. Qash terus didukung dan diletakkan di atas katil. Dahi Qash dicium sebelum Andre keluar dari bilik itu. Dia memanggil Heidy masuk.

"Tadi kau cakap dia nak pergi taman, kenapa aku masuk, dia macam baru lepas kena dera?" soal Andre pelik. Heidy sudah menelan air liur. Walaupun reaksi bosnya agak santai, tetapi masih terasa aura dinginnya itu.

"Maafkan aku bos, aku tak tahu. Tadi lepas aku bagitahu Uqayl, tak boleh pergi taman. Uqayl terus masuk" ujar Heidy jujur.

"Kau cakap kasar ke dengan dia?"

"Tak bos. Aku cakap lembut je macam yang bos suruh"

"Habistu, kenapa dia nangis sampai macam tu?" soal Andre lagi. Kali ni Heidy tidak menjawab. Dia hanya memandang lantai. Tiba tiba pintu bilik itu ditolak dari luar.

"Abang tak payahlah nak marah anak buah kau tu. Dia tak salah" ujar Aiden. Dia menyuruh Heidy keluar menggunakan lirikan mata.

"Bila kau balik sini? Tak bagitahu pun?" soal Andre pelik.

"Aku baru sampai petang semalam la. Mom and dad pun balik sekali" ujar Aiden.

"Seriously? Where are they?" soal Andre teruja.

"Dekat rumah kau la. Tadi kitaorang sampai then maid kau bagitahu kau takde" jawab Aiden selamba.

"Then?"

"Aku ingat nak balik semula, tapi kak isya dah balik so mom and dad lepak dekat sana dulu la"

"Macam mana kau tahu aku dekat sini?"

"Sebab kak isya bagitahu la. Mom and dad cari Qash, tapi Qash takde then kak isya ceritakan hal sebenar" terang Aiden. Andre hanya mengangguk kecil.

"Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa kau tak inform langsung dekat kitaorang?" soal Aiden yang sudah mula bertukar serious.

"Bukan taknak inform, aku cuma taknak ganggu masa kau dengan mom and dad. Ye la kau kan busy, ada masa nak spend macam ni, aku taknak la ganggu" ujar Andre.

"But at least bagitahu la. Nasib anak buah aku tu tak apa apa tau" kata Aiden sambil menunjuk ke arah Qash.

"Jangan risau lah, selagi aku ada, aku takkan bagi sesiapa pun sakitkan anak anak aku" ujar Andre.

"Aidan mana eh? Aku pergi rumah dia takde orang" tanya Aiden.

"Sejak kejadian tu, aku tak ambil tahu hal luar pun bro. Aidan pun hilang entah ke mana. Aku ada jugak call dia, tapi tak angkat" jawab Andre.

"Apa la aku nak jawab dekat mom and dad nanti"



Bersambung.....

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now