Setelah 8 jam menunggu, pintu dewan bedah itu ditolak dari dalam. Ikhwan keluar dari situ sambil membuka topeng muka diwajahnya. Andre terus bangun lalu menuju kea rah Ikhwan.
"Ikhwan, how?"
"Sel kanser tu berjaya dibuang, tapi..."
"Tapi apa?" soal Hani yang berada ditepi Andre.
"He's to critical" kata Ikhwan sambil menunduk ke bawah. Dia tak kuat, rakan baiknya dari kecik mungkin akan pergi meninggalkan dia.
Raisya terus terduduk dan menangis. Andre pula masih berdiri dan tidak percaya apa yang berlaku. Aryyan cuba menenangkan adik adiknya. Hani pula tercengang. Yang lain turut bersedih. Luqman menarik Hani kedalam dakapannya. Dia tahu adiknya cuma acah kuat.
"Setakat ni, Qash memerlukan mesin pernafasan dan dia mungkin koma untuk tempoh yang lama" sambung Ikhwan lagi apabila dia sudah mendapat kekuatan untuk bercakap lagi mengenai Qash.
"Qash akan ditempatkan di ICU buat sementara waktu sehingga dia kembali stabil. Wan dah cuba sehabis baik daddy, maafkan Wan" Ikhwan duduk disebelah Aryyan.
"Not your fault Ikhwan" Andre berlalu kearah isterinya,
"Honey, you duduk sini dengan adik adik you. I nak pergi dekat anak anak kejap" Raisya mengangguk.
"Akak, banyakkan bersabar, insyallah Qash okay" kata Eisya, adik Raisya.
"Qash okay dia kan kuat" kata suami Eisya, Irfan.
"Abah, kenapa Qash mungkir janji dia? Dia cakap nak fight"
"Qayla, janganlah macam ni. Ingat baby dalam perut tu" pujuk Hazrul. Nadiya pula memeluk Hani dari tadi.
"Qayla tak boleh hidup tanpa Qash" ujar Hani sambil menangis teresak esak.
"Qayla, banyakkan berdoa. Insyallah Qash okay. Abang kenal Qash, dia kuat" pujuk Luqman pula.
•••
2 minggu berlalu dan Qash masih belum sedar tetapi keadaannya sudah kembali stabil.
Hani dan Aryyan duduk menunggu ditepi katil Qash. Mereka bergilir gilir menjaga Qash. Tapi pada waktu malam, Andre akan menjaga. Susuk tubuh Qash yang terbaring kaku dipandang sayu. Sayu hati Hani melihat keadaan suaminya begitu. Bibir Qash pucat, tanggannya sungguh sejuk. Qash telah dipindahkan ke ward biasa.
"Qash... Hani datang nii...." Wajah Qash ditatap. Cecair jernih mula mengalir.
"Qash, bila Qash nak sedar? Qash tak sayang Hani ke? Tak sayang baby?" soal Hani lalu mengesat air matanya.
"Qash bangunlah, dah dua minggu Hani tunggu Qash. Hari hari Hani datang" Aryyan dibelakang menahan sebak.
"Hani rindu senyuman Qash, Hani rindu suara Qash, rindu nak usik Qash. Qash bangunlah" kata Hani sambil teresak esak menangis. Air mata Aryyan sudah mengalir. Qash turut mengalirkan air mata.
"Akak, kita balik dulu ye? Akak tak makan lagi kan? Kesian baby lapar" pujuk Aryyan. Hani mengangguk kecil sebelum dia bangun.
"Cepat sedar bro, ramai orang tunggu kau" kata Aryyan sebelum keluar bersama Hani.
•••
"Macam mana keadaan Qash?" soal Raisya.
"Still same, but I saw him cry"
"Orang koma memang boleh dengar"
"Harap harap abang sedar la, kesian kak Hani"
"Itu la"
"Takpelah, yan naik dulu" Raisya mengangguk kecil.
•••
"Kak Hani"
"Yes?" Hani yang sedang bermain telefon itu berpaling kearah Aryyan.
"Minggu depan free?"
"Ermm, tak sure lagi. Kenapa?"
"Company abang yang dekat Johor tu ada masalah sikit. Im bagitahu" jawab Aryyan.
"Masalah apa?" soal Hani risau. Mana boleh main main, syarikat tu dia dan Qash sama sama majukan tau. Sebelum syarikat itu terkenal, dia yang buat semua tugas. Setelah ramai yang diterima untuk bekerja disitu, barulah dia lakukan tugasnya sebagai secretary Qash. Bila Qash takde, dia yang akan ganti tempat Qash.
"Kewangan. Ada seorang pekerja bahagian kewangan bawa lari duit" muka Hani sungguh terkejut.
"Macam mana boleh jadi? Siapa yang pecah amanah ni?"
"Emir"
"Wait what? pekerja baru tu ke?"
"Yes"
"Macam mana dia boleh tahu password?"
"Dia sebenarnya hacker kak"
"Pulak, so macam mana?"
"Kak Hani terpaksa pergi Johor untuk settlekan"
"Aduh yan ni, sah sah diaorang semua tak kasi akak pergi. Drive sendiri dengan perut dah sarat ni" kata Hani. Kandungannya sudah mencecah 7 bulan.
"Haah betul jugak. Kalau plan asal, yan teman akak. Tapi sorry sangat sangat kak, ada kelas pula"
"Takpelah, akak cuba mintak tolong abang Luq"
"Ha, kenapa yan tak terfikir pasal LuqLuq" rungut Aryyan sendiri.
"Nanti akak tanya dia. Kalau semua busy, akak kena drive sendiri la nampaknya"
"No kak, bahaya tau. Nanti apa apa jadi, yan yang kena"
"Betul, daddy pun tak setuju"
"Eh daddy, bila balik?" soal Aryyan.
"Tadi baru" jawab Andre sebelum dia duduk di sofa kosong bersebelahan Aryyan.
"Kenapa Im tak tolong settlekan?"
"Im tak pandai dalam kewangan ni daddy" jawab Hani.
"Pihak kewangan lain takde?"
"Macam ni la, Hani cuba try settlekan dulu dari sini. Kalau berjaya, tak payah pergi lah" Aryyan dan Andre mengangguk.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...