Bab 46

185 13 0
                                    

Qash sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tapi dia tak tengok pun, fikiran entah terbang ke mana. Tiba tiba loceng rumahnya berbunyi. Qash sedar dari lamunannya. Dia mendekati pintu. Pintu dibuka.

"Qash! Kat sini pun kau" ujar Ikhwan lalu masuk. Qash hanya diam.

"Mana kau pergi? Aku call tak jawab, mesej tak reply. Banyak kali aku datang sini, kau takde. Kau kenapa Qash? Kau lupa ke? Harini kan kita janji nak jumpa dengan adik adik kau. Kesian diaorang tunggu kau" ujar Ikhwan.

"Aku tak boleh jumpa diaorang Ikhwan. Diaorang akan dalam bahaya kalau aku pergi jumpa"

"Apa yang kau cakap ni?" soal Ikhwan tidak faham.

"Daddy dah buang aku. Buang betul betul, buang untuk selama lamanya. Daddy dah tak anggap aku sebagai anak dia. And aku tak boleh jumpa mummy atau adik adik. Kalau tak diaorang semua dalam bahaya" ujar Qash lemah.

"What? Kau tak main mainkan Qash?"

"Kau ingat aku ada masa nak main main ke wan?" Ikhwan memandang Qash simpati. Qash ada semuanya. Hidup dia cukup dengan kemewahan. Tetapi dia tak pernah bahagia. Pelbagai ujian datang menimpanya.

"Kenapa asyik aku yang kena lalui semua ni? Aku penat wan. Penat" ujar Qash sambil air matanya bergenang di tubir mata. Ikhwan terus menarik Qash ke dalam pelukannya. Belakang badan digosok.

"Kau kuat Qash, sebab tu Allah uji kau. Allah tahu kau mampu lakukannya" ujar Ikhwan sambil menenangkan Qash. Qash diam, dia masih teresak esak menangis.

"Aku cuma penat wan. Penat nak tanggung semua benda ni sorang sorang" ujar Qash perlahan. Lalu dia mengelap air matanya. Pelukan dileraikan.

"Aku ada Qash, aku sentiasa ada dengan kau. Apa apa kau nak luah, luah la"

"Thank you wan sebab selalu ada untuk aku" Ikhwan tersenyum kecil.

"Qash, kau okay aku tinggal kau sorang sorang? Aku ada patient esok pagi, so aku kena balik. Aku tak expect pula kau tak okay"

"Aku okay, balik je la. Tak yah la risau pasal aku" Ikhwan mengangguk kecil.

"Esok kalau kau free datang la hospital"

"Tengok la macam mana" Ikhwan bangun lalu keluar dari kondo Qash.

•••

Keesokan hari, pada waktu petang.

Bilik Ikhwan dituju. Dia terus masuk tanpa mengetuk pintu.

"Bro"

"Haih kau ni, sama je macam adik kau. Ketuk la dulu" Ikhwan bersama Alisa.

"Sorry, kau ada patient ke? kalau ada takpe la, aku cau dulu"

"Eh kejap, masuk je la"

"Qash, how are you?" soal Alisa. Tiba tiba iphone milik Qash berbunyi minta diangkat. Qash tersenyum sebelum menjawap.

"Hello sayang" ujar Qash sebelum keluar dari bilik Ikhwan.

"Qash dah ada girlfriend?"

"Aku pun tak tahu alisa, Qash sekarang dah banyak rahsia dengan aku"

"Iye, okay bye. Sayang awak jugak" dia tersenyum senyum sebelum panggilan diputuskan.

"Amboiii, sakan bercinta. Tak bagitahu aku pun"

"Eh Wan terkejut aku"

"Kenapa kau banyak berahsia dengan aku sekarang? Kau dah tak perlukan kawan kau ni lagi ke?"

"Apa kau merepek ni Wan, takkan la aku nak buang bff aku ni"

"Ye la tu"

"Wan, kau satu satunya kawan aku yang tahu semua rahsia aku tau"

"No, ada lagi rahsia lain yang kau tak bagitahu aku"

"Oh pasal gf aku ni? Hani, secretary aku tu la"

"Eleh, haritu bukan main nafi"

"hehe"

"tahniah la bro"

"Hahaha, kau ni macam aku kahwin pulak"

"Ofcos! Kau ni susah nak confess dulu"

"Haishh, kau dah okay kan? Tak merajuk dah?"

"Tak dah" kata Ikhwan lalu tersenyum manis.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau"

"Serious je?"

"Jom?"

"Mana?"

"Jauh dari hospital?"

"Okay jom, ada café baru buka dekat area depan sana" mereka terus menuju ke pintu keluar hospital itu.

"Apa yang kau nak bincangkan?"

"Takde apa pun, saje nak lepak dengan kau"

"Saje ke rindu?"

"Ala, lebih lebih pulak kau ni" lalu mereka ketawa bersama.


Bersambung...

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now