Ikhwan tidak duduk diam di luar bilik kecemasan. Sesekali dia mendekati pintu kaca bilik kecemasan itu. Dia duduk tapi tetap tidak tenang. Dia bangun semula. Phone Qash yang sempat dicapai tadi, Ikhwan keluarkan. Dia membuka call log. Nombor Hani berada di atas sekali. Ikhwan mendail nombor Hani.
"Hello, boss? Kenapa call malam malam ni?" soal hani pelik.
"You, secretary Uqayl?" soal Ikhwan.
"Ye saya. Encik ni siapa ya? Bukan ke ni nombor Encik Uqayl?"
"Ya, ni nombor dia. Erm, I bestfriend dia, Ikhwan. I nak bagitahu, Uqayl pengsan tadi. So sekarang dia still in emergency room. I bagitahu you, sebab I rasa memang patut I bagitahu" ujar Ikhwan.
"Ya allah, macam mana boleh pengsan?" soal Hani risau.
"Dia sesak nafas"
"Erm, encik ada dekat hospital mana ya? Saya pergi sekarang"
"I share you location later" ujar Ikhwan sebelum dia putuskan talian.
•••
Qash sedar dari tidurnya setelah sekian lama dia pengsan. Perlahan lahan matanya dibuka, Qash terus memandang siling. Dia mengangkat tangan kirinya perlahan lahan. Qash mengeluh kecil apabila Iv drip kelihatan. Qash memandang disebelahnya. Ada seseorang sedang tidur. Dan dia kenal siapa itu. Qash tersenyum kecil.
"Hani, wake up" ujar Qash dengan suara serak dan perlahan. Hani menggosok matanya sebelum memandang Qash.
"Boss okay? Ada sakit dekat mana mana tak?" Qash mengangguk kecil. Dia tiada suara.
"Air" ujar Qash perlahan. Hani terus mengambil air mineral dan diberikan kepada Qash. Qash meneguk air itu dengan rakus. Gelas diberikan semula kepada Hani. Qash hanya memandang Hani.
"Kenapa boss tengok saya macam tu? Muka saya comot ke? Sorry lah, semalam saya tak boleh tidur. Saya takut boss terjaga. Tiba tiba pagi tadi lena pulak tidur" Qash smirk.
"Lena la sebab tidur dekat tangan I" ujar Qash. Muka Hani terus berubah merah.
"Ish boss ni, ada ada je" Qash ketawa kecil.
"Kenapa you baik sangat? Kenapa rajin sangat jaga I dekat hospital?"
"Sebab tugas saya"
"You bukan isteri I hani, tugas tu untuk isteri I. you secretary je. Tapi I tak tahu kenapa you rajin sangat"
"Saya nak balas jasa boss. Sepanjang dua tahun kerja dengan boss, macam macam boss bagi dekat saya. Tak termasuk boss jaga saya. Saya dalam masalah boss tolong. Mana nak dapat boss macam ni? Saya putus cinta pun, boss tolong happykan saya balik. Setakat tolong jaga boss dekat hospital ni apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang boss dah buat dekat saya" kata Hani panjang. Qash tersenyum kecil.
"Berapa lama I tak sedar?"
"4 hari jugak la" membulat mata Qash mendengarnya.
"Lamanya. Wait, jangan cakap selama 4 hari tu, you je yang jaga I" Hani menggeleng kecil.
"Takde la, malam pertama tu Ikhwan yang jaga boss. Malam kedua, adik boss. Semalam baru saya" ujar Hani lalu dia senyum.
"Adik?"
"Ya, adik boss. Tak silap saya, nama dia A.."
"Aku" Qash dan Hani terus menoleh kearah suara yang menjawab itu. Muka Qash seakan terkejut tapi dicover lalu memandang kearah lain.
"Kau buat apa dekat sini yan?"
"Kenapa? Tak boleh?"
"Balik la, yan. Nanti daddy marah kau" ujar Qash.
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...