Sampai sahaja di New York, mereka terus menuju ke hotel. Oh, mata hani ditutup semula. Qash sudah menempah orang untuk menghias bilik mereka dan menyediakan kek. Qash membuka penutup mata Hani. Hani terus menutup mulutnya menggunakan tangan sebelum memeluk Qash.
"Happy birthday dear! I love you so much!" ucap Qash.
"Thank you hubby" pipi Qash dicium. Qash senyum. Hani terus memandang view di luar. Tersenyum puas dia. Air mata terharu sudah mengalir.
"Thank you Qash, dah lama Hani simpan impian nak datang sini. Akhirnya tercapai jugak. Thank you so much sayang" ucap Hani lagi lalu memeluk Qash sepuasnya. Qash tersenyum dan membalas pelukan Hani.
•••
Beberapa jam kemudian,
Qash dan Hani keluar dari bilik hotel pada waktu malam untuk melihat kemeriahan bandar New York. Mereka menuju ke Times Square. Meriah sungguh tempat itu pada waktu malam. Banyak gambar diambil oleh mereka dan bantuan orang awam juga.
"Happy betul ye? Senyum sampai ke telinga" usik Qash.
"Mesti lah, times square kot!" jawab Hani. Hani menarik Qash pergi ke setiap kedai yang berada di situ. Qash merakam setiap detik bersama Hani. Dia harap, video itu dapat meneman Hani apabila dia sudah tiada nanti. Mereka tersenyum bahagia seperti dunia ini mereka yang punya.
'Semoga senyuman itu masih ada walaupun aku sudah tiada disisimu lagi'
•••
Hari ini merupakan hari terakhir mereka berada di New York. Lagi beberapa jam mereka akan pulang ke tanah air, so Hani mengajak Qash untuk shopping!
"Dear, dah la tu. Nanti susah tau nak bawak balik banyak banyak" ujar Qash. Dia sudah hilang mood untuk shopping. Beberapa hari ni, dia rasa kosong, dia pun tidak tahu kenapa.
"Okay okay, sikit lagi" Qash mengangguk. Hani masih memilih barang yang hendak dibeli. Qash termenung. Hani memanggilnya tetapi dia tidak dengar.
"Qash? Qash!"
"Ah apa?"
"Qash ni kenapa? Dah jom" ujar Hani. Qash terus mengikut Hani.
Mereka menuju ke lapangan terbang di New York itu. Dan Qash masih termenung. Hani pelik melihat perangai suaminya itu.
"Qash? Qash okay tak ni?" soal Hani.
"Okay okay. jom" Qash terus menarik bagasi apabila pengumuman dibuat. Hani mengikut dibelakang.
•••
Di dalam kapal terbang,
Qash hanya diam. Hani pulak sedang memikir sebab suaminya berubah.
"Dear, Qash nak tidur tau. Kalau dah sampai or ada apa apa, Hani kejutkan ye?" Hani mengangguk kecil. Qash menggenggam tangan Hani.
"Kalau ada apa apa jadi pada Qash, Hani janji tau kuat demi Ien. Thank you for everything. I love you" bisik Qash lalu dia mencium pipi Hani sekilas. Qash senyum sebelum dia tidur. Hani tersenyum kecil tetapi dalam hati masih gelisah. Hani cuba menenangkan dirinya. Permandangan di luar dipandang.
•••
Setelah 14 jam akhirnya mereka sampai di Malaysia. Hani terus kejutkan Qash.
"Qash kita dah sampai, bangun la" ujar Hani sambil menzip begnya. Qash membuka matanya perlahan lahan sebelum menggosok matanya. Hani disebelah dipandang.
'Terima Kasih ya Allah sebab masih bagi aku peluang untuk berjumpa dengan bidadari kesayanganku' ujar Qash sendiri. Hani memandangnya sebelum Qash menghadiahkan sebaris senyuman.
"Jom?" ujar Qash sebelum bangun dari tempat duduk itu. Hani turut mengikut Qash.
•••
Sampai di rumah agam, Qash menyuruh Hani turun dahulu.
"Qash nak pergi mana?" soal Hani pelik.
"I have something to do. Sayang masuk la dulu, nanti Qash balik"
"Ye la, tapi nak pergi mana? Kan baru sampai ni. Ye pun urgent masuk la dulu"
"Sayang, Qash pergi sekejap je okay" ujar Qash sebelum dia masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh driver. Laju sahaja kereta itu meninggalkan kawasan rumah agam itu. Hani mengeluh kecil sebelum masuk ke dalam rumah agam.
"Assalamualaikumm" ucap Hani.
"Waalaikumussalam! Anak perempuan mummy dah balik laaa" ujar Raisya lalu memeluk Hani. Hani turut memeluk Raisya.
"Qash mana, Hani?" soal Raisya apabila kelibat anak sulungnya tak kelihatan.
"Tadi sampai dia suruh Hani masuk dulu, katanya ada hal"
"Pulak dah, hm biar lah dia" Hani hanya senyum.
"Ien mana mummy?"
"Aryyan bawak pergi taman depan tu ha. Mummy dah cakap tak payah tadi, mama dia nak balik dah. Tapi tahu je la yan, mana nak dengar cakap orang" Hani mengangguk kecil.
"Takpelah mummy, bukan selalu si yan tu spend time dengan ien. Hani naik dulu la mummy, nak mandi kejap"
"Ye lah" Hani terus memanjat anak tangga.
•••
"Eh, takpe ke Uqayl?" soal driver itu.
"Takpelah abang, Uqayl boleh drive. Anggap je Uqayl bagi abang kerja separuh hari. Nanti Uqayl bagitahu daddy Uqayl yang bagi abang cuti" ujar Qash.
"hm, kalau Uqayl cakap macam tu takpelah. Drive hati hati tau" Qash mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta. Laju kereta itu meninggalkan kawasan perumahan driver itu. Qash terus memandu ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah itu, dia masuk ke bilik untuk membersihkan diri dahulu sebelum membuat sesuatu.
•••
Di rumah agam,
Sudah pukul 8 malam dan Qash masih belum pulang. Hani masih menunggu Qash pulang.
"Hani, jom la makan dulu. Kejap lagi Qash balik la tu. Maybe dia ada kerja ke? Kita tak tahu" pujuk Raisya.
"Tapi mummy, dia boleh je call bagitahu balik lambat" ujar Hani.
"Phone takde bateri la tu. Tahu tahu je la Qash macam mana" Hani mengeluh kecil sebelum mengikut Raisya ke meja makan. Ien yang sedang ketawa apabila diagah oleh Ammar dan Arfan itu dipandang. Hani senyum lalu dia duduk kerusi meja makan itu.
•••
Qash memandang jam di dinding, jarum jam itu sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi dan Qash masih berada di rumahnya. Dia hendak pulang tetapi sudah lewat sangat. Jadi dia akan balik pagi esok. Qash mengemas tempat dia buat kerja tadi sebelum naik ke bilik.
Bersambung...
P/s: another chapter for you guys.. enjoy!🥰
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...